Thursday, June 25, 2020

RAWATLAH HATI KU YA ALLAH

Yg sebenarnya bukanlah mudah utk membuka hati utk menerima dgn ikhlas anak anak tiri ni yg buat masa ni senantiasa ada. Bergolak antara perasaan sendiri atau pun mainan syaitan. Dugaan demi dugaan tetap ada.

Orang lain hanya nampak yg indah indah sahaja tapi strugglenya hanya kami sahaja tau. Family campur ni bukan mudah. Mmg kena give and take dan kita sebagai yg berumur ni senantiasa menerima dan memaafkan ..senantiasa kena hadap apa jua yg mendatang.

Bila hati diserang perasaan tidak puas hati, ada yg tak kena di mata..cepat cepat berzikir LAHAULAWALAQUWWATAILLABILLA

Mengharap sgt pertolongan Allah. Padamkanlah kerisauan, kegelisahan dalam hatiku ini Ya Allah. Bersihkan lah hatiku yg hitam ini yg senantiasa berprasangka. Redhokan lah hati aku utk terima apa jua yg telah Kau rancangkan Ya Allah.

Ikhaskanlah hati ku utk menerima anak anak tiriku walau apa kekurangan mereka..walau apa pun salah tingkah laku mereka. Kuatkan iman aku dan anak anakku Ya Allah bilamana anak anakku berdepan dgn pelbagai cabaran mempunyai abg² berlainain ugama berlainan pendapat, berlainan ideologi mereka.

Cabaran ialah, rasa mcm terkongkong juga dalam rumah sendiri. Apa yg buat, nak cakap semua kena control dan hati² agar tiada hati terasa. 

Thursday, June 18, 2020

CURIOSITY






Curiosity killed the cat.

Ada sesuatu yg kita tak perlu tahu, tak perlu selidik, tak perlu nak jadi inspector takb bertauliah ....
Mmg truth hurts tapi ada certain things yg kita mmg tak perlu tau andainya kebenaran itu akan membuatkan kita sedih, terluka sampai effect mood kita pada semua orang.

Begitulah jua dalam perkawinan..ada certain things yg kita tak perlu nak selidik. Mmg based on trust tapi adakalanya sbb curious sgt, sampai membuatkan cemburu dan membayangkan benda yg tidak ada.

As for me NOW (in future tak tau)...baiklah daku focus fikir benda yg baik baik sahaja dan enjoy the moment yg ada sekarang ni...lelain adalah kerja Allah...dan walau mcm mana pun kita rancang..kalau Dia kata tak jadi maka tak jadi lah...walau jahat mcm mana pun perancangan orang lain nak buat kat kita, kalau Dia kata tak jadi, maka tak jadilah.

LA HAULAWALA QUWWATA ILLABILLA


Sunday, June 14, 2020

DISKRIMINASI DAN KEKUATAN



2 image yg berbeza that I have opted ever since daku cuba utk menutup aurat (for your information, daku asalnya sgt lah jahil dan masih jahil dan masih belajar utk memperbaiki diri).

Utk mengelakkan diskriminasi, imej daku seharian disini adalah yg nombor 1. Bukan mudah tinggal dinegara bukan Islam where you are being judged kalau terlampau menonjolkan imej sebagai seorang Islam. I do not want my kids to feel that discrimination. So for now, hanya kawan kawan rapat mereka sahaja yg tau pasal ugama mereka. Besides, org sini tak bercakap sgt psl their believe sebenarnya.

Pada daku, daku selesa dgn imej harian ini, utk urusan harian dan sekolah anak anak ke. Biarlah bertudung litup bila rasa selamat, contohnya bila bersama dgn orang orang kita atau bila berada di negara Islam sendiri. To me, yg penting, masih cuba utk menutup aurat.

Bagi daku simple je..Allah tgk niat kita. Kalau dalam keadaan yg tidak membolehkan kita menutup aurat dgn sempurna, buatlah sebaik mungkin. Daku lebih selesa mcm ni BILA DISINI sbb tiada mata yg memandang mcm bertanya itu ini. 

Sbb byk masalah bila cuba bertudung disini (sila ingat perbezaan antara bertudung dan tutup aurat), daily life akan ada discrimination bila anda di circle orang putih sahaja (yg circle org² Malaysia atau arab tak termasuk dalam cerita ni). Kalau dgn orang putih, dorang akan pandang lain mcm...must be wondering daku ni cina masuk Islam ke. Mmg akan ada mata memandang!!! Kalau yg sesama Islam plak samada akan senyum senyum sbb tau bersaudara(bila antara perempuan)...atau yg lelaki nya plak cuba nak menggatal tanya itu ini.

