Wednesday, September 15, 2021

HARI KE 9 SEKOLAH

Hari ke 9 kindergarden.
8.30-11.30pg

Hopefully soon boleh pergi lama sikit. Nak tgk mcm mana dia behave masa di kantin, masa nap.

Buat masa ni Syifa balik rumah  utk makan tengahari dan nap. 

Yg curious....ya Syifa sekolah biasa bkn sekolah khas sbb tiada keperluan utk pergi sekolah khas buat masa ni kalau setakat tadika dan Syifa masih mcm kanak kanak lain dan boleh bersosial serta ikut aktiviti biasa.

Klass Syifa adalah mix Grand (5-6thn) 18org dan Petit(3-4thn) 12org sbb kekurangan cikgu dan assistant.

Nama klass Syifa adalah Class des Crocodiles ๐Ÿ˜‚

Setakat ini Syifa dah belajar aktiviti
...mewarna
...art guna dgn span
...transfer stickers ke kertas
...penggunaan glitters
...aktiviti bersukan seminggu sekali

Setiap hari ada evaluation bagi setiap student utk lihat progress mereka.

Minggu ni akan mula ada platform utk cikgu dan ibubapa berhubung secara live jadi boleh lah tanya mcm mana cik Syifa.

Jade selaku mata mata gelap kami๐Ÿ˜‚, sentiasa bertanya progress Syifa disekolah pada assistant klass.
Haritu Jade tanya Syifa kencing tak..org tu kata Syifa tak cakap. Jade kata kena ikut ke tandas masa bdk2 pegi tandas.

Next day Jade nampak Syifa ramai ramai beratur gi tandas๐Ÿ˜‚. 

Org tu kata 3 kali Syifa kencing tandas hari ni. Patutlah balik sekolah kering je diaper hehehe.

Utk pengetahuan anda, sebelum ini, budak yg off diaper sahaja blh ke sekolah dan wajib ke sekolah umur 6tahun.

Semenjak tahun ini(atau tahun lepas), tidak lg wajib memandangkan sekolah wajib dari umur 3 tahun dan tak semua budak umur 3 tahun dah off diaper.

Mcm mana mereka ke tandas?
...beratur ikut turn
...mereka kena tahu turun dan pakai seluar sendiri. Pihak sekolah tidak akan uruskan disebabkan bahagian privasi kanak kanak. Kanak kanak itu sendiri kena tahu bersihkan sendiri, ada tissue utk lap (sini bkn Malaysia ya ada paip cebok๐Ÿ˜‚). Jadi tak hairanlah kanak kanak sendiri kenapa ada bekas "tayar" di spender mereka even sampai ke tua sbb berak tak cebok ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. 
...basuh tangan dgn sabun dan lap

Semua ni kena buat sendiri..pihak sekolah hanya beri arahan. Ini adalah steps to independancy.

Progress Syifa terbaru
..makin kurang accident (terkencing)
..sudah boleh kencing sendiri di potty (turun naik seluar sendiri) tapi daku kena cebok dan bersihkan potty
..sudah boleh tahu bila nak melabur dan terus ke potty

Alhamdulillah pujian ke atas Allah atas rahmatMu dan terimakasih keluarga dan sahabat sahabat semua sentiasa doakan Syifa dan kami sekeluarga...semoga Allah merahmatimu mu sekeluarga dengan seribu juta rahmat aaamiin.

4 comments:

  1. alhamdulillah.. moga semakin baik progress syifa selepas ini, tq Jade sayang tolong tengokkan adik

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..suka baca bila progres Syifa yg semakin pandai berdikari.. Semoga Syifa menjadi anak yg solehah, cerdik & cemerlang dunia akhirat...Aamiin

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak Nur ...saya baru mengikuti channel kak Nur...allahhuakbar...hebatnya percaturan Allah...suka tengok Syifaa...nmpak corodik sangat...saya doakan semoga semuanya dalam keadaan baik...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak Nur ...saya baru mengikuti channel kak Nur...allahhuakbar...hebatnya percaturan Allah...suka tengok Syifaa...nmpak corodik sangat...saya doakan semoga semuanya dalam keadaan baik...

    ReplyDelete

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...