Friday, July 3, 2020

KELEGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Masuk harini dah seminggu anak bujang ku ikut tok nenek bersama bang ngah pegi cuti ke Ile de Ré. Ile de Ré ni adalah sebuah pulau yg terlatak di barat France. Mentua ku ada rumah percutian disana. Satu yg disewakan utk orang bila bercuti. Satu lagi utk kami sekeluarga bercuti. Suami ku byk menghabiskan masa dia di rumah percutian ni dizaman kecik hinggalah zaman beranak pinak hehehe. So kiranya dlm kocek lar tpt ni.

Tempat ni boleh dikira dgn jari berapa ramai orang luar yg "berwarna".  Dipenuhi dgn orang putih yg agak snobbish juga lar. Bila summer, boleh nampak celebriti France yg mengopi lar gaya mcm nak orang jadi paparazzi lar ambik gambar dia kekdahnya. 

Gaya berlagak juga ada mcm nak tunjuk siapa hebat. Kebiasaanya yg byk cekadak dan perasan bagus ni adalah kaum perempuan. Muka mcm nak telan orang duk pandang atas bawah sesama ppn. Mcm mana nak hadapi orang mcm ni? Aaaa kita buat mcm dia. Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing, mengembek. 

Sbb ada certain condition, you mmg tak boleh nak be the one kena tindas. Yg paling best ialah bila daku cakap english dgn anak anakku...time tu mata memandang amazingly. Baru kau tau sapa aku kan hahahah ingat apa cikai ke?

Dan best is, dont have to care if ppl look at you especially ppn² cerewet byk cekadak. Yg lelaki pun tak perlu tgk, ingat kita heran kat dia plak ceh. Baik aku tgk muka laki aku dan anak anakku jer.

Be who you are and dont care about others. Cuma tulah tpt ni mmg boleh terasa lar racism nya. Orang bertudung MMG TIADA. 

Dan seperti biasa daku disini yg baru nak insaf, byk dosa, jahil dan belajar utk tutup aurat disini... utk keselamatan diri (you will never know kan)...daku pakai summer hat dan yg afdal dapat tutup rambut dan apa apa yg patut. 

Daku mmg byk kekurangan tp inilah usaha ku utk cuba berubah bila berada dinegara bukan Islam.

Hanya Allah yg Maha Mengetahui.

Berbalik pada cerita anak bujang. Memula dia pegi tu mmg ada rasa sedih. Lalu belakang rumah tgk tpt exercise dia pun rasa sebak. Tapi esoknya..terasa mcm lega. Sbb 2 bujang cerewet takde. Tiada lagi ceramah atau komplen psl nutrisi. Sbb Adam ni dalam process mcm nak jadi vegan plak in which daku against. Kurang meat takper, jgn stop terus. 

Dan daku sekali sekala bila malas masak, daku order..like fastfood. Dia sgt² bising. Kata makanan tak sihat..pastu bila daku masak..dia akan check mcm ala² masuk masterchef plak tgk apa atas meja....nak masak mmg stressing...ada je komen.

So bila hok jatey takde...rasa release semua stress. Masak apa je anak anak ppn makan je dgn happy...
Abg² dia ni byk nau komplen...dorang lupa gaknya dorang 14thn semua telan. Ni nak control apa adik adik makan tu agak annoying jugak lar.

Tu belum lg sorang yg pandai bercakap tp belakang orang sorok² makan.. letih gak orang mcm ni.

So us, laki bini and our girls...terasa mcm coti coti hahaha..mentua takde, jatey cerewet dua orang takde...yahoooo hahahah.

1 comment:

  1. Hahaha! Akak suruh hok jatey tu masak pulak nanti pastu akak komen semua tak kena haaa :P

    ReplyDelete

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...