Anak anak boleh focus Ramadan. Boleh tarawih. Ini adalah pertama kalinya anak anak buat tarawih, syukur alhamdulillah betapa banyaknya keberkatan Ramadan kali ni. Tidak perlu rush, tidak apa yg nak dikejar. Hanya focus pada family. Mmg lah berkerja sebagai entrepreneur di bidang tourism, terjejas teruk dgn no income. Tapi daku pasti bukan daku sorang sahaja effected. Pastinya ada ramai lagi terutamanya dinegara tanah tumpah airku yg sudahlah tiada punca pendapatan, savings pun tiada.
Daku at least ada letak ketepi duit (savings) sepanjang berkerja lepas balik Malaysia sampai sebelum kena lockdown business.
I must say when things are back to normal insyaAllah...I am gonna miss this moment. We will all miss this moment. Sbb mmg amat jarang punya masa begini. Amat jarang boleh lepak lepak no stress dgn anak anak.
Apa activity daku apart memasak, mengemas, monitor anak anak belajar, jaga Syifa? Im focusing on doing VLOG...well..trying. Dan daku focus on editing dan post ke youtube. Daku juga in charge of doing marketing utk promote business food delivery ayah dan mama di Malaysia.
Utk buat semua ni, kena ada masa utk focus. Tak blh diganggu. Alhamdulillah ada anak anak yg menolong. Daku biar dorang focus online class dulu, homework dsb...once dah habis, dorang akan jaga Syifa, taking turn dgn bapak dorang. So inilah masanya daku focus utk buat editing, marketing dsb.
Daku juga note down segala idea yg ada utk jana pendapatan. Idea ni biasanya datang bukan masa depan laptop..ianya datang bila bila masa contohnya masa tengah masak, tengah bagi anak makan... tengah sidai kain. Sbb tu daku sentiasa ada kertas dan pen disisi. Sbb kepala ni dah tak boleh nak simpan idea sgt...cepat lupa.
No comments:
Post a Comment