Bilamana ada sahabat dan kaum keluarga yang tidak memberi kesungguhan untuk mengeratkan silaturrahim...dan dimana kita sahaja yang cuba bertanya kabar...bagaikan bertepuk sebelah tangan.
Alasannya ialah, kehidupan yang sibuk dengan hal keluarga masing masing. Masalahnya bila ditinjau, kita yang anak ramai dan tiada siapa menolong ni lagi sibuk tapi tetap luangkan masa untuk bertanya kabar.
Bila bertanya kabar, samada jawapan hambar ataupun tiada jawapan langsung.
Tapi ada pula masa bergossip pasal kita...ada masa skodeng social media ...ada masa bergossip dan like semua pasal artis artis disocial media.
I take it as this....Allah telah menunjukkan their true color dan how genuine they are towards you. Dan sedikit sebanyak menunjukkan ikhlas atau tidak mereka dengan kita.
Sama juga dengan sahabat yg dikala daku kesusahan, kemain contact bertanya itu ini dan berjanji akan tolong (bukan dari segi duit)...tapi sudahnya, bila kita sudah meluahkan perasaan, ianya adalah seperti kepuasan kepada mereka bila mengetahui kita berada didalam keadaaan sebegitu.
Dan pertolongan yg dijanjikan? Beliau hilang selepas tahu cerita kita, dan disebarkan kepada orang lain yang mengenali diri.
Dan beliau akan muncul lagi untuk mendapatkan berita terkini pasal anda dan kesusahan serta kepayahan anda dan berjanji untuk membantu ...tapi sekali lagi hilang begitu jua....
Tak kurang juga yang meminta simpati mengatakan akan hilang punca pendapatan dan kita pun bantulah bukakan jalan...tapi ended up rupanya tidak benar dan hanyalah rekaan semata mata.
Terlampau banyak pengalaman yang telah ku rasa dan lalui...dari yang ku sangka saudara mara dan kawan yang rapat, rupanya hanya bertopeng kan kepura puraan...mereka tidak senang dengan apa yang kita kecapi sekarang..yang punya ramai sahabat sahabat yang mendoakan....
Tapi ucapkan syukur kerana Allah buka hijab mereka...untuk kita realise yang mana genuine mana yang fake.
Adakalanya sahabat yang hanya mengenali ku di alam maya adalah lebih genuine dari sahabat yang berkawan lama.... mereka tak kenal daku tapi mereka selalu mendoakan daku sekeluarga.
Mereka tidak dapat apa apa dari daku akan tetapi sokongan dan doa tidak putus putus dari mereka tanpa mengharapkan apa apa balasan dari ku.
Buat sahabat sahabat alam maya yang terlampau ramai ini...terimakasih daku ucapkan kepada mu semua.... betapa ikhlasnya dan luhur nya hati mu semoga Allah membalasnya dengan seribu rahmat dan rezeki yang melimpah ruah...aaaamiiin.