Monday, August 31, 2020

KOLEJ LIFE

Melangkah alam baru. 
Kolej life. Dah diberi pengisian rohani dan motivasi dek omak eh malam tadi. 
"Anak mama pandai.. kuat.. dari kecik lg mama nampak.. jadi kuatkan semangat.. nak senang kena susah dulu. Mama dulu nak sambung belajar kena kerja dulu.. kerja sambil, belajar..buat loan...jalan kaki dgn panas panas ke bus station lepas kerja... tunggu bas lagi .. berhimpit sepjg perjalanan lagi"
Tu belum mak ko bukak cerita flasher tepi jalan on the way tu.. keraskan hati dan terus jalan walau si flasher ikut sampai ke bas station, duk tgk dari jauh... dlm bas je call kakak aku dan berjurai airmata. 
Jadi duhai anakku.. kuatlah sepertimana mak kamu kuat. 
Nak bukak citer kang sampai sudah tak abes😂
Agak rush dia. 6pg mandi.. subuh.. bersiap.. daku paksa dia buat healthy drink dia.. takkan perut kosong.. dlm train 40min kot.. Itu kalau dpt tpt. 
Sebelum gi sekolah.. dia cium dan salam mak dia.. pastu pegi tandas pastu cium mak dia lg.. mintak redho mak dia. 
Doa ku, Ya Allah permudahkan lah urusan anakku hari ini utk menimba ilmu pengetahuan, lindungilah anakku sepjg perjalanan dia aamiin. 

Monday, August 17, 2020

PERSEDIAAN PENGGAL BARU SEKOLAH

Mula berkarya sementara Syifa di handle oleh kak Ida. 

Tak sabar nak balik..kerja dgn proper equipment dan proper place. 
Tp balik rumah maknanya lg byk kerja rumah menanti. 

Minggu dpn kena get ready beli persiapan "tahun baru" penggal baru sekolah selepas 5bln lebih belajar dirumah. Pastinya awkward bg mereka ke sekolah pakai mask. 

Pastinya pelik bg Syifa rumah sunyi kakak abg takde. Dan pastinya mencabar buat daku untuk handle Syifa sambil kerja, sambil buat kerja rumah. Ya, sudah berlemak sebab kakak abang ada dirumah untuk bantu jaga adik sementara mak nya berkarya dan buat kerja rumah.

Abang Adam akan mulakan perjalanan jauh untuk pergi dan balik sekolah di Paris center. Sebelum ni dekat rumah je ..naik bas, 20min dah sampai.

Kali ni, 
  • papa hantar dari rumah ke train station (15min)
  • kena pastikan schedule train betul. Dia kena naik train ke Paris center. Lepas tu kena tukar naik train lain pula (makan masa dalam 50min). 
  • dari station, jalan kaki 4min untuk ke sekolah
Pastinya mencabar buat anakku. Pegi masa gelap, balik pun dah gelap. Mengalahkan orang kerja ofis. Ni pasti mood swing ni jadi daku kena pastikan makanan seimbang ready bila dia sampai rumah. Sebab ianya akan menjadi tough years untuk 2 tahun memandangkan dia ambik engineering course dan ini adalah foundation sebelum masuk engineering school. 

Lepas 2 tahun ni maknanya insyaAllah lagi 3 tahun selepas itu akan jadi bak kacang yang dikunyah.

Semoga Allah kuat kan semangat anak mama untuk menimba ilmu pengetahuan, jangan mudah mengalah walau apa pun dugaan. Banyak jati diri mama dah ajar dan mama harap anak mama ingat semua ini. Bukan senang nak senang. Kena bersusah dahulu.

Jade..lama sangat tak ke sekolah, banyak main dan kurang focus. She is a brilliant student mcm abang cuma kurang revision...maka jadi malas dan main je kerja sepanjang kuarantin ni. September ni tahun ke 4 sekolah rendah. Makin jadi senior gitu.

Bagi anak ku Ida, daku kena bagi dia ruang untuk study dan focus, tak boleh sentiasa harapkan dia untuk tolong jaga adik. Daku kena cuba bahagikan masa daku sendiri untuk antara handle Syifa, kerja, memasak, kerja rumah dan anak anak.

