Alhamdulillah konsisten anak anak tarawih tahun ni since day 1. Cuma termiss malam nak puasa tu (sbb mama tak alert).
Terimakasih my dear sister yg guide me how to do tarawih with my family. Been ages I dont remember when daku tarawih. Mmg betapa berkatnya Ramadan kali ini.
Sekarang Subuh 4.30am dan akan makin cepat. Anak anak kekadang kata penat, tak cukup tido. Daku cakap lar.. halo, bukan pegi sekolah pun, Allah mudahkan kan puasa kali ni.
Syukur alhamdulillah Ya Allah. Amat bermakna Ramadan kali ni. Di khuatiri pula tahun depan mcm mana. Mampukah aku dan anak anak melaksanakan Ramadan seperti tahun ini ?(solat tarawih, tido lambat) knowing that tahun depan adalah waktu bersekolah bila Ramadan tiba.
Start masak only at 7pm. Bila anak tiri ku dah habis bake cake utk dessert.
Sambil masak pasang lagu raya. Mula mula tu hati sebak lar jugak. Teringat zaman sekolah dulu..the feeling masa nak raya..mak masih ada...mak yg uruskan semua dan bitau apa kena buat. Bersihkan cermin tingkap, sarung kerusi semua kena tukar. Alas meja kena tukar. Bekas kuih raya kena keluarkan, basuh, lap dan letak kuih muih.
Oh mak..berbahagialah dikau disana mak...mak sekarang ditpt yg lebih baik. Tapi tak dapat hilangkan rasa rindu yg tak terhingga pada mak, mak. Terlampau byk yg ingin ku sampaikan pada mu mak...betapa aku cinta dan kasih pada mu duhai mak..betapa aku rindu padamu.
Maafkan aku kerana tidak melayan mu sepatutnya mak..I was too young, too busy mencari arah sampai tak fikir perasaan mak.
Mak...moga kita bertemu di syurga nanti mak. Nak peluk mak kuat kuat..nak bitau mak betapa rindunya pada mak...betapa cintanya pada mak.
Mak dah tinggalkan kenangan yg amat terkesan didalam sanubari, mak. Kenangan indah berpuasa, beraya dgn mak...andailah boleh diputarkan kembali masa... I would have.
Al fatihah buat mak ku...Aili binti Abdullah. Damailah engkau disana mak...
No comments:
Post a Comment