Bismillahirrahmanirrahim.
Entah kenapa terasa sungguh dengan pemergian sahabatku ini.
Walau dah beberapa bulan berlalu, masih belum dapat mempercayai beliau telah pergi menemui penciptaNya dalam keadaan yg mudah dan cepat sekali.
Rasa masih baru berjumpa dan berbual bual dengannya.
Dari guest percutian @syifaeuropetour menjadi sahabat.
Dari Paris bersambung ke Kl, bersambung ke Jb. Setiap tahun kami balik pasti tak lepas berjumpa dgn beliau dan keluarganya.
Beliau jugalah ya sponsor penginapan kami di JB..beliau juga yg bawa kami berjalan seharian di Singapore.
Sewaktu daku berduka ketika mengandungkan Syifa, kempunan nak makan makanan siam, beliau dan isteri beliaulah yg bawa daku dan anak anak makan direstoran siam terkemuka di Mid Valley. Sponsor pula tido di hotel bersama keluarga beliau masyaAllah.
Ketika daku hampir keguguran, beliau dan isterilah yg sponsor lg satu malam di hotel terkemuka di Penang sbb nak join kami di hotel tersebut..bukan itu sahaja...di ambilnya semua anak anakku utk bagi daku rehat sepenuhnya demi kandunganku itu.
Walau dimana kami berada, beliau akan turun juga ke KL untuk berjumpa dgn kami, diusahakan juga utk ketemu..setiap kali kami balik.
Bagaimanalah hati tidak tersentuh ya Allah dgn pemergian beliau.
Tapi mmg orang baik baik ni Allah ambik dgn cepat dan cara yg amat mudah sekali.
Seorang suami yg senantiasa menyanjungi isterinya sampai ku gelar mat jiwang.
Seorang ayah penyayang yg sentiasa dgn baby carriernya walau di Paris mahu pun di Malaysia.
Seorang sahabat dan adik yg baik.
Terlampau byk hendak dibicarakan terlampau byk yg dikesali...dgn harapan andai ada kesalahan, beliau maafkan.
Tenanglah dirimu disana.
Al fatihah buat mu sahabat dan adik
Abdul Ghaffar.
Semoga Allah beri kekuatan kepada isterimu @me_dhia
didalam membesarkan 5 orang anak anakmu aaamiiin.
Buat anda yg ingin bantu bisnes kecil sahabatku ini utk meneruskan kehidupan beliau bersama anak anak beliau yg masih lg kecil...blh dm @me_dhia
Semoga ianya dapat memberi kekuatan buat adikku ini meneruskan perjalanan hidupnya bersama anak anaknya aaamiin.
InsyaAllah kita jumpa nanti Zura. Akk nak peluk Zura kuat kuatðŸ˜
😠innalillahiwainnailaihirojiunn..semoga arwah Abdul Ghaffar dimuliakan Allah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman beramal soleh, dan semoga Allah berikan kekuatan kesabaran ketabahan kpd balunya Zura & anak2...dlm menghadapi ujian Allah ini...
ReplyDelete