Hari ke 4 keluar hospital..suami ajak pegi beli susu anak kat Carrefour. Kita pun rasa kita dah kuat lah masa ni. Dari tpt parking jalan nak masuk mall. Survey barang semua. Sampai time nak bayar..dah rasa nak pitam. Mana ada orang kita lepas hari ke 4 keluar bersiar siar beli barang kan.
Carry car seat anak lagi. Mana nak tahan kena jahit lagi.
Tiada istilah berpantang disini. Mentaliti org sini..dah beranak, back to normal buat kerja rumah. That was how it went on. Memasak, buat kerja rumah mcm biasa. Pantang? Tiada istilah. Bengkung? Pun tiada.
That is why at times rasa sedih...kalau mak masih ada mesti mak dah dtg, jaga daku, masakkan semua...jaga cucu..daku just rehat je.
But that was not the case. Org sini...pun mana ada pantang..anyway dorg makan pun healthy food..tak mcm kita. So tiada istilah pantang. View normal adalah anak umur 7hari, mak dah bawak gi beli barang. So I consider ppn sini kuat² lar mental sebenarnya. Nak kata umur pjg pun..org putih lg umur pjg dan sihat dari org kita.
Tapi buat adik adik diluar sana...selagi blh berpantang, pantanglah...nak nak lagi duduk Msia...you have the privilege ada org jaga kan.. ada org tgkkan..kalau takde, upah je orang.. dan it cost less than here. But I do understand ada je org yg jauh dari mak ayah..semua kena buat sendiri like me...bezanya lokasi..daku disini, mereka dinegara sendiri.
Daku makan mcm biasa. Tiada makanan pantang. Kena layan anak tiri yg tetiap ari dtg makan minum tido lagi..anak tiri lg 2 org yg dtg masa weekend lagi. Bila nak pantang? Diri sendiri pun tak dapat nak jaga.
Tiada siapa yg ajar breastfeed. No encouragement so ended up bottle feed my son. Probably sbb they did not know how to explain in English to me at that time??
No friends to talk to, only virtually…. so here is how I spend my next few years ...living a life as a mother with 4boys.
Tetapi dgn hadirnya anakku Adam...I didnt feel alone anymore...sbb aku ada anak utk ku luahkan perasaan dan kasih sayangku sepenuh hati… hanya pada anakku...ADAM, pengarang jantung hati mama.
#journalkembaralightkm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
JUMAAT BARAKAH
Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...
-
Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...
-
Tarikh penting. Memulakan kehidupan sebenar seorang adult dgn bergelar isteri. I met my husband 20yrs ago. And as today, we are celebra...
Salaam Puan .Baru terbaca blog Puan dan berasa amat sedih dengan ujian dan cabaran Puan hadapi .Semoga Puan terus tabah membesarkan anak3 ikut acuan Islam sebaiknya .Hidup ini sementara .Akhirat kekal abadi ..
ReplyDelete