Wednesday, August 31, 2022

SELEPAS CUTI PANJANG

Cuti oh cuti, bahagianya bila cuti.

Tak perlu pikir pasal duit, hanya perlu fikir duit yang perlu di keluarkan sahaja untuk menampung cuti.
Ada ramai juga bertanya berapa agaknya belanja nak bawak sekampung balik Malaysia ni. 

Jawapannya adalah..jeng jeng jeng.
Semenjak covid maknanya cuti kali ini adalah hasil dari ikat perut dari 2020. Memang enjoy sakan walau penat badan sebab tiada hari yang kami tidak on the road. Balik homestay hanya untuk letak barang, solat mandi dan tidur. 

Sepanjang 21 tahun berkahwin dan tinggal disini, hanya semenjak daku financially independant aka bread winner of the family yang dapat merasa cuti sakan selama dua bulan di Malaysia. Dan ini semua semenjak kemunculan cik Syifa ke dunia ni.

Jadi nampak tak betapa Syifa ni bawak rezeki? Alhamdulillah.
Seronoknya bila ada duit sendiri ialah, boleh belanja apa yang kita nak. Tak perlu tanya sesiapa. Nak belanja sesiapa pun tak perlu mintak permission. Bahagianya berdiri di atas kaki sendiri.

Bezanya masa mengharap duit suami, sangat terbatas percutian dan perbelanjaan maka cuti pun hanya sebulan lebih sahaja.

Alhamdulillah terimakasih Allah.

Hari ini adalah hari ke 4 kami pulang selepas 2 bulan lebih bercuti di Malaysia. Surprisingly jet lag hanya pada hari 1. Agaknya sebab terlampau banyak benda nak settle, unpack, kemas dengan masa yang sangat limited dan anak anak nak masuk sekolah tahun baru.

Ada pesanan makanan pun daku tak dapat nak ambik sebab barang barang pun dah zero, kena pergi asian supermarket minggu depan untuk stock up. Freezer kami di basement, disebabkan petir, the whole basement takde elektrik, jadi bila Adam dan suami ku balik dari Malaysia, semuanya dah mula berbau maka terpaksa buang segala makanan, ikan bilis, cili kering, asam keping, daun pandan, serai, daun kesum dan segala nya😭😭😭

Selepas cuti panjang, nak mengembalikan mood berkerja banting tulang is one thing. Hanya pada Allah daku memohon agar di beri kembali semangat dan kekuatan serta kesihatan yg berkat untuk daku kembali berkerja demi untuk anak anakku.

Hari ke 2 kembali disini, kami terus beli barang barang sekolah untuk anak anakku yang tiga orang ni. Khususnya utk Ida dan Jade yang ada list panjang apa perlu dibuat. Ida incharged utk verify yang dirumah ni ada barang yang tak perlu di beli, jadi itu dah dapat jimat walau sikit. Kami ke 2 kedai berbeza, daku menurut je kata kak Ida, my financial advisor. 

Kedai pertama adalah kedai jual barang harga boleh tahan murah. Bila ada barang tiada, baru kami ke kedai kedua untuk top up apa yang tiada.

Adam hanya perlu beberapa buku tulis dan alat tulis. Selebihnya akan di top up bila perlu. Manakala cik Syifa tak perlu apa apa, sekolah akan sediakan peralatan. Mak ayah biasanya belikan kotak tissue sebab seperti biasa bila mula masuk sekolah akan pastinya virus bertembung dan virus selsema pun kembali, maka penggunaan tissue adalah sangat banyak.

No comments:

Post a Comment

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...