Daku kena belajar lebih lagi untuk bijak bahagikan masa, bijak handle perasaan yang adakalanya mood swing, badan yang adakalanya penat amat. 

InsyaAllah mama can do it, berkat pertolongan Allah, dgn zikir tak henti henti agar dihentikan bisikan syaitan yg membawa perasaan memberontak dalam hati disebabkan kepenatan.

We all can do it, anak anak.
Buat suamiku, moga daku teguh berdiri disisimu disaat diduga dengan krisis ekonomi sekarang yg membuatkan bisness tidak dapat bergerak. InsyaAllah kita usaha untuk mencari jalan lain untuk mengurangkan bebanmu dan terimakasih atas sokongan mu sentiasa sebagai tulang belakang ku dalam apa jua yang aku usahaskan...

Semoga Allah memberi mu hidayah duhai suamiku atas sejuta kebaikan yg telah engkau berikan kepada aku dan anak anak kita...aaaamiiin.

Sunday, August 16, 2020

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA

#copyshare

*اَللّÙ‡ُ اَÙƒْبَرُ*
Alkisah seekor rusa betina sedang sarat bunting.

Ketika hampir detik-detik kelahirannya, rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh di pinggir hutan yang berdekatan dengan sungai.

Tiba-tiba sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !

Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.

Ketika rusa ini menoleh ke kiri, tampak seorang pemburu telah siap melesatkan anak panah ke arahnya.

Saat menoleh ke kanan, ia pun terkejut melihat seekor singa lapar yang siap menerkamnya.

Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :

1. Mati dimangsa singa.
2. Mati terkena panah.
3. Mati terbakar.
4. Atau mati tenggelam karena melompat ke sungai.

Yg jelas ...
Bahaya mengancam dari berbagai penjuru dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.

Lalu apa yang harus ia lakukan?
Bersedih dan merintih?

Menangis dan menjerit?
Atau ia harus berlari sementara kondisinya begitu lemah?
Atau menyerah pada keadaan?

Rusa pun pasrah. Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya.

Lalu apa yang terjadi?

Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu. Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar. Singa malang itu mati seketika.

Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.

Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lg kepada rusa tersebut.

Rusa pun melahirkan dengan selamat ! 

Sahabatku....

Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.

Masalah di tempat bekerja,
masalah di dalam rumah, 
masalah di jalan, 
masalah dengan anak-anak kita semuanya datang bersamaan.

Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa..

Lalu apa yang harus dilakukan?
Jadilah seperti Rusa. Biarkan semuanya berjalan apa adanya.

Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !
Selebihnya serahkan kpada ALLAH

Kerana Allah lah yang mengatur jalan kehidupanmu..

Saudaraku...
Sungguh TUHAN  menyayangi hamba-NYA melebihi kasih sayang ibu pada anak2nya.

Friday, August 14, 2020

DISINI DAN DISANA

Anakku. 

Bukan mudah menjalani kehidupan anak "mix culture". Tinggal pula di negara bukan Islam yang nyatanya didikan amat berbeza dengan didikan asal mak/ayah.

Mempunyai pula adik beradik berlainan mak/ayah yg berbeza ugama dan amalan. Ini juga boleh menjadi cabaran yg sangat hebat.

Bilamana tiada masalah dari dalam rumah sendiri..anasir anasir luar pula yg memberi dugaan.

Abg² yg free thinker ni mempunya idea yg lain. Jadi perdebatan sentiasa ada. Pernah mengatakan pada daku yg ugama melimitkan anak anakku dari explore luar sana. Bila anakku berpakaian tak seperti budak budak disini dimusim panas (singlet, shorts), diperlinya kenapa pakai mcm mak ko.

Sudah pastinya ayah mereka pun nak anaknya berpakaian seperti budak budak disini tapi anakku sendiri taknak dan menentang keras kata tak suka. Anda mungkin akan memandang sinis pada ayah mereka tapi berapa banyak mak ayah melayu sendiri yg membiarkan anak mereka berpakaian lebih menjolok mata sekali?

Itu dugaan disini. 


