Monday, August 17, 2020

PERSEDIAAN PENGGAL BARU SEKOLAH

Mula berkarya sementara Syifa di handle oleh kak Ida. 

Tak sabar nak balik..kerja dgn proper equipment dan proper place. 
Tp balik rumah maknanya lg byk kerja rumah menanti. 

Minggu dpn kena get ready beli persiapan "tahun baru" penggal baru sekolah selepas 5bln lebih belajar dirumah. Pastinya awkward bg mereka ke sekolah pakai mask. 

Pastinya pelik bg Syifa rumah sunyi kakak abg takde. Dan pastinya mencabar buat daku untuk handle Syifa sambil kerja, sambil buat kerja rumah. Ya, sudah berlemak sebab kakak abang ada dirumah untuk bantu jaga adik sementara mak nya berkarya dan buat kerja rumah.

Abang Adam akan mulakan perjalanan jauh untuk pergi dan balik sekolah di Paris center. Sebelum ni dekat rumah je ..naik bas, 20min dah sampai.

Kali ni, 
  • papa hantar dari rumah ke train station (15min)
  • kena pastikan schedule train betul. Dia kena naik train ke Paris center. Lepas tu kena tukar naik train lain pula (makan masa dalam 50min). 
  • dari station, jalan kaki 4min untuk ke sekolah
Pastinya mencabar buat anakku. Pegi masa gelap, balik pun dah gelap. Mengalahkan orang kerja ofis. Ni pasti mood swing ni jadi daku kena pastikan makanan seimbang ready bila dia sampai rumah. Sebab ianya akan menjadi tough years untuk 2 tahun memandangkan dia ambik engineering course dan ini adalah foundation sebelum masuk engineering school. 

Lepas 2 tahun ni maknanya insyaAllah lagi 3 tahun selepas itu akan jadi bak kacang yang dikunyah.

Semoga Allah kuat kan semangat anak mama untuk menimba ilmu pengetahuan, jangan mudah mengalah walau apa pun dugaan. Banyak jati diri mama dah ajar dan mama harap anak mama ingat semua ini. Bukan senang nak senang. Kena bersusah dahulu.

Jade..lama sangat tak ke sekolah, banyak main dan kurang focus. She is a brilliant student mcm abang cuma kurang revision...maka jadi malas dan main je kerja sepanjang kuarantin ni. September ni tahun ke 4 sekolah rendah. Makin jadi senior gitu.

Bagi anak ku Ida, daku kena bagi dia ruang untuk study dan focus, tak boleh sentiasa harapkan dia untuk tolong jaga adik. Daku kena cuba bahagikan masa daku sendiri untuk antara handle Syifa, kerja, memasak, kerja rumah dan anak anak.

Daku kena belajar lebih lagi untuk bijak bahagikan masa, bijak handle perasaan yang adakalanya mood swing, badan yang adakalanya penat amat. 

InsyaAllah mama can do it, berkat pertolongan Allah, dgn zikir tak henti henti agar dihentikan bisikan syaitan yg membawa perasaan memberontak dalam hati disebabkan kepenatan.

We all can do it, anak anak.
Buat suamiku, moga daku teguh berdiri disisimu disaat diduga dengan krisis ekonomi sekarang yg membuatkan bisness tidak dapat bergerak. InsyaAllah kita usaha untuk mencari jalan lain untuk mengurangkan bebanmu dan terimakasih atas sokongan mu sentiasa sebagai tulang belakang ku dalam apa jua yang aku usahaskan...

Semoga Allah memberi mu hidayah duhai suamiku atas sejuta kebaikan yg telah engkau berikan kepada aku dan anak anak kita...aaaamiiin.

2 comments:

  1. Semuga Allah swt makbulkan doa2 Nur, di lindungi dari segala bala, penyakit, di limpahi dgn rezeki yg overflow sentiasa, kebahgiaan sekeluarga dunia hingga akhirat.Ameen

    ReplyDelete

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...