Saturday, May 29, 2021

REZEKIMU

Bismillahirrahmanirrahim.

Walau kecewa macamana pun bila tidak mendapat apa yang kita inginkan dan harapkan, pujuklah hati untuk terima dan redho bahawasanya ianya adalah terbaik yang Allah berikan.

Kalau dizaman dulu, zaman jahiliah...akan merungut satu dunia..mengeluh adalah perkara biasa. Semakin berumur, punya anak anak dimana harus memberikan contoh yang terbaik...rumah kata pergi, kubur kata pergi...dan semakin mendekatkan diri dengan NYA, maka bila diberi kan dugaan, cuba berfikir positive. 

Tipulah kalau daku kata tiada sedikit kekesalan, merungut...tipulah. Daku hanyalah manusia biasa yang hatinya masih banyak kehitaman dan perlu di bersihkan. Akan tetapi semakin berumur ni semakin boleh handle perasaan ini berbanding ketika muda dulu.

ISTIGFAR
ZIKIR
DOA...MENGADU DAN MENGADU PADA ALLAH

Tiada orang lain atau manusia lain yang dapat menyembuhkan luka dan kekecewaan selain dari Allah..maka pada Allah jua ku kembali ya Allah padamu.

Hidup ini pastinya adalah pentas dunia dimana akan diduga. Pernah baca tak bagaimana semakin orang itu ingin berubah, semakin hebat dugaanya. Dan pandangan mata kasar kita akan mengeluarkan pelbagai komen. Tapi bagi orang yang mengalaminya, mereka tenang terima dugaan itu kerana darjat mereka sedang di angkat dan bergantung pada mereka lepas atau tidak dugaan ini.

Percaya tak pada rezeki? Kita tengok orang lain senang dan kaya, kenapa kita tak mcm tu? Pasti ada perasaan macam tu kan? Daku juga ada. Tapi sebelum perasaan itu bertukar kepada perasaan dengki yang mengeluarkan "ain" yg tidak baik, cepat cepat istigfar dan beritahu diri, itu adalah rezeki mereka, alhamdulillah dan kita ada rezeki kita juga walau rezeki kita mungkin tak sama nilainya di mata kita.

Dugaan...dari pasangan, keluarga...bila semua dah settle...anak. Daku takut...andainya di duga dengan dugaan yang hebat dari anak anak. Sebab pastinya kita akan lalui semua ini. Tapi daku berdoa dan berharap agar mental dan fikiran ku ready untuk terima dugaan itu dan bijak untuk menyelesaikan dugaan tersebut.

Berdoa supaya Allah jauhkan lah dari perkara perkara buruk. Kuatkan iman dan akhlak anak anakku agar sentiasa kuat berpegang teguh pada ajaran Islam dan ingat apa yang daku dah didik mereka selama ini. Tipulah kalau tak risau...tapi daku serahkan semuanya pada Allah...daku telah berikan mereka didikan yang terbaik yang mampu aku berikan.
Adam...baru nak tulis dah bergenang airmata.
Mama, Ibu semua sentiasa doakan Adam kuat semangat untuk meneruskan mengejar impian...semoga anak mama buat pilihan yang bijak untuk masa depan mu, duhai anakku. Doa yang tidak putus putus untuk mu duhai anak, setiap hari, setiap saat.

Tiada rezeki mu disana, tapi sekarang Allah buka bercabang cabang rezeki lain buat mu duhai anak...bijaklah membuat pilihan...demi masa depan mu.

4 comments:

  1. Masa muda fizikal kita kuat..tapi mental kita rapuh..dah tua2 ni fizikal kita rasa tak mampu dah nak hadap apa2 dugaan tapi sebenarnya mental kita sudah bersedia inshaaAllah

    ReplyDelete
  2. Salam kak Nur dan keluarga,
    -Al-Insyirah Ayat 5-8
    -Al-Anfal Ayat 30 ("...They plan, and Allah plans. Surely, Allah is the Best of planners.")
    -Surah Hud Ayat 6 ("There is not a single moving creature on the earth but Allah is responsible for providing its sustenance. He knows where it dwells and where it will permanently rest.6 All this is recorded in a clear Book.")

    All the best to Adam insyaAllah ada yang lebih baik menanti

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis .. bertabahlah dgn dugaan Allah. Kita pun sama risaukan anak anak yang sedang membesar ni .. tak kira kat mana pun dugaannya sama .. Yang penting how we treat anak anak kita .. Doa kita sebagai ibu untuk anak anak kita .. Semoga sis dan keluarga di perantauan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt . Rezeki Allah kan luas .. Redha dan tawakal ..Doa dan Percaya yang Allah sayangkan kita ..Saya baru jer follow youtube sis ... terhibur tengok gelagat anak anak sis yang pemalu dan comey ..
    Sis, you are the bravest and toughest lady ( betul ke ejaan tu ? he he he ) bye for now . hug and kisses untuk Syifa ..

    ReplyDelete
  4. tak terbayang kalau mak saya sendri tulis camtu "Adam...baru nak tulis dah bergenang airmata." 😭 stay strong aunty, been following you from yuoutube, you've been a great mother to them.

    ReplyDelete

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...