Bila daku berimej no 1...I feel more comfortable dan selesa.

Dan why I dont really show my 1st daughter unless kalau dia berhijab? Sbb nya kami tinggal dinegara bukan Islam...bapaknya mmg tak benarkan dia berhijab, utk keselamatan dia sendiri dan elakkan diskriminasi juga. Besides, kat sekolah mmg TIDAK DIBENARKAN tunjuk your religion, be it bertudung ke, berturban (singh)...mmg tak boleh!!

To cut it short, ya anakku disini tidak bertudung, so that is why I dont really show her pictures here. Cukuplah dosa yg ditanggung, tak perlu tanggung dosa lagi showing aurat in social media. Ini adalah concept daku...besides, anakku baru 14tahun, tak perlu pressure dia dgn pelbagai soalan kenapa dan mengapa..cukuplah apa yg dia kena hadapai disini, tak perlu ditambah. Orang lain dgn cara mereka, sukahatilah nak tunjuk anak free hair ke, anak pakai tudung baju ketat mengetat ke..terpulang pada diri sendiri..me with my own way and concept..dah banyak dosa, tak perlulah ditambah lagi dosa dgn berkongsi di social media.

Im not asking ppl to understand sbb mereka tidak berada ditpt daku. Only those ditpt yg sama, kawin campur, tinggal negara bukan Islam, will know that struggle utk mengukuhkan iman diri sendiri dan anak anak dan at the same time, being judged by our ppl.


CABARAN

Bukan senang nak terapkan unsur ke Islaman dan ke melayuan dlm diri my kids.
.
There are always challenges kalau bkn dari org sekeliling...dari abg2 mereka sendiri...19thn daku kena hadap.
.
Adakalanya sayu tgk anak2...becoz indeed they are strong compared to me. Diam tak  bermakna lemah...outspoken tak  bermakna strong. 
.
Moga anak2 mama terus kuat dan teguh imannya dgn dugaan2 disini.
.
Sbb tu ada masanya I wish I could bring my kids far far away jauh dari sini(mendalam makna ni)...where we are free to be who we are...hanya kami.


Saturday, June 13, 2020

CUTI MALAYSIA

CUTI MALAYSIA

Cuti kali ni memberi banyak makna dan kenangan. Actually tujuan bercuti ke Malaysia, bukanlah utk suka suka. Bukan utk makan angin sahaja.

My purpose balik Malaysia adalah utk bersama keluarga ku yg setahun daku tak jumpa. Supaya anak anakku bertemu dengan sepupu sepupu mereka, catching up apa yg tertinggal. Supaya dapat daku bawak anak anakku berjumpa dgn sanak saudara, kenal asal usul mereka.

Supaya daku dapat jumpa kawan kawanku yg setahun tak jumpa tapi setia menanti daku balik.
Supaya daku dapat spend masa yg banyak dgn kakakku, ayahku, anak anak buahku, sepupuku.

Daku tak heran nak pegi pulau ke, snorkelling ke sbb daku hanya nak bersama dgn family daku. Tapi semua ni terbatas bila suamiku ikut sekali. Planning kena ikut dia. Tak suka jumpa orang yg dia tak kenal. Sbb tulah berbelas tahun daku balik sendiri dgn anak anakku sbb inginkan kebebasan utk berjumpa dan spend masa dgn family. Sampai dah tak kira kena berangkut sendiri dgn anak anak kecik kecik, travel jejauh..sebab excited nak balik jumpa family.

Dari anak 1 sampailah anak 3, daku dah biasa travel sendiri dgn anak kecik² masa tu. Pernah travel sorang bawak baby, dgn baby carrier, sling bag, bag pack, bag tarik sbb semaksimum boleh nak guna allocation bag memandangkan ada ole ole utk family di Malaysia. Sakit sakit badan masa travel tu mmg tak ingat lar sbb excited gila nak balik kampung so masa tu dah tak fikir apa dah.

Bermula 2018, adalah titik permulaan percutian kami sekeluarga selepas diberi sinar baru dalam hidup kami lepas kelahiran si bunga syurga, Anna Syifa. Tak pernah merasa cuti serancak ini mmg setiap hari ada sahaja program.

Akan tetapi, daku tak dapat spend masa, tak dapat nak tido rumah kakakku seperti yg daku selalu buat selama berbelas tahun setiap kali balik Malaysia. Antara satu sebab ialah privacy, anak anak dah besar, taknak ganggu keluarga kakakku..balik pula dgn suami, masa dgn keluarga mmg limited...ini mmg agak sedih juga. Sbb tu sedaya upaya daku cari tpt tinggal yg buat daku boleh senang singgah ke rumah kakakku setiap malam utk jumpa kakakku dan supaya anak anakku bertemu dgn bff cousin mereka.

