Thursday, June 11, 2020

AYAH DAN ANAK

Bismilllahirrahmanirrahim.

Suamiku. Yg memecah tradisi keluarganya...dgn mempunyai anak ramai๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Kebiasaannya orang putih ni anak tak ramai.

Contohnya, mak mentua, adik beradik dua orang je tu pun abang dia passed away masa umur 15thn. Jadinya tinggal dia sorang je.
Pak mentua, anak tunggal juga.

Jadi kami ni mmg pemecah tradisi betul betul๐Ÿ˜‚

Masa mula² kawin dgn suami ku ni, dia mmg ada rasa bersalah juga pada anak anak dia jadi sedaya upaya dia jaga hati anak anak dia..bagi apa yg dorang nak..bawak holiday sana sini...pendek kata bagai menatang minyak yg penuh lar.

Daku selalu cakap...anak yg you tatang ni satu hari nanti yg akan go against you, tak caya, tgk lar. Sbb apa? Sbb anak yg tidak diajar mana yg baik dan mana yg betul...apa yg dia buat salah. Semua tidak ditegur. Bila kurang ajar dgn atok nenek ke, dgn daku ke, takde yg tegur. Bila atok tegur berat tulang, tarik muka masam naik bilik merajuk.

Dan my prediction was right. Anak yg ditatang bagai minyak yg penuh tulah yg stab his back.

Mungkin dgn daku, ini lah kali pertamanya dia merasa full power as a husband, as a father. Sbb ini lah pertama kali dia dapat asuh anak anak, duduk bersama dari kecik dah sampai sekarang, berbelas tahun lamanya (mudah mudahan sehingga ke syurga).

If people think I am garang or queen control. Kalau daku ni QC, tidaklah bertahan lama perkawinan kami ni. Dimana yg sebelum ni tahan 5 dan 3 tahun shj. Sbb apa? Wanita mat salleh..kalau hitam, hitamlah keputusan, tiada berpatah balik. Jgn harap lelaki nak goyang kaki. Daku dah witness sendiri. Perempuan yg akan byk bercakap, lelaki diam sahaja. Dan perempuan sini senang ajer call it a quit, takde masalah jd ibu tunggal sbb bagi dorang, lelaki tak boleh cabut mcm tu je..mmg akan kena bayar pension dan amount bertambah setiap tahun kiraannya.

Masa anak 1 dulu yakni si Adam...suami ku rajin ajak keluar sana sini..explore tempat tempat baru, park baru..utk si permata hati nama Adam ni. Dia sgt protective dgn si Adam sorang ni. Daku nak ajar makanan melayu pun mcm mcm komen, itu tak boleh ini tak boleh. Dan salah daku sbb terlampau ikutkan sgt. Sbb tu anak anak selepas tu, daku kasi try semua..daku pekakkan telinga...maka jd lah all my girls tokak melayu ikut omak eh๐Ÿ˜‚

Bila anak anak dah besar..ada nampak lar pe el bapak dia ni. Sukahati nak marah marah dan condamn anak anakku depan anak anak dia yg lain tu, buat daku membara juga. At times daku naik angin gak lar, sbb dgn anak anak dia yg lain, dia tak berani nak marah² mcm dia marah anak anakku sbb nanti kena hambur ngan mak meroyan mereka. So daku sound lar.. oo dgn anak you lain tak berani plak you nak marah marah mcm you marah marah my kids ya. You diam je...dgn my kids you tunjuk terror perkecilkan dorang infront of your other kids! My kids bukan bukan sampah for you to treat them like that, ok!

Tapi daku tau dia sayang anak anak kami sepenuh hati walau adakalanya dia ni selalu salah cakap atau salah layan.

Cuma tulah berkali daku kata..cakaplah elok elok dgn anak anak. Mereka melihat..mereka memendam rasa. Yes you bergurau, tapi calling your kids stupid or idiot ..is way too much. That is not a joke..but a doa to them.

Though I wish he could change the way he is with his kids...teach them more positive values...show good example...tp tulah..dia dididik dgn cara tidak sama dgn cara ibubapaku mendidik aku.

Nafkah
Dinegara orang putih, ini adalah satu contoh positive yg perlu kita negara Islam jadikan ikutan. There is absolutely no way kaum lelaki boleh lari dari tanggungjawab. Be it, you dapat anak bukan dari kerelaan you ke, you one night stand ke pastu perempuan termengandung ke...YOU CANT RUN!! Once dna test tulis the child 99% is yours, silalah mengadap bayar nafkah sampailah budak tu abes belajar..be it umur 40thn tak abes belajar, sila bayar.

Kalau lebih 2bln tak bayar, you boleh masuk jail. Setiap tahun, duit belanja kiraan dia akan revise dan akan bertambah. You earn more, you pay more. You kawin lain, pasangan you ada income..ini pun akan jadi kiraan jugak ya. Ini juga menambah sakit hati juga..you work hard for your kids to pay utk anak orang lain yg mak meroyan tak sudah²?

Seperation ke divorce ke kalau ada anak mmg akan memihak pada kaum mak. Sbb tu ramai kaum mak beso kepala pun ya gak..meroyan sesuka hati.

So yeah...ini lah sistem yg patut ada di Malaysia. Bukan orang perempuan menanggung seorang besarkan anak bila laki lari ngan ppn lain...atau bila termengandung, laki cabut lari mcm tu je tinggal ppn menanggung malu menanggung beban. Tu belum lagi kes digantung tak bertali, tak berhak kawin lain sbb ni, dimana laki nya sedap² je buat anak baru dgn kehidupan baru. Shame on the pengamal system syariah yg byk memihak kepada pihak lelaki dan pihak lelaki yg being so bias terhadap kaum perempuan..shame on you!!



FOLLOW









4 comments:

  1. http://www.wasap.my/+60108099574

    ReplyDelete
  2. Ye saya pun geram dgn syariah kat Malaysia.mmg bias dgn llki.geram tak sudah.jika ada masa blh ke kita berwassup.ada bnda nk tanya.ada sharing yg saya suka. http://www.wasap.my/+60108099574

    ReplyDelete
  3. Memang kalau u baca dekat fb page iium conffesion ramai pere pua. Mengadu laki kat malaysia lepas tanggungjawab mcmtu, n kawa. I pon ade ayah khwin dua anak2 isteri pertama xbg nafkah

    ReplyDelete

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...