Kemudian anak anakku kena berdepan pula dengan dugaan orang Malaysia.
Orang tidak faham background kami mcm mana...keadaaan kami disini mcm mana. Bila mana anakku bertudung di Malaysia...sebab konsep daku mudah sahaja dan daku dah pesan..

Keadaan disini bukan mudah utk bertudung..jadi bila kita dah berada ditempat yg mmg tiada masalah utk bertudung, kenapa masih ingkar?

Dan bila berada ditpt yg mmg tidak memudahkan utk bertudung..tak perlulah tunjuk di social media

Jadi daku train anakku bertudung bila balik di Malaysia, nak dia biasa dan belajar walau sedikit utk bertudung.

Masalahnya sekarang, orang expect anakku bertudung litup sepenuhnya tanpa selidik disebalik tirai.
Ya kami bukan dari keluarga baik baik yg hebat didikan mak dan ayah yg memastikan bab ugama dan aurat terjaga. Tidak.

Kami adalah dari keluarga biasa biasa sahaja yg imannya setebal kulit bawang. Suami ku belum boleh menerima sepenuhnya anaknya di kongkong di usia muda ini utk bertudung litup, berjubah. Sekali lagi mungkin anda akan berceramah tentang ugama tapi anda lupa background kita tidak sama...kita bukan datang dari didikan yg sama. 

Tidak semua dibawah kuasa ku tapi sedaya upaya daku cuba utk didik anak anakku sebaik baiknya mengikut ajaran Islam.

Betapa ramainya keyboard warrior yg mencari salah orang lain dengan mengeluarkan nasihat bukan berbentuk nasihat tapi lebih kepada berbentuk aib.

Daku tak kisah apa orang nak cakap sebab Allah tidak melihat luaran sahaja tapi Allah melihat apa didalam hati..apa amalan kita. Kesiannya adala pada anak anakku yg masih muda bila mereka baca komen komen sebegitu. Tapi daku pesan, takperlah Allah je tahu.

Yg berumur tu lupakah anda juga pernah muda dahulu? Yg mak ayah didik elok², alhamdulillah tapi tidak semua yg masuk syurga itu sejarah hidupnya baik baik belaka. Dan tidak semestinya yg sejarah hidup kaki social, free hair, tak jaga aurat itu tempatnya SAH di neraka.

Jadi hentikanlah menghukum seperti anda sudah confirm masuk syurga. Cukupkah amalan sehingga membolehkan anda mencari aib orang lain? 

Moga Allah berikan mereka hidayah dan berikan kekuatan dan diteguhkan iman anak anakku utk terus berusaha menjadi lebih baik mengikut jalan Islam tanpa menghiraukan kata kata menghentam baik orang disini, mahupun orang disana....aaaaamiin. 

Dan paling penting yg daku pesan pada anak anakku, yg daku cuba amalkan juga utk jadi lebih motivated in days to come
  • TURN NEGATIVITE INTO POSITIVE

Tuesday, August 11, 2020

BILA KAUM LELAKI JAGA ANAK

Semlm.
.
Bawak anak anak makan kat luar. Hanya disini sahajalah kami byk makan seafood..dah namanya pulau kan..semua fresh.
.
Tp dah pesan dgn anak anak..mama nak makan dgn aman..so korang jaga adik.
.
Biasanya baik makan kat rumah ke..luar ke..samada daku atau Ida yg in charge of Syifa.
.
The men mmg goyang kaki relax abes lar makan dgn amannya. Baik bapak baik anak.
.
Dan the day bila kita suruh dorg jaga..menggelupur memasing..slow sgt slow tak dpt pantau pergerakan Syifa yg sgt pantas tangan dan kaki dia utk capai barang. Daku dgn Ida yg stress tgk..terus ambik Syifa sbb tak tahan tgk memasingnya very slow.
.
Ni salah juga sbb membiasakan jantan jantan jd pemalas dan jadikan excuse tak reti sebagai alasan lepas tgn.
.
Berbalik pada cerita. Jadi Ida dgn Adam handle Syifa while daku focus makan.
.
Sbb apa daku nak focus makan? Sbb selama cuti sini mmg tak cukup tido. Dan pagi ni salah urat..dia naik ke tengkuk..dan ptgnya naik ke kepala.
.
Si Adam mmg dah nampak stress dan nak marah2 lar bila adik tak duduk diam. Kalau bapaknya lain, dia biar je anak buat apa..no disiplin. Si Ida pulak bila dah tau dedua in charge..focus dia dah tak mcm bila dia dan daku jaga.
.
Tp nak bg Syifa diam senang je. Bg  baguette..dia blh spend hours menggigit baguette tu.
.
If course dia akan keep trying keluar dari seat dia...tp keep reminding the kids to tell her SIT..DUDUK..
.
I notice..utk dia calm..daku kena calm..sbb bila daku start strrss dan fed up..dia akan bertambah tambah hyper.
.
Dugaan..dugaan.

