Friday, June 11, 2021

HATIKU GUSAR

Bismillahirrahmanirrahim.

02 June 2021

Checkup dengan pakar kanak kanak untuk anak anak seperti Syifa ni biasanya kerap juga jika ada masalah kesihatan.  Syifa ni alhamdulillah sejak lahir, hanya sekali sahaja bacaan darah tidak cantik dan dikhuatiri ada masalah yang lazim dikalangan anak anak sepertinya iaitu h.thyroidism. 
Segala pujian pada Allah yang memakbulkan doa ku setiap hari tidak putus putus buat anakku Syifa
Ya Allah Ya Tuhanku
Sembuhkanlah penyakit anakku Anna Syifa
Sihatkan lah dan kuatkan lah tubuh badan anakku Anna Syifa agar dia membesar sihat, pandai, kuat seperti anak anak yang lain...

Dan diiringi dengan doa doa lain. 

Namanya Syifa jua memberi kepentingan dalam tumbesarannya, nak nak lagi bila ramai menyebut namanya dan ramai mendoakan dia, terimakasih.

Bukanlah niatku untuk riak, jauh sama sekali utk menunjuk nunjuk tentang Syifa. Akan tetapi daku ingin memberi semangat dan ke positivity buat ibu bapa lain di luar sana bahawasanya mempunyai anak istimewa itu bukanlah tamatnya dunia mu...malahan ianya ada permulaan satu pengalaman yang indah dan amat berharga.

Orang yang tidak punya anak istimewa tidak akan faham perasaan kami..biasanya kedengaran "kesian mak dia" ... bila ada mak ayah yg punya anak istimewa. Bagi makayah pula, lain tanggapan mereka dan menganggap itu adalah anugerah. 

Adakalanya mak ayah seperti kami tidak boleh melihat komen itu sebagai sesuatu yg negative walaupun adakalanya ianya adalah perit utk diterima. Jangan di kecam mak ayah itu kerana mereka memerlukan masa untuk terima hakikat kerana bukan mudah utk dipikul.

Daku juga pernah di kecam di social media, yang mengatakan daku tidak terima kenyataan, dan pelbagai tomahan daku pernah terbaca di salah satu forum oleh moderators disitu. Buat mereka mereka yang pernah memberi tomahan dan kecaman itu... daku tidaklah terasa mana sebab ianya tidak benar...adakah daku maafkan fitnah mereka? Biarlah itu antara mereka dan Allah.

Dan buat mak mak seperti ku yang pernah mengecam ku juga atas prinsip ku yang tidak mahu menggunakan hashtag atau panggil anakku dgn "panggilan" khusus itu..tidak mengapa juga.

Kita semua punya prinsip kita sendiri...dan prinsip ku ialah seperti didalam Islam
...berkata yang baik baik, semua akan baik insyaAllah

Begitulah jua dgn anakku Syifa, daku lihat dan pandang dia seperti anak anakku yg lain. Tiada gelaran yang daku berikan kepadanya..tiada sambutan khusus sedunia yang daku sambut untuk anak anak sepertinya..tiada hashtag yang daku gunakan utk labelkan dia...daku panggil dia yang baik baik, ajar dia seperti daku ajar anak anakku yang lain, tiada beza....kerana how we treat them, is how they will turn out to be.

Jadi daku mengambil tindakan utk tidak mengambil kira kritikan atau kecaman orang kerana ini adalah anakku, daku yang membesarkan dan yang bertanggungjawab memastikan dia membesar dgn berjaya nya seperti anak anak lain.

Ok berbalik kepada topik, kami ni selalu buat benda last minit. Contohnya lusa appointment dengan doktor pakar...harini baru terhegeh hegeh buat segala test yang patut buat.

Dan kisahnya, Syifa ni selsema mcm kak Ida dia cuma kak Ida teruk, demam, sakit kepala etc. Syifa ni walau selsema dan muka tak sihat, aktif dia Ya Tuhan ttp aktif.

Jadinya kelmarin dia buat blood test. Mmg doktor nak kontrol setiap 5 bulan. Malam semalam dapat result, biasanya ok...sekali ada 3 result di hitamkan pekat pekat sbb terlebih dan terkurang.

Dan bermulalah kegusaran ku sebagai seorang emak. Risaunya Allah sahaja tau. Mula dah google apa makna result tu semua...ada yang tulis kurang maksudnya ada kena mengena dengan cancer. Terlebih pula ada effect lain pula.

Jadi boleh bayangkan tak risaunya mcm mana? Daku tak dapat bayangkan kalau apa apa jadi pada anakku Syifa, memikirkan itu pun buat daku cukup sedih. Dan mulalah fikir, aku ni riak ke? Aku ni ada menunjuk nunjuk ke sebab tu Allah bagi balasan? 

Ended up jadi sangat sangat moody malam tadi, dan tersentak bila marah Syifa yang mengacau masa kami semua mengaji beramai ramai dan dia mengacau, dimana daku tolak dia dan dia hampir tersungkur terkena besi tajam barang exercise abg dia.

Pandangan dia pada daku, mmg daku tak boleh lupakan..daku sendiri tersentak betapa tergamaknya aku buat anakku mcm tu..dia antara takut dan nak menangis..terus aku peluk anakku itu, maafkan mama, maafkan mama, maafkan mama....mengucap dan mengucap mintak ampun pada Allah, jangan Kau hukum aku Ya Allah atas kesilapan aku terhadap anakku dengan Kau ambil semula anakku ni dari ku, Ya Allah.

