Wednesday, September 16, 2020

ME TIME

Membahagi masa antara keluarga dan berkarya menghasilkan punca pendapatan. 
. 
Istigfar banyak2 dan ingat pada Allah dikala stress. Dikala memerlukan masa sendiri tp tidak punya. 
Dikala mengharap tolonglah bagi aku kerja utk beberapa hari tanpa gangguan walau beberapa jam sehari. 
Kalau di Malaysia, senang je nak cari nanny yg blh jagakan Syifa ni.. family pun dgn gembira nak jagakan Syifa. 
Panggil org kemas rumah pun senang je. 
Bila disini..semua kena handle sendiri. 
For the time being.. ME time memang impossible. 
Mudah mudahan bila semua kembali tenang.. akan ada ME time... insyaAllah aamiin
.
#entrepreneurmom
#workfromhomemom

Tuesday, September 15, 2020

MAK KUTU

Fisio semlm.
.
Sebenarnya xperlu pegi dah sbb dia dah pandai jalan. Tp kami teruskan sbb specialist ni baik sgt dan memandangkan Syifa ni tak gi nursery..ini jelah masa yg beraktiviti jumpa org.
.
Sekarang ni yg lebih penting sessi speech dan OT sebenarnya.
.
Daku masih belum ada masa nak line out schedule aktiviti dia kat rumah.
.
Masih struggle adjust masa, kekuatan dan semangat since anak anak naik sekolah awal september aritu. 
.
Antara struggling between finding financial solution dan time management utk hal rumah dan anak anak.
.
Sebagai mak kutu yg semua kena fikir...I have to make sure I am mentally and emotionally stable. Coz bila mak kutu tak ok..anak anak kutu dan bapak kutu sekali tak ok.
.
Dan hanya Allah shj dpt tenangkan hati dan jiwa utk stable. 
.
Terimakasih Allah dan terimakasih for my one and only sister dan juga to akk lg sorg aka adik ipar tak jadi🤣🤣

Monday, September 14, 2020

REDHO

Kesenangan itu adalah pinjaman.
Kesusahan itu juga adalah pinjaman.

Mak ayah kita, Allah pinjamkan.
Pasangan kita juga Allah pinjamkan.
Begitulah jua anak anak kita, juga Allah pinjamkan.

Bila bila masa sahaja nikmat yg Allah pinjamkan ini akan ditarik balik.

Bila ianya telah diambil balik, mengajar hati utk redho adalah yg terbaik tapi ianya tidak mudah seperit yg dikata.

Tapi bila tiada pilihan, kerana dgn hanya redho itu sahaja membuatkan kita tenang...maka didiklah hati itu berterusan.

Dugaan itu ada hikmahnya. Utk belajar bersyukur.
Belajar utk bersiap sedia andai di duga lagi.

Tidak semudah yg dikata. Kerana dugaan itu adalah seperti anak panah yg mencucuk hati.
Sembilunya tak terperi.

Yg dapat menyembuhkannya adalah bila kita REDHO

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...