Monday, June 8, 2020

FAMILY LEBIH PENTING

07 June 2020

Bang Lang datang utk lunch. Bang lang ni sewa apartment di center Paris dgn kawan dia. Kawan dia ni anak orang have have jugak lar..kawan dari kecik. Mak pak french yg kerja sana sini jadi berpindah randah. Bang Lang pernah gi LA sbb kawan dia ni masa tu mak pak posting kat sana.
Bang Lang datang bawak hadiah belated birthday utk Jade. 2 Harry Potter stuff. Dia ni jugak lah yg mengajor si Jade minat Harry Potter. Masa dia duk sini tahun lepas, marathon Harry Potter dgn si Jade. Sampai si Jade ni menyimpan impian nak gi museum Harry Potter (is it museum?) in London. Nantilah Jade ya bila Covid 19 dah takde.

We had lunch next door. Semalam, negara Perancis sambut Mother's Day. Jgn tanya kenapa lambat dari negara lain. Itu wa tara tau.

Jangan tanya kenapa dorang tak panggil daku mak. Orang putih have their pride. They dont simply call someone else their mother.

Jadinya mother's day ke dorang tak wish sbb daku bukan mak dorang. Kot ada hari mak tiri..yes dorang akan wish kot hahahha.

Daku masak stuffed salmon. Masuk dalam oven je. Pastu serve dgn nasi basmati, ratatouille. Angkut umah sebelah. Before that si bujang 3orang dah tolong prepare meja. Pastu tolong bawak mkanan ke sebelah umah.

Lepas lunch, daku pun ready lar nak buat kerja, iklan, marketing, edit dsb. Then bang lang datang menempel duk depan daku. Ahhh sudah mau ajak borak lar ini budakπŸ˜…πŸ˜…

So daku jadikan kesempatan ni utk cakap psl banyak benda dgn budak bertuah sorang ni. Dan daku belajar pasal dia lebih lagi. Daku selalu rasa dia ni opportunist. Menggunakan semua peluang yg memberi kepentingan pada diri dia. Jadi bila bercakap dgn dia arini, my perception bertukar juga, kalau tak banyak sedikit.

Dia ni seorang yg sgt ambitious. Masa sekolah, mmg sentiasa doing good. Nak kata pandai sgt tak lar tapi idok lar corot..in between. Dulu daku selalu rasa dia ni cemburu dgn si Adam sbb suka cari pasal. Now that dia dah besar, I understood actually dia bangga dapat jadi role abg.

Dia kata dia proud dapat tolong adik dia..sbb dia kata dia takde sapa yg tolong, semua kena buat semua, beza dgn bang ngah tak byk so semua kena find out sendiri. Consider adik adik kamu ni cemana..half brother sisters ke? (sbb si sulong tu I guess tak cerita pun dia ada adik²). So dia kata dia bitau orang dia ada berapa adik², tak cakap pun half brother and sisters sebab dia consider them mcm adik beradik betul.

Hanya bila orang terkejut tanya mak aii cemana leh ramai camtu...then only dia explain, dari mak lain. Daku tanya, apa perasaan adik adik dari lain roots..dia kata lagi cool. Sbb adik adik, sebab mak tiri, lagi dia rasa nak discover Malaysia, discover our people, our culture...discover asia.

Does it bother you that we are muslims? Dia kata no..tapi dia taknak adik adik dia ada limit in life...kena let them discover things (ada yg daku tak agree bab ni). Dia kata however with the fact that we are muslims, dia dapat belajar lebih lagi psl Islam . I guess selama ni dia hanya tau yg muslims arab yg tak sama dgn muslims dari Asia mcm kita.

How do you feel to have 2 keluarga?
Jawabnya COOL. Boleh cuti ngan mak dia, boleh cuti ngan bapak dia dan adik adik dan enjoy both sides katanya. Yg penting think positive in any situation, then only you can succeed in your life..itu bang lang punya way of thinking.

Sbb tu dia tak ingat bad memories ke ..or apa orang buat ke sbb dia hanya fikir yg positive sahaja. Ni type yg kalau u kerja ngan dia dan fighting for the same job...dia akan buat apa sahaja utk win...ini termasuklah jadi kaki kipas ...tapi one thing, dia mmg bagus keja. Bijak lar orang nya so tak perlu kaki kipas pun..just show his capability dan best man win lar kan.

