Bismillahirrahmanirrahim.
Sebagai seorang yg sudah 19 tahun merantau di negara barat, sudah pastinya banyak pengalaman yg saya time sepanjang disini.
Mungkin dari penulisan saya, pembaca meng generalise kan penulisan saya dan interpret penulisan saya mengikut pemikiran mereka yg adakalanya bukan mesej yg hendak saya sampaikan.
Sebenarnya ada banyak point positive culture barat yg kita sebagai orang Islam boleh terapkan didalam diri kita. Ada banyak positive side itu terdapat didalam ajaran Islam tapi tidak diamalkan oleh orang Islam itu sendiri.
FIZIKAL
Orang barat, jarang sekali mereka mengeluarkan komen mcm "berisi ko sekarang eh" atau "gemuk ko sekarang eh". Mereka amat berhati hati dengan perkataan yg mereka gunakan bila bertemu dengan orang. Mereka lebih menitik beratkan bertanya kabar dan bertukar tukar cerita terkini. Tiada komen utk menjatuhkan orang lain.
Mungkin juga ini merupakan cara mereka utk lebih formal bila berdepan. Contoh terdekat ialah ex(s) suamiku..mereka boleh mengeluarkan kata kata kesat di dalam talian, di dalam surat..bila berjumpa (which is JARANG) yg membabitkan anak anak, mereka akan act sgt polite mcm nothing happen before yg membuatkan daku berfikir dalam hati...betapa fake nya dorang ni berpura pura.
ADAB MELAWAT
Orang disini mahu pun keluarga atau sahabat handai, amat menghormati privasi orang lain. Contohnya mereka tak main terjah sahaja rumah orang. Mereka akan bertanya dahulu dan kekerapan utk datang bertandang sangatlah jarang. Kalau mcm kita terutamanya keluarga, adik beradik...suka nak surprise surprise, datang tak bagi tahu. Dah lar datang tak bagitahu, datang segerombolan pula.
Orang disini bila datang melawat, hanya dihidangkan dengan air panas atau air kosong sahaja. Orang barat, makan ada time dia. Tak seperit orang kita yg 24jam makan tak ikut waktu. Datang lepas waktu makan pun boleh lagi expect dihidangkan air dan makanan.
Orang barat tak, mereka datang tidak melepak lama lama. Cukup sekadar cakap apa yg penting, lepas tu balik. Dan kalau ada anak tu, mereka datang tak bawak anak, utk jaga privacy tuan rumah, melainkan mereka dijemput.
Birthday party. Disini birthday party kebiasaaanya tiada makan makan besar. Hanya kek, gula gula, air. Mak ayah akan drop anak, mak ayah tidak akan join sbb bukan culture disini. Berlainan dgn orang kita...birthday party maksudnya mcm nak buat kenduri.. bermacam juadah ada (berkonsepkan sedekah di dalam amalan Islam kita). Cuma tulah boleh membebankan tuan rumah.
ANAK DAN CUCU
Disini, bukan menjadi amalan utk ibubapa menjaga cucu. Ibubapa automtically tahu yg mereka telah memikul tanggungjawab mempunyai keluarga sendiri dan mereka uruskan bagaimana anak anak mereka dijaga jika mereka berkerja. Tidak menjadi tradisi atok nenek menjaga cucu. Cucu hanya datang melawat ketika cuti sekolah sahaja (ini im talking in general though ada je cases yg mcm negara kita).
Ini hanyalah sebahagian sahaja daripada amalan orang barat yg kita boleh contohi. Banyak lagi contoh lain yg mungkin saya akan tulis di coretan saya akan datang.
Yg mana buruk jgn di ikut...yg mana baik, kita cedok dan amalkan...insyaAllah.