Bangun 3.50am, prepare makanan. Kami disini makan sgt simple. Mereka mereka terutamanya my girls, perlukan pasta utk isi perut, utk berpuasa selama 16jam lebih. Bila dah siap, baru bangunkan dorang. All prepared. Biasanya lepas makan dorang kemas pinggan sendiri. Bila mana biasanya lepas berbuka, masing masing ada tugas masing masing, daku dah masak, that s it..berbeza dengan sahur, daku kena buat sendiri. That is find sebab I know anak anak penat.
Lepas Subuh which is close to 5am, daku decided utk tidak tido. Inilah masanya daku melaksanakan segala idea yg ada didalam kotak kepala. Bukan senang nak ada masa yg sgt aman dgn cuaca nyaman dipagi hari tanpa sebarang gangguan. Mmg boleh buat kerja dan menghasilkan kerja tgn yg berkualiti.
Berdoa agar diberikan kekuatan utk berjaga harini sebab tak cukup tido. I think ini adalah masalah semua kaum ibu. Tahniah wahai ibunda semua...patutlah Allah letakkan syurga di bawah tapak kaki Ibu sbb pengorabanan Ibu ni mmg tidak ternilainya. Sbb itulah ibu mmg berhak diangkat darjatnya.
Daku tido semalam pun 12.30am. Sebelum tido, update dulu sebarang iklan yg haru dibuat utk branch Nasi Ayam Paris di Malaysia. Anda boleh follow Insta atau FB berikut
- @nasiayamparis (original by me)
- @naisayamparisversimama (branch KL Selangor by ayah dan mama ku)
- @nasiayamparissu (branch area Sg Buloh, Shah Alam dan sekitar dari makcikku yakni adik bongsu ayahku)
12.30am tido
3.50am bangun.
Berapa jam sgt aku tido eh. Takper aku kuat..Allah bagi kesihatan. Time MCO ni lah kena find solution utk jana pendapatan. So bila apa apa idea yg ada, kena curahkan cepat sebelum terlupa, almaklumlah kertu.
Cik Syifa bangun dalam waktu yg sama yakni 8pg. Bila bangun ni dia tak berapa ada selera nak makan. Kena tunggu dan bagi masa utk dia warm up. Semalam tak berapa ada selera nak makan masa malam. Melalak je masa nak berbuka..stress betul. Tak taulah gigi taring nak keluar 2 serentak ke apa. In this case mmg org lain surrender..daku gak kena pujuk..bukak puasa mmg akan terbantut nak makan disebabkan tantrum Syifa. Maka selera pun tak berapa ada sbb dah spoil the mood.
5.30pm dah settle keja yg sepatutnya, I took a nap. While Jade sapu krim dan urut my kaki. Mmg siok oo. Dia notty skang, siap ambik gambar mak dia pastu hanto kat daku. Alhamdulillah dapat juga rehat like 1jam. Pastu bangun, gosok baju. Malam ni malas nak masak so order fast food halal in our town.
Adam jaga anak longest time arini selepas ditazkirah. Anak anak ni mmg kena senantiasa diingatkan sbb mudah lepa. The thing dgn being a guy, ego dia tinggi. Dan segala benda semua kena cakap.
So daku duduk cakap ngan dia.
Kamu selalu komplen pasal bapak kamu kan?
Tapi kamu tau tak kamu pun menunjukkan attitude mcm tu juga? Semua mama kena cakap. Tak cakap tak buat..betul² mcm bapak kamu. Jadi kamu nak terus jadi mcm tu ke sampai ke tua?
Dia boleh kata, bdk lelaki besar dia mana ada kena basuh periuk belanga, dapur mcm dia.
Cemana tau? Sbb kawan² kamu tak buat benda² mcm tu ke?
Cuba tengok adik kamu. Mama tak perlu cakap. Dia akan datang sendiri pada mama tanya blh jaga Anna. Boleh tolong apa. Sentiasa ada dengan mama.
Diam dia. Just sbb ada exam besar, bukanlah excuse tak buat apa² sbb kesian adik kamu korbankan masa belajar dia where else kamu boleh focus study, sbb tu result excellent.. tpi bila ada masa luang, apa salahnya tolong kat umah kan. Ni tidak, masa terluang, priority main game atau exercise. Agak meluat jugak lar.
Jadi mak ni mmg kena sentiasa berleter sbb nak jadikan dorang semua ni ORANG. Jangan dah bsr menyusahkan hidup anak orang, menyusahkan orang.
Alhamdulillah Syifa sihat harini, makan berselera. Dan sbb suap dia awal waktu, jadi dia tak buat perangai. Dan kami pun dapat makan dgn peacefulnya tanpa telinga bingit dia melalak. Probably juga sbb bagi dia ubat..gigi taring nak keluar kot must have hurt her so much.
Malam plak, I relaxed myself lps Maghrib sementara tunggu Isyak. Put my hp away, peluk² dia, usap² dia...duk pandang je muka daku ni. Mcm pelik "pehal mak aku malam ni". Then lepas tu tido. Awal tu tido 10.30mlm.
Maka hip hip horay kami dapat jemaah Isyak dan tarawih tanpa gangguan dia huhuuuu alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment