Saturday, May 2, 2020

RAMADAN KUARANTIN

So..Ramadan utk semua orang tahun ni mmg sgt lain dari yg lain. Pertama sekali pernah berlaku maybe.

Tiada lagi bazar Ramadan, tiada lagi berpusu² beli baju raya.

Tapi semua ni daku rasa sepanjang 19 tahun duduk disini. Balik raya ada lar blh dikira dengan jari sbb anak anak sekolah time jatuhnya hari raya.

Teringat zaman anak kecik. Being the only one yg bangun sahur...sbb penakut, malam siap buat air teh siap siap, letak dalam termos. Daku ni sahur makan roti atau biskut je so siap letak dalam tupperware. Sbb penakut nak turun Bawah, makan dalam tandas hahaha. Tandas sini kering dan bersih ya boleh letak tilam dan baring lagi hahaha. Makanya bangun sahur, duduklah daku sorang sorang bersahur.

Sekarang? Syukur alhamdulillah anak anak dah besar. Benarlah anak anak adalah penguat. Adanya mereka, memudahkan yg selama ini sukar for me. Ramadan jadi senang..bangun sahur dah jadi mcm pesta plak hahah.

I dont remember when was the last time I did tarawih. Must be ages ago.
Dgn terjadinya kuarantin...mcm² benda positive created. And Im so grateful, I must say that Ramadan tahun ni mmg benar benar bererti dan bermanfaat buat kami semua.

Anak anak pun sgt supportive, mendengar cakap syukur alhamdulillah.

Tahun depan kalau puasa time sekolah.. I do hope mereka di berikan kekuatan, good mood, tarawih..mcm sekarang.

Anyway tahun depan akan bertambah senang sbb siang dah tak pjg mcm sekarang.

Moga Ramadan kali ini memberi keberkatan pada kami sekeluarga dan kepada semua muslimin muslimat seluruh dunia ...aaamiin.

No comments:

Post a Comment

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...