Anakku.
Bukan mudah menjalani kehidupan anak "mix culture". Tinggal pula di negara bukan Islam yang nyatanya didikan amat berbeza dengan didikan asal mak/ayah.
Mempunyai pula adik beradik berlainan mak/ayah yg berbeza ugama dan amalan. Ini juga boleh menjadi cabaran yg sangat hebat.
Abg² yg free thinker ni mempunya idea yg lain. Jadi perdebatan sentiasa ada. Pernah mengatakan pada daku yg ugama melimitkan anak anakku dari explore luar sana. Bila anakku berpakaian tak seperti budak budak disini dimusim panas (singlet, shorts), diperlinya kenapa pakai mcm mak ko.
Sudah pastinya ayah mereka pun nak anaknya berpakaian seperti budak budak disini tapi anakku sendiri taknak dan menentang keras kata tak suka. Anda mungkin akan memandang sinis pada ayah mereka tapi berapa banyak mak ayah melayu sendiri yg membiarkan anak mereka berpakaian lebih menjolok mata sekali?
Itu dugaan disini.
Kemudian anak anakku kena berdepan pula dengan dugaan orang Malaysia.
Orang tidak faham background kami mcm mana...keadaaan kami disini mcm mana. Bila mana anakku bertudung di Malaysia...sebab konsep daku mudah sahaja dan daku dah pesan..
Keadaan disini bukan mudah utk bertudung..jadi bila kita dah berada ditempat yg mmg tiada masalah utk bertudung, kenapa masih ingkar?
Dan bila berada ditpt yg mmg tidak memudahkan utk bertudung..tak perlulah tunjuk di social media
Jadi daku train anakku bertudung bila balik di Malaysia, nak dia biasa dan belajar walau sedikit utk bertudung.
Masalahnya sekarang, orang expect anakku bertudung litup sepenuhnya tanpa selidik disebalik tirai.
Ya kami bukan dari keluarga baik baik yg hebat didikan mak dan ayah yg memastikan bab ugama dan aurat terjaga. Tidak.
Kami adalah dari keluarga biasa biasa sahaja yg imannya setebal kulit bawang. Suami ku belum boleh menerima sepenuhnya anaknya di kongkong di usia muda ini utk bertudung litup, berjubah. Sekali lagi mungkin anda akan berceramah tentang ugama tapi anda lupa background kita tidak sama...kita bukan datang dari didikan yg sama.
Tidak semua dibawah kuasa ku tapi sedaya upaya daku cuba utk didik anak anakku sebaik baiknya mengikut ajaran Islam.
Betapa ramainya keyboard warrior yg mencari salah orang lain dengan mengeluarkan nasihat bukan berbentuk nasihat tapi lebih kepada berbentuk aib.
Daku tak kisah apa orang nak cakap sebab Allah tidak melihat luaran sahaja tapi Allah melihat apa didalam hati..apa amalan kita. Kesiannya adala pada anak anakku yg masih muda bila mereka baca komen komen sebegitu. Tapi daku pesan, takperlah Allah je tahu.
Yg berumur tu lupakah anda juga pernah muda dahulu? Yg mak ayah didik elok², alhamdulillah tapi tidak semua yg masuk syurga itu sejarah hidupnya baik baik belaka. Dan tidak semestinya yg sejarah hidup kaki social, free hair, tak jaga aurat itu tempatnya SAH di neraka.
Jadi hentikanlah menghukum seperti anda sudah confirm masuk syurga. Cukupkah amalan sehingga membolehkan anda mencari aib orang lain?
Moga Allah berikan mereka hidayah dan berikan kekuatan dan diteguhkan iman anak anakku utk terus berusaha menjadi lebih baik mengikut jalan Islam tanpa menghiraukan kata kata menghentam baik orang disini, mahupun orang disana....aaaaamiin.
Dan paling penting yg daku pesan pada anak anakku, yg daku cuba amalkan juga utk jadi lebih motivated in days to come
- TURN NEGATIVITE INTO POSITIVE
Stay strong kakππ»ππ»ππ»
ReplyDeleteMemang nampak jihad akak nak mendidik anak dengan cara hidup Islam. Suasana di sana memang mencabar dan effort yg akak tunjukkan is more than 500%. May Allah ease you and your family ❤️
Terimakasih sahabat
DeleteYang penting jaga akidah keluarga..free thinker ni sangat berbahaya..mereka kalau berhujah memang tak cecah jalan..mereka ingat kewujudan mereka kat dunia ni tanpa ada PENCIPTANYA.semoga puan sekeluarga dilindungi Allah..maaf kalau pesanan saya ini menyingung puan..jangan terlalu rapatkan anak2 dengan free thinker ni sebab jarum hasutan tu terlalu hdalus sampai kekadang kita tak sedar...
ReplyDeleteYa sebab tu tak berapa suka sgt sebenarnya bagi terlampau rapat sbb dalam lubuk hati ni, ada rasa risau juga walau mcm mana pun.
