Thursday, November 4, 2021

SI PENUNGGANG UGAMA

Mak ayah.

Jangan biarkan anak lelaki lepas tangan tak buat kerja rumah ya.
Ini bkn zaman tok kaduk dimana lelaki cari duit...ppn jaga rumah jaga anak.

Zaman sekarang, ppn lebih berpendidikan tinggi, lebih pandai berdikari, lebih banyak bantu mak ayah, adik adik dimana lelaki makin ramai melepaskan tekak sendiri.

Jadi bila bapak pemalas, bini akur shj..menurun kepemalasan pada anak jantan jadi pemalas..menurun kepemalasan pada menantu dan cucu cucu pulak.

Siapa yg merana? Anak anak perempuan kerana menanggung kepemalasan jantan2 dalam rumah dan mak yg tidak memainkan peranan tapi sebaliknya mengagungkan kaum lelaki bapak dan anak yg goyang telur dalam rumah. Mithali kah ini bila menganak tirikan anak anak ppn?

Wahai bapak..mana rasa kasihan kamu pada isteri dan anak anak perempuan kamu?

Melihat kepemalasan bapak dan abang/ adik lelaki maka makin ramai kaum ppn takut utk berkahwin disebabkan trauma dengan keluarga sendiri.

Walau zaman sekarang anda mungkin kata "family sy tak mcm tu"...ya adik beradik lelaki ku juga tak begitu..semua tahu buat kerja..begitu..semua tahu buat kerja, dah makan basuh dan kemas(akk bangga dgn korang semua)...
tp percaya tak masih wujud keluarga seperti di atas?

Sebab itulah daku mmg tak berhenti jadi tarzan baik dgn suamiku ke dgn anak jantan ku ke sbb mmg nampak ciri ciri kepemalasan kalau di biarkan. Dan spesis lelaki mmg spesis kena dikerah, kena bercakap from A to Z.

Wahai mak...jangan terlalu mengagungkan anak lelaki mu dan menganak tiri kan anak ppn mu..dah tua nanti anak ppn juga yg kamu cari nanti sbb anak lelaki lepas tekak sendiri.

Wahai kaum lelaki, berhenti jadi penunggang ugama, menggunakan ugama untuk tundukkan isteri dan anak ppn tapi tanggungjawab pada isteri, mak ayah, adik adik perempuan, satu pun kamu tak boleh bawak...ibarat tong kosong, bunyi lebih tapi habuk pun tarak.

2 comments:

  1. Bitter truth. Masih lagi ada mak2 agungkan anak lelaki walaupun tak menyumbang satu sen n tenaga empat kerat pun. I’m done my part and just walk away.

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat2 dengan tulisan akak ni. Ibu2 di luar sana yang jadi punca kebanyakan lelaki ni x berguna sebab ibu2 x didik anak adil dan saksama. Melebihkan anak lelaki. Menatang anak lelaki. Paling sedih sekali sepanjang hidup anak perempuan ni diherdik dan dimarah.

    ReplyDelete

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...