Wednesday, August 31, 2022

SELEPAS CUTI PANJANG

Cuti oh cuti, bahagianya bila cuti.

Tak perlu pikir pasal duit, hanya perlu fikir duit yang perlu di keluarkan sahaja untuk menampung cuti.
Ada ramai juga bertanya berapa agaknya belanja nak bawak sekampung balik Malaysia ni. 

Jawapannya adalah..jeng jeng jeng.
Semenjak covid maknanya cuti kali ini adalah hasil dari ikat perut dari 2020. Memang enjoy sakan walau penat badan sebab tiada hari yang kami tidak on the road. Balik homestay hanya untuk letak barang, solat mandi dan tidur. 

Sepanjang 21 tahun berkahwin dan tinggal disini, hanya semenjak daku financially independant aka bread winner of the family yang dapat merasa cuti sakan selama dua bulan di Malaysia. Dan ini semua semenjak kemunculan cik Syifa ke dunia ni.

Jadi nampak tak betapa Syifa ni bawak rezeki? Alhamdulillah.
Seronoknya bila ada duit sendiri ialah, boleh belanja apa yang kita nak. Tak perlu tanya sesiapa. Nak belanja sesiapa pun tak perlu mintak permission. Bahagianya berdiri di atas kaki sendiri.

Bezanya masa mengharap duit suami, sangat terbatas percutian dan perbelanjaan maka cuti pun hanya sebulan lebih sahaja.

Alhamdulillah terimakasih Allah.

Hari ini adalah hari ke 4 kami pulang selepas 2 bulan lebih bercuti di Malaysia. Surprisingly jet lag hanya pada hari 1. Agaknya sebab terlampau banyak benda nak settle, unpack, kemas dengan masa yang sangat limited dan anak anak nak masuk sekolah tahun baru.

Ada pesanan makanan pun daku tak dapat nak ambik sebab barang barang pun dah zero, kena pergi asian supermarket minggu depan untuk stock up. Freezer kami di basement, disebabkan petir, the whole basement takde elektrik, jadi bila Adam dan suami ku balik dari Malaysia, semuanya dah mula berbau maka terpaksa buang segala makanan, ikan bilis, cili kering, asam keping, daun pandan, serai, daun kesum dan segala nya😭😭😭

Selepas cuti panjang, nak mengembalikan mood berkerja banting tulang is one thing. Hanya pada Allah daku memohon agar di beri kembali semangat dan kekuatan serta kesihatan yg berkat untuk daku kembali berkerja demi untuk anak anakku.

Hari ke 2 kembali disini, kami terus beli barang barang sekolah untuk anak anakku yang tiga orang ni. Khususnya utk Ida dan Jade yang ada list panjang apa perlu dibuat. Ida incharged utk verify yang dirumah ni ada barang yang tak perlu di beli, jadi itu dah dapat jimat walau sikit. Kami ke 2 kedai berbeza, daku menurut je kata kak Ida, my financial advisor. 

Kedai pertama adalah kedai jual barang harga boleh tahan murah. Bila ada barang tiada, baru kami ke kedai kedua untuk top up apa yang tiada.

Adam hanya perlu beberapa buku tulis dan alat tulis. Selebihnya akan di top up bila perlu. Manakala cik Syifa tak perlu apa apa, sekolah akan sediakan peralatan. Mak ayah biasanya belikan kotak tissue sebab seperti biasa bila mula masuk sekolah akan pastinya virus bertembung dan virus selsema pun kembali, maka penggunaan tissue adalah sangat banyak.

Sunday, August 28, 2022

PERJALANAN PULANG YANG TRAGIS

Perjalanan kembali ke pangkal jalan😜

It was a tough journey with the little one. Long flight trip at this age dgn anak kecik mmg memenatkan.
Kalau dulu takde masalah bawak anak anak yg masih kecil, dgn berbag bag hand luggages, gendong backpack lg..dgn luggage segedabak utk handle. Tapi masa tu badan masih kuat, tenaga luar biasa.

After not travelling for 2years..I can feel kepenatan dia. Mmg sangat penat...

So guys please avoid transit lebih dari 1...kalau ada anak kecik. Transit plak di negara yg airport dia kemudahan trolly pun haku tak nampak. Info counter juga tak nampak.

Juga avoid lar airline eropah ni. Servis teruk sungguh. Pastu airport dia byk songeh sungguh. Nak pegi satu tpt ke tpt lain sila jalan jauh ya...tangga berjalan tu mmg takde ya atau limited. Bayangkan nak kejar flight tak tau mana nak pegi, takde sapa nak tolong.

Jadi bila orang kata France ni racist dan byk songeh...sebenarnya ada byk negara eropah lain lg teruk.

Bila beli tiket flight make sure involve satu airline sahaja. Daku masa book tgh flight yg tak berapa lama sgt..dan tak perasan rupanya 2 kali transit dan involve airline lain.

Sudahnya, tak boleh purchase extra baggage..kena dua kali check in. Sgt memenatkan.

Flight kami Oman Air. Ni satu kalau call center servis dia menyampah gak dgr suara hok jatey menjawab. Nak tukar tiket aritu boleh sekejap naik plak harga..daku rasa dorg ni rely on commision kut. Pastu kalau dah call, mereka akan hold reservation dan kita tak boleh modify tiket padahal sebelum call, murah sikit harga dari yg agent dorang cakap. Dan mereka macam takutkan harga akan naik lagi kalau tak confirm cepat. Mereka hold booking for one hour. 

Daku sengaja beli tiket bkn promo, beli tiket yg flexible...sekali tukar date, dia charge kaw2 punya jadi apa guna beli tiket flexible eh?

Byk belajar dari pengalaman. Mcm serik juga dgn airline ni. Lain kali book je promo punya harga...ni dah lar beli mahal, tiket kena charge pulak bila nak tukar.
Dan juga kalau boleh lain kali balik dari Malaysia sama sama dgn yg jatey2. Sebab senang lenangnya jatey2 tak payah fikir pasal apa2..fikir diri sendiri je. Kita ni struggle dgn anak kecik, dgn brg segedabak lagi. Mengangkat luggages ke trolly pun nak kena pikir. Dalam flight tak selesa anak kecik duk gerak sebab tak selesa..kita mmg takleh tido dan sakit belakang dan segalanya 
Pengorbanan nak bawa anak anak balik Malaysia...it has been going on for 21years, gembira masa jejak kaki ke Malaysia, kesedihan bila nak say goodbye....and I am still wondering when this will end. 

Ya Allah kurniakan aku rezeki melimpah ruah seluas luas langitmu Ya Allah agar dapat aku beli rumah di Malaysia dan agar dapat aku tinggal di Malaysia dan juga di France...aamiin 

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...