Anak.
Sentiasa beri peringatan. Mereka juga beri peringatan pada daku. Sebab daku ni namo yo tuo kertu..ado kalo eh perangai tiga suku tu kalah anak anakku 😅
Tazkirah utk Ida semalam.
Bagus nak pakai tudung, aurat slowly kena tutup juga. Dia masih belajar. Kuat semangat dia..lebih kuat dari mak dia alhamdulillah.
Akan tetapi bertudung je tidak terhenti disitu perjuangan. Mulut, adab, kelakuan, semua juga perlu di ubah.
Sebab betapa ramainya fikir bertudung dan merasakan diri lebih baik dari orang lain.
Mulut
..dgn senangnya mencaci dan menghina orang lain yg masih free hair
..mengumpat, membawang masih tiada perubahan
Pakaian
..bertudung menutup kepala sahaja tp tidak anggota badan yg lain
Mak ayah
..masih tidak menjadi anak yg menyenangkan mak ayah
..masih kasar bercakap dgn mak ayah
Dgn harapan yg kasar dapat di lembutkan.
Yang jauh dapat dirapatkan.
Besar maknanya HIJRAH...dan tersilap langkah, terlebih, ter riak, mengata org lain tapi diri sendiri tak boleh ditegur..maka jadilah HIJRAH U TURN..cakap tak serupa bikin.
Semoga Allah permudahkan urusan kita dan anak anak kita semua.
No comments:
Post a Comment