Wednesday, June 1, 2022

SEKOLAH BIASA BUKAN SEKOLAH KHAS

Post date  March 24, 2022

Syifa, permata hati kami.

Syifa pergi tadika public school, bukan sekolah khas. At least for now.

Seboleh bolehnya kami nak dia ke sekolah biasa buat masa ini. Akan ada cabaran mendatang, akan ada cakap cakap..tapi ini adalah keputusan kami.

InsyaAllah kami ready walau apa rintangan yg datang dan kami will be there untuk Syifa, dgn izin Allah.

Dalam gambar di atas, Syifa sedang buat aktiviti kraftangan disekolah. Disebelahnya adalah personal assistant yang bantu Syifa dua kali seminggu disekolah. Assistant ini adalah dari badanan kerajaan.

Dengan harapan penggal tahun baru 2022/2023, Syifa dapat bersekolah sepanjang hari dan punya assistant full time untuk bantu persekolahan Syifa. April ini akan ada perjumpaan dengan pihak sekolah dan juga pakar pakar dari terapi yang Syifa pergi, untuk bincangkan progress Syifa dan apa keputusan seterusnya untuk persekolahan Syifa, samada boleh pergi sekolah lebih lama untuk penggal baru nanti.

Walau kami kurang suka dengan layanan sekolah ini yang kurang professional, baik cikgu mahu pun gurubesar yang pada pendapat kami, ingin jalan pintas dan tidak mahu susah dengan adanya Syifa disekolah...kami kuatkan semangat untuk tidak membiarkan dipijak oleh mereka mereka yang cuba untuk menidakkan hak Syifa.

In this case, urusan mmg daku serahkan pada suami ku untuk settlekan sebab dia lebih handal dan arif nak fight dan tau guna psikologi dengan pihak sekolah. Kelebihan juga sebab dia mmg orang sini. Keadaan akan berbeza andai daku yang handle semua ini, sudah pastinya mereka akan cuba perkotak katikkan daku yang orang luar ini.

Banyak cabarannya untuk ibubapa yang ada anak istimewa ini...bila kita sudah redho dan bahagia, orang luar pula yang akan memberikan ujian dan menguji kesabaran sebanyak mana kita sanggup berkorban dan menegakkan hak anak kita.

Semoga Allah permudahkan semua urusan ibubapa yang punya anak istimewa...bahawasanya anda adalah insan terpilih dari Allah.

No comments:

Post a Comment

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...