Daku agak kerap juga dapat mimpi yang gigi semua gugur terutamanya bahagian atas..adakalanya seluruh gigi. Boleh bayangkan tak betapa paniknya bila kehilangan gigi?
Mimpi ngeri ini membuatkan daku terjaga setiap kali mengalaminya. Kekerapan nya lebih kurang sekali setiap 3 bulan mungkin. Dan daku akan cuba google, saja nak tau apa tandanya...memang mimpi itu mainan syaitan nak nak lagi daku yang iman setebal kulit bawang ini. Bila baca artikel artikel, daku istigfar dan tidak mahu mempercayainya takut, syirik pula kan.
Kebanyakan menghuraikan bahawasanya ianya adalah petanda buruk yang akan berlaku.
Tak tahulah suratan atau kebetulan, setiap kali daku mengalami mimpi ini, 2 minggu atau beberapa lama selepas itu, ada keluarga, saudara atau sahabat yang secara mengejut atau tidak, dijemput kembali kepada penciptaNya....Allah. Wallahualam.
Dan pada hari ini, sebentar tadi, mata kiri ku bahagian atas tak henti henti berkedip kedip selama 10minit, agak menganggu juga daku yang focus kerja. Menurut artikel dari internet...ia menandakan akan bertemu dengan kenalan yang dinantikan dan dirindukan. Maksudnya berita baik lah. Alhamdulillah.
Baca boleh, percaya jangan, bimbang syirik.
Tapi daku menanti juga selepas mimpi sebelum, dengan mengharapkan ianya hanyalan mainan tidur.
Andainya daku pergi dulu, maafkan keterlanjuran atau perbuatan yang melukakan perasaan pembaca dan penonton samada di blog ku, di vlog, instagram atau facebook ku...minta halalkan semuanya.
Saya pun pernah mimpi patah gigi depan atas dan bagitahu pada mak,takdir Allah seminggu selepas tu mak saya meninggal. Patut masa bagitahu mak, dia diam dan macam sedih raut muka mak masa tu. Tapi kemungkinan ni secara kebetulan dan takdir Allah dah tetapkan. Semoga kak nur sekeluarga dalam lindungan Allah swt. Alfatihah untuk semua yang sudah dijemput Illahi.
ReplyDeleteSaya pun pernah mimpi gigi tanggal, beberapa hari lepas tu ayah saya meninggal dunia pada tahun 2001.
ReplyDelete