Sesungguhnya masa ku adalah hanya untuk keluarga ku...yakni suami dan anak anak. Nak nak lagi semenjak Covid-19 melanda.
Jika sebelum ini daku punya masa untuk melapangkan fikiran seketika melalui kerja tourism, berjumpa dengan customers, ....dan adakalanya bila lapang akan luangkan masa untuk berjumpa dengan kenalan.
Seronok memang seronok sebab kerja yang sangat sangat busy ... Tapi pastinya bila daku balik, semua menanti dan dari kerja, bersambunglah kembali tugas sebagai surirumah.
Valuable time bersama anak anak sangat limited ketika itu disebabkan kebusy an kerja menjemput rezeki. Kepuasan boleh berdikari dan menyumbang kepada kewangan keluarga, memberikan kepuasan tidak terhingga buat seorang ibu seperti daku.
Ini adalah tahun ke 2 Covid 19 bermakna tahun ke dua tourism sektor tidak berfungsi bagi kami. Alhamdulillah daku mencari jalan keluar awal awal lagi sebelum keadaan melarat, iaitu bertukar perkerjaan menjadi seorang youtuber pula. Masih merangkak lagi tapi sabar dan terus berilham, mengeluarkan inspirasi dan idea untuk menghasilkan video yang menarik dengan masa yang sangat terhad. Sebagaimana daku berkerja sendiri didalam tourism dan youtuber, daku amat amat seronok dengan pekerjaan ini yang datangnya dari usaha dan hasil titik peluh sendiri...dimana, jika ada usaha maka disitu ada jalan..dan adalah duit, tiada usaha maka tiadalah duit yang masuk....
Akan tetapi tidak semua orang memahami perkerjaan buat video ini yang menganggap ianya adalah bahan hiburan suka sukaan yang tidak memberikan apa apa manfaat...ini juga adalah tanggapan dan tentangan dari suami ku ketika daku mula berkecimpung di dalam dunia tourism mahupun dunia vlogger.
Little they know, ini adalah penyumbang kepada kewangan kami ...mudah mudahan akhir tahun depan, ianya dapat cover pendapatan kami sepenuhnya seperti tourism sebelum ini yang masyaAllah mengalir seperti air yang tidak putus putus.
Sabar dan terus usaha adalah motivasi untuk diri ku...walau adakalanya tidak mendapat sokongan...hanya kritikan dari yang terdekat...tapi keringkan hati dan kuatkan semangat untuk terus berkarya.
Konsep utama vlog ku adalah, REALITI KEHIDUPAN. Apa yang berlaku, itulah yang penonton lihat. Ianya dirakamkan secara spontan tanpa skrip dan tiada KEMANISAN YG DIREKA REKA. Mudah mudahan ianya berkekalan menjadi sebuah vlog santai dan realiti kehidupan yang boleh memberi insipirasi dan positive vibes kepada penonton yang melihatnya, aaamiiin.
Dan tidak semua orang faham, betapa pekerjaan ini memerlukan masa yang sangat banyak. Dimana buat masa ini di fasa permulaan, memang daku tidak boleh skip walau sehari pun untuk berkarya demi untuk periuk nasi kami sekeluarga.
Daku mmg tidak punya masa untuk bersantai santai bersama kawan kawan dan meninggalkan tanggungjawab ku untuk suami dan anak anak. Atau untuk bertemu dengan orang orang mmg tiada masa jika ianya bukan berkenaan dengan kerja.
Sebab itulah adakalanya daku terpaksa tolak pelawaan orang untuk bertemu dan terpaksa kuatkan hati untuk berterus terang yang kami memang mengelakkan dari orang luar bertandang dirumah buat masa ini di kala Covid 19.
Tapi tidak semua orang faham. Tidak mengapa.... priority adalah suami dan anak anakku kerana itu adalah tanggungjawab ku.