Alhamdulillah bila bergelar usahawan berdaftar di Perancis dan bermula 2018, daku berdiri diatas tapak kaki sendiri dari segi kewangan. Suatu kepuasan yg dah lama aku tak rasai semenjak berkahwin. 

Kalau dulu masa bisnes suami sgt bagus, pun tak merasa dapat cuti sehebat cuti mcm ni dimana rata Malaysia kami melangkah. Mmg manfaat habis...ini juga rezeki.

CUTI 2019
Mcm mana anak anak tiri boleh ikut sekali? Bang lang pernah berkata pada kakakku, dorang dari kecik nak sgt ayah dorang bawak balik Malaysia, dorang nak ikut sekali. Tapi ayah dorang tak pernah ajak.

Bukan taknak ajak... sudah lar setiap kali cuti sini kami bawak kesana kemari. Balik Malaysia adalah satu satunya masa daku nak holiday dgn family ku sendiri. Lagipun byk belanja bila balik Malaysia. Sebulan cuti kalau tiket flight belanja semua kena sponsor ..dah tu duit nafkah tetap bg pada mak dorang walau anak dgn kitorang...lepas tu bila dah bawak cuti, akan ada benda tak kena, akan ada issue membabitkan lawyer lar..belum lagi surat insult, phone call lagi...mmg tak berbaloi lar berabis duit dan pening kepala mcm ni.

Jadinya bila daku saja saja tanya kat bang lang masa dia stay ngan kitorang buat praktikal..nak ikot ke balik Malaysia tapi tiket bayar sendiri...terus dia excited kata ok. Bang ngah plak bila daku pun cerita dan ajak sekali, rupanya dia pun nak ikut. Pun mcm tu tiket bayar sendiri. Yg lelain semua kami tanggung (kecuali bila dorang nak cuti sendiri ke keluar sendiri ke)

Dorang ni cuti sekolah kerja, so dorang ada saving dari situ. Plus nafkah dari bapak dorang yg kira byk lar utk dorang ni.

Actually bang lang takdelah lama sgt datang cuti..rasanya tak sampai 2minggu. Bang ngah yg lama dalam 1bln.

Indah² je nampak kan ramai² tapi struggle nya orang tak tau. 

Tapi alhamdulillah..dapat bawak anak anak tiri round Malaysia, kalau tak byk, sikit..at least dorang dapat kenal Malaysia, seperti yg dorang inginkan selama ni. Bang ngah paling bertuah sbb dapat lama sikit. Bawak gi Melaka, dan byk tpt lain. Bang lang sbb dia tak byk cuti dan kena praktikal sambil kerja.

So in the end the real cuti bila eh? Sbb balik Malaysia pun penuh dgn activity though activity mengabeskan duit mcm air mengalir๐Ÿ˜‚

Setahun kumpul duit, kerja all out. Tak membazir dah masa zaman gemilang dulu hehehe. Lepas tu balik Malaysia, setahun kumpul back to zero ya. Bila fikir², kalau selama 19tahun ni dah boleh beli umah kot kat Malaysia kalau tak balik Malaysia tiap tahun.

But then again...there is no price for happiness...and this is the price I hv to pay, in order utk buat anak anakku dekat dgn ...asal usul mereka...dan sedar diri sket!!

Cuma semenjak daku berkerja sendiri ni...duit tidak perabis mcm tu je...daku mmg dah buat allocation utk saving, investment dsb. Bila dah allocate tu, baru boleh cuti cuti malaya yehaaaaaa..

Ku serahkan pada Allah utk rezeki yg telah ditetapkan buat ku, suamiku dan anak anakku..semoga rezeki itu adalah seluas lautan jatuh ke riba, atas amalan dan niat yg baik utk usaha sentiasa berada di jalanNya aaamiin.


Thursday, June 11, 2020

AYAH DAN ANAK

Bismilllahirrahmanirrahim.

Suamiku. Yg memecah tradisi keluarganya...dgn mempunyai anak ramai๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Kebiasaannya orang putih ni anak tak ramai.

Contohnya, mak mentua, adik beradik dua orang je tu pun abang dia passed away masa umur 15thn. Jadinya tinggal dia sorang je.
Pak mentua, anak tunggal juga.

