Sunday, March 1, 2020

KISAH KEMBARA PERANTAUAN (Permanent Resident)

Bila Adam dah lahir, maka bermulalah formaliti utk mendapat kad PR disini. Setiap 3bulan kena berulang alik ke Commissariat utk renew temperory PR paper.

Segalanya bermula lepas kelahiran Adam. Daku berlepas balik ke Malaysia hanya berdua dgn Adam, when he was 2mths plus. Tanpa suami disebabkan kerja nya yg tidak mengizinkan. Di lepaskan daku dan anak kami pergi, dgn hati yg berat...dan kali ini, dia pastikan semuanya cukup (duit belanja etc) sbb risau.

Tiada yg risau berdua dgn long flight at that time sbb sgt² excited nak balik Malaysia..kembali ke Malaysia kali ni, sebagai seorang ibu. Mudah sgt perjalanan..anak yg baik..jadinya daku tak stress. Dalam flight pun takde masalah, duduk dalam bassinet. Ada time tu finally dia dah tido..daku cepat² pegi tandas. Balik², tgk dia  menangis tp ada minah salleh tepuk² kan. Nak makan, kena tunggu dia tido dulu.

This is the beginning to my Journey, balik Malaysia long flight, bawak anak anak seterusnya.

Di Malaysia, bawak anak naik taxi ke Embassy France di Kuala Lumpur. Translate surat nikah, sijil kelahiran anak. Ayah masa ni masih lagi bertugas sebagai polis di Bukit Aman, jadinya daku kena usaha sendiri nak kemana mana. Maka teksi lah jawapannya at that time.

Balik sini, semua paper dah ada. Setelah beberapa bulan tunggu, finally dapat PR kad valid for 10yrs. Dan kami juga finally declared di mayor tpt kami sebagai sudah berkahwin (di Malaysia) dan maka keluarlah Livret Famille (Family book) dimana mengandungi detail
  • tarikh kawin dan tpt
  • nama anak dan tpt lahir
Kalau tak silap, dapat semua ni tahun 2003



No comments:

Post a Comment

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...