Suamiku. Sayangnya pada ku sepenuh hati. Walau hatinya tidak mahu melukai anaknya. Jadi apa anak dia nak semua dia berikan..walau bukan itu caranya utk mengajar anak.
Jadinya ? Anak tak boleh terima nasihat. Anak jd kurang ajar. Cikgu tegur tak blh. Balik rumah menangis sbb kena tegur, ayah salahkan cikgu pula. Anak jadi besar kepala. Bila orang dewasa bercerita, dia sebok dalam crowd menyelit nak dengar cerita. Kalau anak orang melayu ni dah lama kena penampo aku rasa. Tp tulah, bapak sendiri tak tegur, takut anak terluka..terlampau sayang anak..maka dibiarkan.
Anak tiri lagi dua orang, duduk jauh. Datang sebulan dua kali masa weekend. Imagine kena ambik dorang kalau drive 4jam pegi, 4jam balik. Naik train ? 2jam pegi, 2jam balik. Expenses ? You name it. Ya tanggungjawab dia..tp ex yg mcm ada masalah mental ?
Belum lagi cerita psl duit belanja. Let me tell you. Negara orang putih, kawin atau tak, bila ada anak, A MUST bagi duit belanja. Dan duit belanja ni akan naik percentage ikut index ..setiap thn. Dan kena bayar sampai budak tu habis belajar..jadinya kalau dah tua bangka, malas keja dan masih study..bapak still kena bayar. And yes, sistem sini byk memihak pada kaum mak. Total penindasan pada kaum bapak bila berpisah.
Kalau lebih dari 2bulan tak bagi duit belanja, bapak boleh dipenjarakan. Hebat kan sistem bukan Islam compared to sistem kita sebagai orang Islam sendiri yg banyak memihak kaum lelaki sampai kaum mak yg terpaksa tanggung kesusahan where kaum lelaki angkat kaki dgn bini baru…shame on you men yg menyalah gunakan ugama utk kepentingan diri sendiri.
So… I was young, exploring the world. Free hair lagi masa tu. Solat pun tak jaga. Dapat pula suami yg convert. Diri sendiri tak betul, nak betulkan orang lain ? But I always have faith in Allah… hidayah itu bukan semua orang boleh dapat tp usaha dan tawakal, Allah suka dan insyaAllah akan dimakbulkan one day aaaminn.
And so, ppl didnt expect me to stay longer here. They thought daku ni just my husband short term relationship since org tak tau kitorang dah kawin.
I can see the way ppl looking at me. Daku ni tidaklah pakai seksi mana..tunjuk dada membuak buak ke apa ke. Still trying to look good. So bila ada kawan dia yg dtg masa kitorang pegi bercuti somewhere…dan suami ku takde dan mcm gaya menggatal tu.. hello…ingat aku ni bitch dari thailand ke ? Like how, mentality org putih ni sometimes can be so pathetic. But this guy, the moment he knew kitorang dah kawin and I am no cheap girl to play with, dia sendiri rasa segan dgn daku. Tau pun kan !
December 2001. Daku balik Msia utk jumpa family. I was 5months pregnant at that time. Travelled alone. Full of excitement. Duit ? Mengharap duit laki, jadinya ada lah seciput. I stayed at my sister’s house that time..dalam sebulan kot. Jaga my first anak buah..buah hati pengarang jantung. So I became her nanny dan dapatlah duit poket from my sister dari jaga anak buah.
My husband came month later. Then we did our kenduri kesyukuran. Simplest ever. Buat kat umah maksu (adik arwah mak). Maksu yg uruskan sewa khemah, makanan dsb…terimakasih maksu atas segala pertolongan.
Nikah simple ..kenduri pun simple. Pakai baju pun second hand both of us. Make up dan dandan mcm biasa je…mcm nak gi kerja hahaha. It all went well...alhamdulillah
The time to leave my country was so tough each time. I would be crying a river. But this time, sgt teruk. Sbb my heart was already attached with my dear anak buah, Nisha. Dah mcm anak sendiri. It took me weeks nak rawat hati utk hilangkan rindu pada dia…at time rasa nak tinggalkan suami sendiri just to be with her back in my arms. Tak tau nak cakap perasaan masa tu.
During my pregnancy… mcm² nak makan. We went to chinese street sbb ada Mc Donald tokong style..so I thought mesti ada prosperity burger. Laki ku gelak besar kata ingat ni Malaysia ke. Mmg betul takde.
Then rasa nak makan nasi ayam (look who is tokey nasi ayam now hahaha), sekali tengok, ayam bakar campo ngan ba alip ba ya …euwwww. Then terasa nak makan laksa.
Nak taknak, terpaksa lah belajar sendiri. Dan bermulalah adventure dari tak tau masak, jd tau masak hehehe.
Suami ku ada kawan..sorang tu sejenis type..Jean Pierre. Nice guy, cakap english so daku gembiralah. Tp now dah lost contact.
Kawan lagi sorang..yahudi. Also lost contact. Come to think about it…satu satu kawan dia yg ahemm..di tarik jejauh oleh Allah and I consider this as a blessing. Thankyou Allah.
#journalkembaralightkm
No comments:
Post a Comment