Masa positive covid haritu adalah akhir March..awal April.
Disebabkan tidak punya tenaga, berhari hari tak dapat edit youtube channel ku.
Bila dah sihat, daku tengok view dan rating jatuh merundum..begitu juga pendptn.
Masa tu dah lar mood swing sebab covid..jadi mcm down sgt2 (no one knows except my sis)..jadi bercampur baur perasaan down, sedih...dan rasa nak give up pun ada.
Tapi pujuk hati dan cakap Ya Allah pujuklah hatiku untuk redho Ya Allah..andai ada rezeki aku, adalah..redhokan lar hati aku utk terima rezeki darimu Ya Allah kerana telah tertulis semuanya.
Jadi daku mulakan kembali berkarya dan menghasilkan video. Ambik video is one thing..memikirkan content is one thing. Utk meng edit (walau video2 ku adalah simple) memakan masa berjam jam. Adakalanya sampai 2pagi baru tidur sbb settlekan Syifa dulu dan siangnya tiada masa utk edit.
Kena pula on and off edit sebab daku seorg surirumah juga yg kena settle anak2 dan rumah.
Kemudian Ramadan tiba dan daku teruskan kerja seperti biasa, enjoying what I do dan disamping tak henti henti berdoa supaya Allah bukakanlah pintu rezeki seluas luasnya...aku buat semua ini utk bantu suamiku dan untuk anak anakku Ya Allah.
Dan ini adalah keajaiban dari Allah. Walau daku bangkit kembali di bln April hampir pertengahan bulan..tp Allah juga telah turunkan rezeki ku tak henti henti di bulan Ramadan ini.
Dan ianya belum berakhir dan more is coming from Allah.
MORAL OF THE STORY
❤Jangan putus asa bila kita tak dapat apa yg kita inginkan.
❤Ajar hati utk redho
❤Jangan cemburu dengan orang lain.
❤Perbaiki amalan, percaya pada aturan Allah.
❤IKHTIAR DAN TERUS USAHA.
semoga dipermudahkan segalanya!
ReplyDeleteBetul tu, saya faham situasi ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga rezki akak & family makin mencurah2. Betul kak, mcm refresh balik diri ini bila baca tulisan akak, percaya pd rezki yg telah Allah takdirkan utk kita & jgn pernah berputus-asa & selalu bsangka baik dgn ujian Allah, pasti ada hikmah & kemanisan di penghujungnya. Happy for you kak. Love from Kuching, Sarawak ❤️
ReplyDeleteAlhamdulillah kak. Benar, didik hati utk redha atas ujian Allah, jgn mudah berputus asa, selalu bersangka baik dgn takdir Allah. Allah dah tetapkan rezki setiap diantara kita. Refresh balik bila baca tulisan akak. Kdg kita ni bila d landa masalah mudah sgt nk give up, saya pun mcm tu, tapi kena bangkit jugak. Btw thanks menyedarkan balik dgn tulisan akak ni. semoga Allah murahkan lagi rezki akak & family. Love from Kuching Sarawak ❤️
ReplyDelete