Sedar tak sedar, sudah 8 bulan betul betul berkerja dari rumah dan bertukar profession.
Dari tourism, menguruskan pertanyaan sehinggalah selesaikan urusan percutian tourist dari Malaysia terutamanya...Singapore, Brunei dan Indonesia.
Dari penginapan, tour sehinggalah makanan. Masa yang sentiasa sibuk sehinggakan bangun seawal 4pagi dan tido pada jam 1pagi untuk urusan tempahan makan dengan travel agencies.
Siapa kata tak rindu akan semua itu? Rindu memang rindu...apatah lagi rezeki mencurah masuk syukur alhamdulillah. Tapi penat dia tidak terhingga....anak anak adakalanya kurang mendapat perhatian. Ada masanya berkorban waktu belajar utk jaga adik dikala daku suami isteri terpaksa kerja lewat di luar.
Sekarang betul betul WHM. Bertukar profession dari tourism kepada video producer (youtuber). Walau baru bermula dan pendapatannya tidaklah sehebat tourism yang berlipat kali gandanya...tetapi masa yang ada utk anak anak, tiada gantinya dengan duit.
Betapa anak anak gembira melihat mak sentiasa ada...makanan sentiasa ada silih berganti bertukar menu. Begitulah hebatnya yang Allah dah tulis dalam setiap perjalanan. Kita takkan dapat hidup yg sempurna yg kita inginkan...akan tetapi bila kita lihat keadaan itu dan gembira....yang tak cukup jadi cukup.
Memang ada terdetik dalam hati duit tak cukup dengan pendapatan yang jauh berbeza dengan tourism...akan tetapi, pujuk hati utk redho dan percaya pada rezeki yg Allah telah tetapkan....teruskan usaha menghasilkan kerja yg lebih berkualiti, content video yang lebih menarik dengan pelbagai topic yang memberikan manfaat pada orang lain....dan insyaAllah kejayaan juga akan dikecapi.
Ya....inilah daku...bertukar profession...dari tourism, si penjual Nasi Ayam Madu Paris....kepada youtuber.
Dan ucapkan alhamdulillah...terimakasih Ya Allah kerana sentiasa ada utk membantu.