H U S N U Z O N
Orang yang suka post gambar mengemas rumah, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan masa lapang dan kreativiti yang kunjung datang untuk buat rumah dia makin tenang dan senang dipandang.
Orang yang suka post gambar makan-makan, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan kerajinan dan ringannya tangan untuk berbakti dengan cara bersusah payah sediakan makanan.
Orang yang suka post gambar dia anak beranak buat aktiviti, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan waktu yang bersisa dan tenaga yang maksima untuk selalu dihabiskan bersama-sama dengan ahli keluarga.
Orang yang suka post gambar ke hulu ke hilir bagi sedekah pada petugas, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan kewangan yang lebih dan ketekunan yang tinggi untuk ke sana sini menghulur bantuan seikhlas hati.
Orang yang suka post gambar tengah bertugas, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan hati yang kuat dan semangat yang tekad untuk terus berjihad menyelamatkan orang lain yang sedang tak sihat.
Orang yang suka post gambar tengah mengaji dan hafaz Quran, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan hati yang dekat dengan Al Quran dan tingginya keinginan untuk memperbaiki diri dan memperbanyak amalan.
Orang yang suka post gambar layan anak buat aktiviti, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan idea yang banyak beserta kesabaran yang tinggi dalam membuat anak-anak terhibur hati dan rasa disayangi.
Dan bahagian kita apa?
Bahagian kita ialah doakan yang baik supaya kebaikan kepada orang-orang itu semakin melimpah ruah. Dan dengan itu percayalah bahawa rezeki kita juga akan semakin bertambah.
Begitu sifir Tuhan
Kamu doa satu
Aku bagi dua
Satu untuk dia
Tak lupa untukmu juga
Jika tak punya rezeki seperti orang lain terkadang bukan kerana apa. Tapi kerana banyaknya mempersoal akan rezeki dan kelebihan manusia lainnya.
Hidup tanpa virus
Hidup bersangka baik
Jom pakat hayati
Kredit: Siti Suryani Yaakop
@islamitu_indah
Betul tu Nur. Husnuzon. Rezeki itu pelbagai dimensi. Berdoa yang baik-baik untuk orang lain. Doa yang baik kembali kepada yang mendoakan.
ReplyDeleteThanks bg motivasi.. Agar hati sentiasa bersyukur atas nikmatnya
ReplyDelete