Friday, May 28, 2021

RAMADAN KE SYAWAL

Jatuhnya Ramadan tahun ini, berbuka lebih awal dari tahun sebelumnya walaupun ianya masih dimusim bunga.

Di penghujung akhir Ramadan, berbuka selewat 9.30malam..dimana subuh lebih kurang 4.45pg.
Ramadan adalah dimana tidur adalah kurang dari hari biasa memandangkan kena bangun sahur dan kebiasaannya selepas tamat sahur dan subuh, daku akan terus berjaga kerana hanya ini sahajalah masa untuk daku dapat berkerja (edit) dengan tanpa gangguan.
Biasanya 7pagi daku akan bangunkan Jade untuk kesekolah, kiss her goodbye dan pesan jangan kecik hati mama tak turun bawah sebab daku sambung tidur lepas tu sampai 9pagi. Yang bagusnya memandangkan tidur lambat sebab Isyak masuk dalam 10,30mlm ketika Ramadan, Syifa takkan tidur selagi daku tak tidur, dan dia akan sama sama ikut serta solat dan tarawih...maka bangun tidur pun 9pagi, dapatlah daku qada tidur sekejap.

Suami ku akan handle dan temankan Jade dibawah sehinggalah dia pergi sekolah.

Aktiviti di bulan Ramadan sangat pack dengan sessi memasak sambil bervlog. Setiap hari pasti ada menu baru yang dicuba dan anak anak sangat gembira sebab bertukar tukar menu. Kebiasaannya hari biasa, seminggu 3 kali akan beli makanan luar...berbeza dengan Ramadan, boleh dikira dengan jari berapa kali kami  beli makanan luar.

Berakhirnya Ramadan bermakna kena adjust balik kepada routine harian..pada ku mengalami kesukaran juga sebab dah biasa dengan schedule Ramadan dimana ketika itu pkp kembali disini dan sekolah online buat semua anak anakku...habis Ramadan, ke sekolah seperti biasa.

Kalau di bulan Ramadan, ada masa seharian untuk dapatkan idea apa hendak dimasak, buat planning apa yang perlu dia buat utk hari tersebut dan hari hari seterusnya....bila selesai Ramadan, awal awal lagi dah kena fikir apa nak masak untuk tengahari dengan masa yang limited, anak anak sekolah, mana yang balik makan tengahari, mana nak handle cik Syifa...jadi daku perlukan masa utk adjust semula schedule.

Begitu juga dengan edit..nampak macam daku tidak punya masa untuk edit video di siang hari bila siang hari sudah dihabiskan samada merakam video disamping memasak, kerja rumah dan anak. Jadi bila masa daku boleh edit. Sebelum tidur sedikit demi sedikit. Dan selepas subuh iaitu 4,30pg, daku akan berjaga untuk focus kerja meng edit sebab dateline ku adalah post video setiap pagi, setiap hari.

No comments:

Post a Comment

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...