Friday, May 29, 2020

NASIHAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Walau tua mcm mana pun
Walau berilmu mcm mana pun
Walau rasa dah diberi hidayah mcm mana pun

Akuilah...kita masih perlu dinasihati.

Walau kita dah berumur
Walau kita dah jadi mak atau ayah
Walau kita dah jadi nenek

Kita adalah manusia
Yg kerjanya buat kesilapan

Jgn fikir diri sudah bagus, mendongak ke langit
Dinasihat melenting

Fikir sbb dah dapat hidayah maka tidak layak diberi nasihat.

Andai begitu...andai tidak boleh menerima nasihat orang..dan hanya fikir layak memberi nasihat maka hidayah itu belum betul betul sampai.

Hidayah itu adalah bukan sahaja ingat pada Allah ...tapi beringat² juga akan kata kata dan kelakuan pada orang sekeliling.

Sbb kalau bila fikir ingat pada Allah tapi bersikap zalim dgn orang lain... sah lah diri tu bukan betul² baik.

Towards the end, kita hanya lah manusia..yg buat kesilapan. Dan memerlukan bimbingan dan nasihat dari orang lain.

Daku adalah diantaranya...dan syukur alhamdulillah byk aura positive sekeliling yg sentiasa mengingatkan dikala daku dikegelapan...keresahan..kerunsingan.

No comments:

Post a Comment

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...