Masuk harini rasanya dah 2minggu lebih anak bujang permata hati berjauhan. Makin kerap nampak nya dia mesej..menandakan tanda kerinduan. Nak kenal betul betul orang tu, duduk lah serumah dengan orang tu, baru betul betul kenal...dan sekarang baru dia tau abg dia mcm mana kaki sepahnya hahaha...mmg berbeza lar dgn dia yg semuanya tersusun rapi.
Semalam anak tiri lg sorang dtg. Dah 2minggu tak datang sbb hoyey hoyey ngan kekawan gi bercuti. So daku masak lar makan sesama. Kurus aku tgk bdk ni...tak cukup makan ke apa. Katanya semua cukup...aaa yelah tu.Makan bertambah baik lunch baik dinner...alhamdulillah.. pastu melabur hahaha.
Arini sebelum balik dah pesan, lunch dulu so masakkan nasi ayam sebab dia pernah komen mcm terlior kat post insta gambar nasi ayam ku heheh.
Dah balik apartment dia, duk mesej² daku lagi...yelah bisness management student kan..tanya pasal statistic insta daku ada buat ni, ada buat tu tak...daku kata semua tu dah buat..apa ingat mak tiri kamu tara tau itu semua kah hehehe. Good thing is dia bg ideas juga dan daku boleh mintak pendapat dia sbb dia ni sgt matured dan byk knowledge.
Allahuakbar. Ada beberapa perkabaran tidak gembira diterima hari ini. Pastinya syaitan akan mencucuk perasaan dan mindaku utk gusar dan berfikiran negative.
Subhanallah
Walhamdulillah
Walaillahailllah
Allahuakbar
Mintak kekuatan pada Allah utk redho dgn dugaan ini. Sebab dugaan yg 1 ni pun belum settle lagi tapi datang lagi dugaan lain.
Tapi insyaAllah Allah akan permudahkan...asalkan daku stay cool, stay waras...dan terus ikhtiar utk kehidupan dikala kesukaran ini.
Terimakasih Ya Allah kerana telah membuka lubang lubang rezeki kecik ini yg insyaAllah akan bertambah besar...daku hanya perlu sabar, yakin dan terus usaha.
Dan semuanya akan kembali seperit biasa, itu pasti....SABAR ADALAH KUNCINYA.
Moga Allah terus beri kekuatan utk hari hari seterusnya dan dugaan yg bakal mendatang...aaamiin.
Semoga dipermudahkan urusan Kak.
ReplyDeleteSemoga kak nur dipermudahkan segala urusan..tapi typical malay kak,kalau dh mention ada brite/benda berlaku,mesti nak tau kak apa yg jadi tu😔
ReplyDeleteAllahumma inni a'udhubika minal hammi wal hazan, wal 'ajzi wal kasal, wal bukhli wal jubn, wa dhala'id-dayni wa ghalabatir rijaal
ReplyDelete(0 Allah! I seek refuge in You from grief and sadness, from weakness and from laziness, from miserliness and from cowardice, from being overcome by debt and from being overpowered by men (other people)).
Mesti bang lang yg bagi ideas tu ye? Takw care kak Nur, hope to see you next year in Dungun. ❤️
ReplyDelete