Thursday, June 4, 2020

MENTUA

Bagaimana daku menyesuaikan diri dgn keluarga suami?

Suami ku ni anak tunggal.
Mak ayah dia pun anak tunggal. Mentua ada cousins tapi mereka ni tak berapa campur dgn orang sgt. Buat hal sendiri.

Jadinya sepupu tu mungkin 5tahun sekali jumpa. Itu pun bukan beramah tamah mcm kita. Orang putih, kalau ada tetamu yg datang, luar dari waktu makan, mereka takkan susah payah nak memasak mcm kita. Lucky kalau ditanya nak minum ke tak. Jadi orang boleh tau segan sendiri lar taknak lama lama terutamanya kalau bukan rapat.

Mentua orang putih ni, kita boleh cakap direct dgn dia. Takde simpan dalam hati..habis kat situ. Cuma ada masanya bila dia said something, it took me sometime utk realise oh dia melaser aku rupanya. Tu masa dah balik umah. Maka tersentap dan sedih lar sekejap.

Masa daku hantar Adam gi sekolah arab..mentua ku termasuklah laki ku semua sarcastic..bagi dorang mcm aku nak anto anak aku jadi terrorist ..betapa ceteknya pemikiran typical orang putih yg tak campo orang. ni.

Lama kelamaan dia tgk anak aku elok je, dorang pun diam. Mentua siap anto kan lagi si Adam gi masjid bila daku ngan laki ku tak free. Alhamdulillah.

Percubaan utk bagi aku rasa pork pun pernah, pak mentua ku. I was like shocked that I didnt know what to do. Mak mentua yg marah pak mentua kata SHE DOESNT EAT PORK!!

Ni masa daku baru duduk sini, masih naive. 

Then dulu selalu ada je orang datang ring the bell. Pernah fell to this ppl yg bagi katalog psl ugama dorang, nak suruh daku join. Daku masa tu tak berapa paham apa dorang nak. Pak mentua nampak, dia keluar dan sound DONT DISTURB HER, SHE IS NOT INTERESTED, SHE IS MUSLIM. Since then daku dah tau apa nak jawab.. NO IM NOT INTERESTED.

Walaupun mentua ni basically mcm french yg lain ugama kristian..tapi dorang bukanlah practicing pun. Tak pegi church pun. Cuma celebrate perayaan kristian sbb dalam culture. Otherwise kelakuan? Tiada ciri pun. Mak mentua boleh kata Tuhan takde masa pun nak tengok, dia busy banyak benda lain. Boleh???


Through out the years..bila dorang say something ke daku diam je...out of respect. Kalau dgn menantu sebelum ni mmg tak ngamlah pasti kena laser dan boikot kaw kaw punya..untung lar daku ni org asia dan Islam ya.

Seperti mak mak lain..mentua ni akan backup anak dia. Contohnya..anak dia gaduh ngan dia, melaser dia..dia akan kata, salah daku anak dia jadi perangai mcm tu. Sbb daku laser dia sebelum tu, you salah didik anak you sbb tu dia jadi camtu hahah..laser melaser amalan kita muahaha and I learn this in this family.

Kemuncak keretakan rumahtangga aritu..dia boleh salahkan daku kata puncanya daku yg tak paham anak dia, tak paham masalah anak dia....sedikit pun dia tak salahkan anak dia...tu agak frust juga. Dan daku tiada orang lain yg daku boleh bergantung disini..hanya Allah. Sabar lagi bila time tu sedih gila, dikata pulak diri mcm tu.

Tapi sekarang...semenjak Allah jadikan aku ada kerjaya sendiri, duit sendiri..blh bayar semua plak dikala bisnes laki ku teruk...barulah nampak respect sikit..dan daku pun kekuatan dan konfiden pun lebih utk melaser mereka mereka yg cuba memperkotak katikkan aku lagi....yeaaaaaaaaa

Ingat aku asian, aku datang sini merempat, mengabiskan duit kerajaan? Aku kerja tau, dan yg bagi business adalah orang dari asia ok..so jangan nak kutuk kutuk sgt orang asia ..ada paham??

So skang ni bila laki ku ke, anak tiri daku si laser tu kutuk orang Malaysia, aku akan sound..abes ko ingat duit yg datang kat umah ni dari sapa? Dari kerajaan ko ke?

Terus diam. Tak bagi chance punya sapa nak laser² ngan aku sekarang. Takde istilah mithali dah sampai kena pijak kepala...sorry eh. 



3 comments:

  1. Hahah👍👍👍. Perempuan skrang mmg perlu berdiri sendiri supaya org tk senang2 nk pijak kepala.

    ReplyDelete
  2. https://www.youtube.com/watch?v=VsX4BbuKlTs

    Ramadhan telah meninggalkan kita (nasyid)

    ReplyDelete

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...