Berapa lama dah kita PKP? Dah lost count. Dan malas nak kira. Berapa by kes naik di France pun daku dah malas nak ambik tau.
Hairan sbb kami sekeluarga duduk diam, ikuti peraturan kerajaan tapi kes tetap naik mendadak. Ramai kah mangkuk² yg tak reti bahasa dan ttp keluar tanpa sebab??
My agenda, planner or whatever you call it.
Sbb biasanya buku daku ni dah rupa belacan, tetiap ari penuh dgn activity di catat, dgn order, dgn tour, dgn booking homestay.
Sekarang? Kosong...sekosong kosongnya. I must say that Im not worried yet. Walau tau dont know berapa lama business akan back to normal. Frust sbb kemungkinan bsr tak dapat balik Msia.
Bright side is...my body can relax. All this while sentiasa kerja dan kerja, always moving around. So kali ni Allah bagi badanku rehat..sampai terkejutlah badan ni sampai salah urat sbb dah biasa active tetiba slow down abes.
Alhamdulillah lepas episod kami ditayangkan di TV1, bertubi tubi dapat mesej pertanyaan pasal service tour yg kami sediakan. Dan setelah sekian lama, bag kerja penuh dgn documents, buku dsb pun keluar dari bag kerja.
Ida kata mama mesti rindu kan nak deliver nasi ayam. Lps kami tengok episod kami. Ya Ida, mama rindu...mama rindu nak kerja tapi buat masa ni biarlah mama enjoy bersama suami dan anak anak mama sepenuh masa. Sbb bila semua dah back to normal, dah takde dah masa mcm ni..mama papa akan kembali busy dan tak berapa ada masa mcm ni utk anak anak.
Allah sebaik baik perancang dan He knows the best.
Ya Allah, didiklah dan rawatlah hati ku ini agar sentiasa bersangka baik dgn Mu dan perancangan yg telah Kau tetapkan.
Redhokan lah hati ku ini dgn dugaan yg sedang melanda ketika ini dan hapuskan kegusaran dalam hati ku ini tentang rezeki kerana Engkau lah jua yg menetapkan dan memberikan rezeki.
I put my trust in you Ya Allah.
No comments:
Post a Comment