Wednesday, September 15, 2021

SELAMAT MASUK SEKOLAH

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM

02 September 2021

Alhamdulillah anak anak semua masuk sekolah awal September ini.
Adam masuk universiti baru yg ambil masa 20minit naik bas seberang jalan rumah alhamdulillah. Dan he seems to enjoy his course. Dari foundation engineering tukar ke Mechanical and production engineering.

Bezanya course sekarang dgn dulu ialah..bukan hanya tengok  buku dan perah otak tapi juga belajar pasal machine dsb which he finds more interesting. Nampak beza alhamdulillah dari tahun lepas...lebih bersemangat pergi sekolah..balik sekolah ceria sbb dapat exercise, dapat makan apa dia nak...dapat tgk muka mak, papa dan adik adik...pendek kata dapat balik rumah lar

Ida pula masuk tahun pertama high school...kalau di Malaysia macam standard form 4 sampai form 6 jadi Ida ni adalah from 4. Sekolah besar, suasana baru, kawan kawan baru...nervous juga dia masa mula mula.
Steps masuk alam besar...naik bas pergi sekolah dan dia sgt happy dah ada kad public transport sendiri. Knowing her to be very independant, semua nak buat sendiri sekarang ni termasuklah hantar atau ambik parcel yg dia beli online (second hand stuff) dan tak mahu susahkan papa dia.

Jade...tahun terakhir sekolah rendah. Anak bertuah yg ada pe el dia sendiri. Mcm ikut perangai abang dia gak lar..lalok lalok when it comes tu kerja rumah. Sebab itulah Ida ni jadi garang mcm mak dia...sbb kan pe el hok jatey jatey dalam rumah ni ditambah dgn si Jade mengikut plak.

First year of school for Anna Syifa. Disebabkan faktor faktor dibawah, Syifa hanya dapat ke sekolah 3 jam sahaja iaitu pagi BUAT MASA INI...ianya akan berubah dari masa ke semasa
...sekolah tidak cukup pembantu..pembantu hanya ada waktu pagi sahaja jadi Syifa tak boleh makan di kantin sebab cikgu tak boleh pantau semua budak dan kami risau Syifa ni baling makanan ke kawan atau ke lantai
...Syifa belum betul betul diaper free jadi ke sekolah pakai pull up diaper sbb risau kalau accident ke nanti dah jadi satu hal. Since tahun lepas, tidak compulsory off diaper jadi yg belum proper pun boleh ke sekolah tapi ianya bergantung pada sekolah juga. Jadi buat masa ini kami masih train Syifa dirumah utk potty training. Disebabkan daku ni kerja dan masa sgt limited jadi disiplin utk Syifa utk amat kurang berbanding dgn potty training utk anak anakku terdahulu sbb dahulu kala daku tak perlu risau fikir pasal kerja dan cari duit..hanya focus pada anak anak dan rumah sahaja...serta melayan anak tiri yg datang.
...Syifa belum dapat assistant dari gvmt yg accompany dia di alam persekolahan
...lepas lunch, budak budak akan tidur jadi rasa mcm baik lah Syifa balik tidur dirumah sahaja.

Apa apa pun, ianya akan berubah mengikut progress Syifa. Harapnya Syifa akan jadi lebih independant dan totally off diaper soon. Doakan Syifa menjadi pelajar yang paling bijak dan cemerlang di klass nya ya aaamiiin.

Daku dalam STRESS MODE buat masa ini sehinggalah daku settle urusan urusan yang tertunggak terutamanya yang perihal LESEN MEMANDU

Dah tak tertahan nak drive balik, panjang langkah, senang kalau boleh drive. Akan tetapi nak pergi klass memandu pun mencabar juga sbb banyak tanggung jawab dirumah yg perlu difikir dan anak anak yg memerlukan mak mereka.

Berikan lah aku kekuatan Ya Allah dan kesabaran unlimited serta rezeki seluas lautan aaaamiiin.

No comments:

Post a Comment

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...