Tapi this is the type yg neutral..akan kawan dgn semua orang. 
Contoh...bang ngah, dia salahkan mak dia kata childhood dia jd teruk sbb mak dia dan dia banyak traumatise..sehingga ke extend dia bitau daku, dia taknak anak² dia kenal siapa mak dia. Dgn si sulong pun dia tak keep in touch sbb dia masih ingat apa abg dia dah buat kat dia (tapi dia tak ingat plak if daku ada kerek ngan dia hahahaha). Bang ngah back up bapak dia, bergaduh ngan mak dia kata jgn kacau bapak dia lagi pasal duit belanja, dia tak pernah rasa pun duit bapak dia bagi.

Mcm banglang, dia tak back up bapak dia. Dia juga tak backup mak dia..dia neutral. Janji duit belanja dapat dari both sideπŸ˜‚

Bang lang ni jiwa kental. Hentam lah dia cemana pun, tegur cemana pun, dia selamba je sengih sengih. Bang ngah ni hati tissu. I guess byk traumatise dan as yg besar, dia yg hadapi mcm mcm, mak hambur semua kat dia..bang lang tak tau apa apa dan tak ingat pun dan dia manja.

Bang ngah ni sbb happy sgt finally duit belanja dapat kat dia (sebab dia kata selama ni tak merasa pun apa bapak dia bagi), till the extend dia kata, bagi lah apa je kalau ada duit, kalau takde duit, dia paham. In which tak pernah jadi lah kan. Bang ngah juga kata tak perlu bagi belanja sbb dia duduk sini dan takde apa nak bayar pun...kalau bang lang ngan sulong tu..selagi leh ambik, ambik..bapak dia short ke apa tak kira, janji bagi duit.

Studying in business management ni, dimana dia di private school..rata rata anak anak have have...style dia pun lain sikit..dia ni more up to date and ikut fashion terkini, music terkini. Jaga penampilan juga. Dan social juga orangnya. Dia boleh berparti sampai 40 org kat apartment sekangkang kera. Bang ngah tak mcm ni.

So semalam dia byk bagi idea utk my youtube channel. Dan suruh daku buat profile utk presentation in which daku rasa bagus juga idea. Ni utk marketing purposes.

Dia kata dia tak kisah orang Msia follow dia tapi kena private ig yg dia akan create. Sbb IG sekarang ni circle dia utk future company he will be working with atau circle of students sekarang. Laki ku kata, kalau companies search his name dan tengok list dia ramai orang kita..takut jadi issue (islamophobia) dan akan effect career dia. Imagine till that extend?

Jadi ini lah bang lang...dia kata above all, family comes first.. kawan ramai tapi family stays the same. Nanti dah tua², it would be fun tengok surrounded dgn  ramai suku sakat (sambil tunjuk adik adik dia).

Ok, lepas ni boleh selamba cakap ngan dia dan laser dia.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† 


5 comments:

  1. bila umo baya dia bleh kata family comes first mmg sesuatu sgt... untung u kak. May Allah bless.

    ReplyDelete
  2. Semoga ikatan kekeluargaan sis bertambah rapat dan sentiasa dirahmati Allah...

    ReplyDelete
  3. Untung banglang bangngah ni..dpt mak tiri baik dan adik² penyeri hidup dorang sebenarnya.. mungkin dorang pun sedar hal ni..akak .stay strongπŸ€›πŸ»πŸ‘πŸΌ

    ReplyDelete
  4. https://www.youtube.com/watch?v=-nQcooe4qvU&t=11s

    ReplyDelete
  5. Untung Sis ada anak tiri ensem ensem .. lama lama nanti mesti hati dan minda dorang terbuka bila tengok cara sis didik anak anak sis kan ...
    Even tho berlainan mak there must be something good in each of them .. tapi nampak bonding bang ngah & bang lang dgn adik adik lain sangat bagus ... dorang pun nampaknya manja kan Syifa juga ..

    ReplyDelete

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...