Saturday, May 30, 2020

BONDING

Petang petang biasanya kami buat bbq belakang umah.
.
Sbb tengahari agak panas😅
.
Bila MCO start aritu sampailah dilonggarkan...adalah bonding time buat bang ngah utk spend masa lebih dgn bapak dia...adik2..mak tiri🤣🤣
.
Dah makin lembut hatinya..tolong sediakan meja masa makan..kemas lps mkn..main ngan adik2..alhamdulillah.

Semalam utk pertama kalinya daku tanya dia ada apa apa nak tambah tak dalam list..nak beli barang esok. Mcm terkejut kot.

Daku nak dia rasa dihargai dan rasa yg daku layan dia mcm daku layan anak anak ku yg lain. Awal dia bangun arini. Bapak dia dah cakap 9.30am kena get ready. 9.20am dia dah terpacul.

Menunggu si Adam lak yg last minute nak join, menunggu dia plak. Daku riso orang ramai sebab Ahad, kedai bukak sampai 1pm je, kalau lambat sure ramai orang.

Surprisingly tak ramai. Bawah Syifa sekali sbb kakak kakak masih tido. Suka dia dapat keluar. Memula macam terkejut, duk diam for 30min dan mcm bercakap cakap tunjuk itu ini..cepatlah cakap nak, baru mama faham apa yg kamu nak sampaikan.

Lepas 30min, dilepaskan keluar, nah kau berlari dia. Nasib ada abg Adam, tukang jaga.
Senang bawak bujang², daku tak perlu pening kepala as usual sesorang cari barang, keluarkan dari trolly, packkan dalam bag (ya sini sila pack barang sendiri).
Lepas tu singgah kedai lagi satu beli frozen vegies. Tersilap tgk harga salmon, ingatkan 25eu, rupanya 49eu cisss dalam keta baru perasan huuuu.

Arini bajet shopping adalah bajet anak ramai. Beritahu hati, takper, Allah bagi rezeki lain nanti, jgn berkira. Aaamiin.

Bang lang arrived dalam 12.30pm. Kami lunch di depan homestay baru. 
Petang, time utk daku rehat rehat. Tiba² tekak rasa sgt² gatal..keep on coughing seteruk teruknya. Minum air, tak gak reda. At one point, Ida kata mesti mama nak muntah...and yes I did..termuntah a bit on my pants (air je) dan the rest tahan dalam mulut dan berlari ke tandas.

Malam ni rasa mcm nak demam. Tak tau lah sbb pshchologically rasa bang lang ni bawak virus ke apa, sbb tu jadi mcm ni.

I keep telling my kids, jgn ingat yg bukan² each time they complain allergik ..you dont think much, then you wont have it, it's only in your head...so now I am telling myself the same thing.

Malam, told the guys, masak sendiri ya sbb daku dan Ida taknak makan. Maka masaklah si bang ngah utk all the guys ... daku melepak kat homestay, takmo tgk nanti nafsu makan datang hahah.

Yg sweetnya bang ngah ni siap tanya kenapa daku dan Ida taknak makan..dia masak ni...alahai anak omak.

Dan yg bestnya all the boys (aku rasa bapak dia relax abes), cleared off what they did...kemas meja makan...basuh semua periuk belanga (even yg daku tak sempat nak basuh)..bersihkan dapur ku (si Adam ni rasanya).

Alhamdulillah syukur.

1 comment:

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...