Our Syifa.
Daku selalu pesan jgn biasakan dgn hp. Bila melihat di negara sendiri anak anak kecil senantiasa ada gajet di tangan. Disini jarang tengok anak kecil diberi gajet..blh dikira dgn jari yg daku nampak. Biasanya jarang orang putih beri anak kecil dgn hp. Yg daku nampak adalah lebih kepada "org luar" disini.
Utk mak ayah yg penat berkerja dan mahukan ketenangan sekejap ..gajet adalah solution immediate.
Akan tetapi terlampau byk buruknya dari baiknya andai mak bapak terlampau bergantung pada gajet untuk mengambil alih tugas menjaga dan mendidik anak anak.
Akan tetapi kami juga tidak lepas dari bisikan utk menyenangkan kerja ini.
Walau tidaklah selalu tapi setiap hari!!. Dan bila ayahnya jaga je bg handphone, ianya seperti menjadi kebiasaan dan ketagihan buat Syifa.
Terbaru yg buat kami tersentak ialah bila mendapati selepas lebih dari 1jam dgn gajet dalam jarak sgt dekat, mata Syifa mula menjuling!!!
Kami sangat2 terkejut. Walau tidak di akui oleh ayahnya, mengatakan bukan bg gajet lama pun, daku tetap insist, no more hp utk Syifa (bila dia jaga).
Dan hasilnya setelah beberapa hari tiada hp
.. mata kembali ke posisi asal
...aktif bermain dgn mainan yg sgt bagus utk motor skill dia
...panas baran atau tantrum semakin kurang
...bonding dengan keluarga pun bertambah baik
Moral of the story..berpada padalah beri anak gajet. Tugas jaga anak diamanahkan kepada kita, bukan kepada gajet.
Jangan terlampau akur dgn didikan pasangan kita yg nyatanya salah utk pembesaran anak.
Tau buat anak, sila lah tau jaga anak.
Peringatan utk diri ku yg lalai.