Wednesday, July 13, 2022

PERHENTIAN BESAR (JULY 2022)

Perhentian Besar
July 2022

Kali ke 3 kami ke Perhentian

2012 masa Jade 8bulan rasanya. I remember the magnific crystal clear water dekat one of the isolated beach. Masa tu bawa ayah sekali. Kami stay di Abdul Chalet. Full board pakej, makan kenyang.
2019 ke Perhentian Kecil dengan big group of our family. Tinggal di Nemo Chalet. Full board pakej. Tempat snorkelling depan chalet je dah cukup cantek dan banyak clown fish dan ikan lain. 

2022 Perhentian Besar dan stay di Reef Resort. Sebab tak ambil pakej tiada makanan, jadi kebuloq😅. Makanan rata2 mahal jadi double price dari biasa ya. Now I wonder kenapa org ramai bawak makanan sendiri berbakul bakul siap peralatan memasak.

Cuaca dah tak macam dulu tapi hari terkahir, sgt cantik untun snorkelling. Terjumpa satu tempat nama Fauna Resort yg sgt ok, pantai tak crowded, air crystal clear ...jambatan pun pendek dan kukuh.

Jadi daku boleh kata kalau nak ketenangan, taknak ramai orang lalu lalang, taknak jalan banyak dan menyeramkan jambatannya, tempat ni the best. Makanan pun lebih murah berbanding tpt lain disini (walau masih mahal dari biasa)..andaikata kami dtg lagi, kami akan stay di tempat ni.

Overall boleh di katakan dah have enough dengan Perhentian. Lagi dua minggu ke Redang pula. Kami lebih selesa dgn Redang sbb lebih murah dan lg suka view dan tpt snorkelling cuma dah agak bosan juga dgn Redang sbb rasanya nak dekat 10 kali kut datang Redang since Adam Ida kecik.

Mana lebih murah? Sudah pastinya Redang, full pakej makan kenyang pun masih murah dari Perhentian.

Again, setiap tempat lain view, keunikannya jadi kita kena explore semuanya. 

Tahun depan jika diizinkan Allah, hendak ke pulau di Sabah pula. Perlu saving banyak ni sebab cost lagi tinggi dengan anak anak ciak miak.

Daku sangat enjoy snorkelling di shark point hari ini...cuaca sgt bagus, tour guide pun sgt bagus dan terror bawak bot tak melambung. Dapat tgk byk ikan, kelaparan gaknya ikan sampai kaki aku pun nak digigitnya😅

Nanti daku sambung lagi vlog pasal Perhentian.



1 comment:

  1. mungkin lepas ni boleh ke kepulauan Mersing Johor pulak. ada byk pulau-pulau cantik dengan air laut yg crystal clear kat sana😊

    ReplyDelete

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...