Terus aku hentikan semua yang aku buat ketika itu, ku pujuk dan peluk anakku Syifa, ku mandikan dia, bersihkan dia, mintak maaf dgn dia....peluk dia sampai dia tidur.

Astaghfirullahalazim...betapa aku selalu mengeluh tentang anak ini yg betapa lasaknya...sehingga ku rasa banyak mengeluh dari menyayanginya...astaghfirullahalazim, ampunilah dosa ku Ya Allah.

Pagi ini, ayahnya yang bawa dia checkup. Daku dah janji nak bawa Jade keluar tengok wayang. Padahal hati mmg tak focus dan risau pasal Syifa.

Syukur alhamdulillah doktor kata tiada masalah malahan progress sangat bagus. Kalau dulu size dan berat dia dibawah carta, kini seiring dgn size budal biasa. Tak gemuk dan tak kurus. Syifa faham semua arahan nurse dan doktor.

Alhamdulillah sujud syukur. Moga daku belajar dari kesilapan, kurangkan mengeluh dan hargai anak anakku dan suamiku.

Kerana mereka ini adalah pinjaman...dan bila bila Allah nak ambik balik, Allah akan ambik. Dan ketika itu, meratap meriba pun tidak guna.

Dan aku hanyalah manusia biasa yang buat kesilapan.

8 comments:

  1. Asslamualaikum Puan.May be saya salah Malaysian indian yang ikuti perkembangan family u di france setelah ada suggestion dari youtube.Sangat suka bila puan blurkan gmbr anak dara x pakai tudung.Puan sangat menitik beratkan hal aura sangat bagus.Sebab ape yg kita tinggalkan selepas mati adalah bahaya.Youtube adalah medium content ini wujud even after your death.So Dosa2 kita masih tertanggung wlpn mati.Risau jadi bnda kita tinggal jadi azab bagi kita.


    Saya peluk islam almost 10 years ago.Jadi banyak perkara saya belajar yg baru dan upgrade ilmu dari semasa ke semasa.

    Saya perasaan doa makan yang puan sangat tekankan ketika makan sangat bagus tetapi sebenar2nya doa makan banyak dipraktikkan di Malaysia sebenarnya tidak wujud pun.ia lebih kepada adat sini.Sebenarnya nabi shallahhu alaihi salam hanya baca bismillah ketika makan.
    Sepertimana Puan Gantung Kalimah Alah dan Rasul di ruang tamu pun sama jugak.Ia merupakan amalan yang diwujudkan selepas kewafatan nabi kita.Saya ada tanya Sheikh Di Arab Saudi berkenaan kalimah tuhan.Beliau menyarankan agar ditanggalkan.

    Nama Tuhan dan Rasul dan ayat-ayat Al Quran sebenarnya untuk baca dan hayati dan tidak boleh dijadikan hiasan dinding.Tu salah satu kesalahan yang dibuat oleh sesetengah orang islam.

    Jika Puan perhatikan orang2 bukan islam suka letak gambar atau patung2 berhala di hadapan rumah,di ruang tamu rumah sebagai pelindung kononnya.Kita as muslim cannot do that.Ayat Al Quran adalah utk baca dan hayati dan amalkan.

    Saya sangat suka when u push ur children to baca Quran with your sister and The even hafal Al Waqiah.Some Migrate Muslim bila dah campur budaya barat lupa islam atau malu dengan agama sendiri sedangkan non muslim bangga dengan agama mereka.

    I hope you and your always blessed with good health and wealth dan sentiasa dilindungiNYA.
    Semoga Puan Sekeluarga semua menjadi hamba-hamba yang soleh dan bertaqwa.

    Puan boleh ikuti Sheikh Assim Al Hakeem di twitter dan youtube.
    Huda Tv dan Zad Tv.
    Semoga Puan dapat ilmu yang bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah masyaAllah sahabat saudara se Islam ku. Syukur kepada Allah mendengar kisah dan perkongsian mu. Terimakasih akk sangat sangat hargai.

      Terimakasih berkongsi info yang ramai yang tidak tahu, termasuklah akk...semoga Allah merahmati mu aaamiiin

      Delete
  2. Semoga yang baik2 saja untuk syifa dan kak nur sekeluarga ��

    ReplyDelete
  3. kuatkan semangat kak, Allah bersama umat yg mengingati Nya...

    syukur Alhamdullilah akak sgt positive dlm byk hal

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum.. Puan Nur sekeluarga dalam sihat sejahtera.. Dah lama tak baca blog Puan.. Akhirnya saya kesempatan membaca blog Puan.. Dan dapati blog Puan dah boleh monetize making bertambah rezeki Puan.. Amin amin.. 🥳🥳🥳🥳
    Saya baca blog sejak tahun lepas.. Dan saya jaran buka blog sebab Puan dah ada channel YouTube sendiri.. Amin amin.. 🥳🥳🥳🥳

    ReplyDelete
  5. Wslm, semoga dirimu jua sihat sejahtera...tq tq atas sokongan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dan tahniah pada Puan Nur,tulisan dan luahan hati ikhlas seorang ibu,saya suka dgn video2 puan di youtube,moga sentiasa positif dan berjaya mendidik ank2 menjadi ank2 yg soleh dan solehah,aamiinnn.Love always from Perlis.

    ReplyDelete

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...