DeleteBanyakkan doa ye kak.. Doa itu senjata org mukmin.. Moga Allah pelihara akidah anak2 akk.. Dipermudahkan segala urusan utk akk besarkan anak2 disana
DeleteStay strong kak Nor, teruskan mana-mana yang baik, istiqomah.. Yang baru follow ni kadang-kadang tak selidik terus nak judge, maklumlah nama pun keyboard warrior π€.. Abaikan saja orang-orang macam ni.. kami yang dah lama follow kak nor tak akan judge meluluπ
ReplyDeleteMuch love from us for your support..semoga Allah memberkatimu..aamiin
DeleteMay Allah ease your journey kak. Btul kak, d mna2 ada cbran. Semoga kita semua dberi kekuatan untuk mndidik anak2 ke arah kebaikan dan di redhai Illahi. Ameen.
ReplyDeleteAaaamiiin..
DeleteSo agree with you. I read some of these comments in your YouTube... Even comment about weight ... These people are so judgemental!
ReplyDeleteI suppose orang kita mmg mcm ni..rasa bebas utk komen benda sensitif
DeleteBetul tu, saya rasa mmg sepatutnya kita perlu mengubah pemikiran kita kalau yang beragama islam tu mesti sempurna. Hakikatnya, mengikut agama dan jalan yang benar adalah susah. Sebabnya kita ni dicipta dengan akal fikiran yang bebas dan hawa nafsu. Tetapi itu tidak semestinya menghalang kita untuk menjadi yang terbaik. Membuat kesilapan itu adalah perkara yang biasa, dan seharusnya kita semua ni ingat yang Allah itu maha pengampun dan maha belas kasihan. Yang pentingnya kita mesti akui kesilapan kita dan sentiasa berusaha ke jalan Allah selama kita hidup di dunia ni. Kalau bukak buku tentang kisah nabi, mereka pun berusaha keras untuk beriman kepada Allah dan semestinya mereka pun tidak sempurna. Tapi disebabkan mereka adalah nabi terpilih, jadi Allah memberi mereka kelebihan di antara manusia yang lain. Pokoknya, sepatutnya kita ni umat islam memberi sokongan dan jangan menghukum orang jikalau orang itu tidak bersependapat dengan kita. Melainkan perkara yang berat/salah seperti perbuatan fizikal dan sebagainya. Masing2 ada ujian mereka, dan masing2 diberi peluang daripada Allah untuk mengatur kehidupannya. Lagi satu, saya rasa akak kena jelaskan dekat anak tiri dan suami akak kenapa islam mengajar umatnya begini. Mungkin akak dah pernah bgtau, kalau mcm tu maaf saya tak tahu. Tapi kalau dah mcm tu, saya harap akak bnyakkan bersabar. Cakap dengan anak tiri akak tu sepatutnya kalau liberal minded, patut nya they understand and accept that this is how akak want to live and how your children want to live. Apa2 pun, insyaallah, harap segalanya dipermudahkan untuk akak dan keluarga. Saya suka tengok akak menceritakan tentang kisah akak di sana.. Jangan putus harapan, insyallah ada jalannya nanti.
ReplyDeleteYou said it all, sahabat.. anak tiri tu mmg daku dah explain..tapi dorang masih berfikir bahawa Islam ini mundur dan bahawasanya lgbt itu contohnya adalah moden dan harus diterima
DeleteTerimakasih for your wise writing..and above all, tq for your support and doa for us..may Allah bless you and your family..aaamiin
DeleteLive your life Nur. You know the best. Jgn hidup untuk memuaskan hati orang. Ignore the negative. Semuga semuanya dalam jagaan & perlindungan Allah swt.
ReplyDeleteAssalamualaikum...I'm a new follower and as far as I can see, my great respect to you kak. To didik anak² yg tinggal bukan di negara Islam. Ia mmg mencabar. Even when I was backpacking around Europe for months, potraying yourself as a Muslim people will judged you. Looked at you mcm you spesis alien. Your daughters are still young, let them have the slight freedom and without enforcing too much on hijab as long as they know the limits and with the situation of where you are living, saya rasa untuk keselamatan dan juga their emotional wellbeing, it is best menutup aurat sepenuhnya mereka boleh decide at a matured age. Who are we to judge as an outsider. Who are we to judge how Islamic you are just by appearance. Kadang yg free hair, lebih bersih hatinya. May Allah swt sentiasa melindungi your family, bestowed upon all of you with His Baraqah, hidayah dan taqwah. Semoga sentiasa berpeluang utk beristiqomah..Aamiin. Be safe, take care and semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteKerana jalan kita tak sama maka usahlah difikirkan sgt apa org kata. Yg penting anak² dan keluarga kita terjaga. Sedangkan kat sini pun bersepah masalah sosial dan akidah, apatah lagi di sana. Kuatkan asas akidah anak² dulu Long. Bagi dorang paham dan hadam. Insya Allah ke mana dorang pegi, dorang takkan tersasar. Doalah pada Allah agar diberi kekuatan iman dan kesihatan badan serta akal fikiran.
ReplyDeletesemoga Allah mudahkan segala urusan keluarga akak n diberikan hidayah buat suami n anak2
ReplyDeleteteruskan kuat auntie annoor, instead Allah tahu niat auntie dan family untuk jaga akidah,, in syaa Allah mudah
ReplyDelete