HUSNUZON

H U S N U Z O N

Orang yang suka post gambar mengemas rumah, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan masa lapang dan kreativiti yang kunjung datang untuk buat rumah dia makin tenang dan senang dipandang.

Orang yang suka post gambar makan-makan, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan kerajinan dan ringannya tangan untuk berbakti dengan cara bersusah payah sediakan makanan.

Orang yang suka post gambar dia anak beranak buat aktiviti, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan waktu yang bersisa dan tenaga yang maksima untuk selalu dihabiskan bersama-sama dengan ahli keluarga.

Orang yang suka post gambar ke hulu ke hilir bagi sedekah pada petugas, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan kewangan yang lebih dan ketekunan yang tinggi untuk ke sana sini menghulur bantuan seikhlas hati.

Orang yang suka post gambar tengah bertugas, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan hati yang kuat dan semangat yang tekad untuk terus berjihad menyelamatkan orang lain yang sedang tak sihat.

Orang yang suka post gambar tengah mengaji dan hafaz Quran, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan hati yang dekat dengan Al Quran dan tingginya keinginan untuk memperbaiki diri dan memperbanyak amalan.

Orang yang suka post gambar layan anak buat aktiviti, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan idea yang banyak beserta kesabaran yang tinggi dalam membuat anak-anak terhibur hati dan rasa disayangi.

Dan bahagian kita apa?

Bahagian kita ialah doakan yang baik supaya kebaikan kepada orang-orang itu semakin melimpah ruah. Dan dengan itu percayalah bahawa rezeki kita juga akan semakin bertambah.

Begitu sifir Tuhan
Kamu doa satu
Aku bagi dua

Satu untuk dia
Tak lupa untukmu juga

Jika tak punya rezeki seperti orang lain terkadang bukan kerana apa. Tapi kerana banyaknya mempersoal akan rezeki dan kelebihan manusia lainnya.

Hidup tanpa virus
Hidup bersangka baik
Jom pakat hayati

Kredit: Siti Suryani Yaakop
@islamitu_indah

Monday, August 10, 2020

SUPERIORITY

Bila anak tiri ku berkata
..org Malaysia tak tau hargai alam, tak keluar bersiar
..dan mereka sendiri dtg Malaysia dan baru tau betapa teriknya matahari dan tak dibuat org bersiar2 bawah matahari terik
..dan bila org sini mengatakan bahayanya pancaran matahari yg blh menyebabkan kanser
..dan barulah mereka tahu kenapa org Malaysia tak keluar "bersidai" masa panas terik

Bila anak tiriku berkata
.. perempuan Malaysia tak cantik
.. bilamana mak beliau pun bkn dalam kategori cantik bg mat salleh
.. bilamana mereka sendiri tak pernah nampak semua wanita di Malaysia dan hanya based on their judgement katak bawah tempurung
.. bila abg lain mak mereka berpasangan dgn ppn "berwarna" yg tak cantik dan in this case kata nya "it s not only the look that count"

So basically dorg ni condamn org takper...kalau tang dorg..ada jelar excuse.

Dan ini adalah tipikal org putih yg masih bawah tempurung yg perasan bagus walhal standard di sini, org tak pandang lah dorang ni sbb rupa tiada yg extra.

So pls lar jgn nak condamn org sgt dan rasa superior where else kat negara sendiri..you are nothing.

Note : pantang betul org condamn psl negara aku

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...