Melihat pandangan anak anak kepada ku, betapa mereka mengharap dalam segala hal kepada daku... mana mungkin daku dapat meninggalkan mereka untuk kepuasan hati sendiri bersuka ria di luar....dikala saat saat begini...dan mereka memandang tinggi pada aku, sebagai ibu mereka dan inilah juga menjadikan semangat buatku untuk berkerja lebih keras lagi.
Biarlah apa orang nak kata..daku memang selesa begini...mengosongkan fikiran bagi ku tidak lah bersantai santai seorang diri bersama kawan kawan..... akan tetapi cukuplah dapat keluar sekejap bersama anak anak pun sudah cukup untuk memberi kepuasan dan kelegaan.
Biarlah berkorban, biarlah tidak berkawan, biarlah tidak berjumpa dengan orang...kerana buat masa ini, tempatku adalah dirumah dimana anak anakku dan suami ku menanti...dengan penuh sabar....
Menggunakan saat ini sepenuhnya kerana ianya tidak akan kembali dan pastinya aku akan merindui saat ini bila anak anakku semua melebarkan sayap mereka mengejar cita cita mereka.
Berserderhana dalam apa jua keadaan selepas merasa susah - senang - susah
I am not rich but I am living a happy blessful life with my husband and kids...alhamdulillah.
Alhmdduliilah... Kuatkan semangat puan Nur... Hidup kat dunia mmg tempat cubaan... Rezeki Allah ada di mana mana... Sy sentiasa jdkan kisah pn Nur inspirasi utk anak2 murid sy berusaha... Allah x bg apa yg kita nak Allah bg apa yg kita perlu... InsyaAllah semoga sentiasa dalam rahmat Allah puan sekeluarga dan dipermudahkan urusan sentiasa
ReplyDeleteKak nur, kita ada the same view of life as a mother of a family. Anak lah sumber kekuatan. Moga Allah mudahkan urusan kak nur sekeluarga di sana.
ReplyDeleteSalam dari Malaysia๐
ReplyDeleteTerbaikkkkk kak๐ช๐ช๐ช๐๐๐๐คฒ๐คฒ๐คฒ
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga sis nur terus melwbarkan saya mengejar cita2. Aamiin.
ReplyDeleteAlhamdulillah. MashaAllah. Moga Allah permudahkan lagi urusan Nor agar lebih sukses sebagai vlogger. I enjoyed watching all your vlogs cos they are impromptu and so genuine. Thank you Nor for sharing the various recipes. Some of them i considered as your signature dish cos you improvised them and easy to follow. You are also an outstanding wonderful mom full of TLC to your adorable children.. Alhamdulillah. Not fogetting also a superwoman as a wife. Mana ada minah saleh boleh bagi full commitment mcm Nor buat utk suami. May Allah bless your marriage life with eternity love till jannatul firdaus... Aamiin Allahhumma Aamiin
ReplyDeleteKak Nur really inspired me..Saya dpt selami perasaan kak Nur dlm penulisan ni..Luahan rasa yang smpai dihati saya..Terima kasih jd ibu yang kuat..Meningatkan sy kpd arwh mak sy yg kuat bekerja cari rezeki smpingan wlpun seorang suri rumah..Semoga Allah kurniakan kebaikan utk Kak Nur dan kluarga di dunia dan akhirat..amin ya rabb
ReplyDeleteOnce dah nekad kak, jalan terus...tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Salam sayang dari Malaysia Kak nur..stay safe
ReplyDeleteOnce dah nekad kak, jalan terus...tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Salam sayang dari Malaysia Kak nur..stay safe
ReplyDeleteMacam saya lebih suka duduk dirumah apabila ble ari cuti...sbb sy sorg frontliner....anak2 masih kecil perlukan perhatian dari sy sbgai ibu...takperlah penat dahulu jaga diorang masa kecil.,apabila dh besar me time tu mmg akn ada...xperlu kejar2 skrg....
ReplyDelete