Jadi kami ni mmg pemecah tradisi betul betul๐Ÿ˜‚

Masa mula² kawin dgn suami ku ni, dia mmg ada rasa bersalah juga pada anak anak dia jadi sedaya upaya dia jaga hati anak anak dia..bagi apa yg dorang nak..bawak holiday sana sini...pendek kata bagai menatang minyak yg penuh lar.

Daku selalu cakap...anak yg you tatang ni satu hari nanti yg akan go against you, tak caya, tgk lar. Sbb apa? Sbb anak yg tidak diajar mana yg baik dan mana yg betul...apa yg dia buat salah. Semua tidak ditegur. Bila kurang ajar dgn atok nenek ke, dgn daku ke, takde yg tegur. Bila atok tegur berat tulang, tarik muka masam naik bilik merajuk.

Dan my prediction was right. Anak yg ditatang bagai minyak yg penuh tulah yg stab his back.

Mungkin dgn daku, ini lah kali pertamanya dia merasa full power as a husband, as a father. Sbb ini lah pertama kali dia dapat asuh anak anak, duduk bersama dari kecik dah sampai sekarang, berbelas tahun lamanya (mudah mudahan sehingga ke syurga).

If people think I am garang or queen control. Kalau daku ni QC, tidaklah bertahan lama perkawinan kami ni. Dimana yg sebelum ni tahan 5 dan 3 tahun shj. Sbb apa? Wanita mat salleh..kalau hitam, hitamlah keputusan, tiada berpatah balik. Jgn harap lelaki nak goyang kaki. Daku dah witness sendiri. Perempuan yg akan byk bercakap, lelaki diam sahaja. Dan perempuan sini senang ajer call it a quit, takde masalah jd ibu tunggal sbb bagi dorang, lelaki tak boleh cabut mcm tu je..mmg akan kena bayar pension dan amount bertambah setiap tahun kiraannya.

Masa anak 1 dulu yakni si Adam...suami ku rajin ajak keluar sana sini..explore tempat tempat baru, park baru..utk si permata hati nama Adam ni. Dia sgt protective dgn si Adam sorang ni. Daku nak ajar makanan melayu pun mcm mcm komen, itu tak boleh ini tak boleh. Dan salah daku sbb terlampau ikutkan sgt. Sbb tu anak anak selepas tu, daku kasi try semua..daku pekakkan telinga...maka jd lah all my girls tokak melayu ikut omak eh๐Ÿ˜‚

Bila anak anak dah besar..ada nampak lar pe el bapak dia ni. Sukahati nak marah marah dan condamn anak anakku depan anak anak dia yg lain tu, buat daku membara juga. At times daku naik angin gak lar, sbb dgn anak anak dia yg lain, dia tak berani nak marah² mcm dia marah anak anakku sbb nanti kena hambur ngan mak meroyan mereka. So daku sound lar.. oo dgn anak you lain tak berani plak you nak marah marah mcm you marah marah my kids ya. You diam je...dgn my kids you tunjuk terror perkecilkan dorang infront of your other kids! My kids bukan bukan sampah for you to treat them like that, ok!

Tapi daku tau dia sayang anak anak kami sepenuh hati walau adakalanya dia ni selalu salah cakap atau salah layan.

Cuma tulah berkali daku kata..cakaplah elok elok dgn anak anak. Mereka melihat..mereka memendam rasa. Yes you bergurau, tapi calling your kids stupid or idiot ..is way too much. That is not a joke..but a doa to them.

Though I wish he could change the way he is with his kids...teach them more positive values...show good example...tp tulah..dia dididik dgn cara tidak sama dgn cara ibubapaku mendidik aku.

Nafkah
Dinegara orang putih, ini adalah satu contoh positive yg perlu kita negara Islam jadikan ikutan. There is absolutely no way kaum lelaki boleh lari dari tanggungjawab. Be it, you dapat anak bukan dari kerelaan you ke, you one night stand ke pastu perempuan termengandung ke...YOU CANT RUN!! Once dna test tulis the child 99% is yours, silalah mengadap bayar nafkah sampailah budak tu abes belajar..be it umur 40thn tak abes belajar, sila bayar.

Kalau lebih 2bln tak bayar, you boleh masuk jail. Setiap tahun, duit belanja kiraan dia akan revise dan akan bertambah. You earn more, you pay more. You kawin lain, pasangan you ada income..ini pun akan jadi kiraan jugak ya. Ini juga menambah sakit hati juga..you work hard for your kids to pay utk anak orang lain yg mak meroyan tak sudah²?

Seperation ke divorce ke kalau ada anak mmg akan memihak pada kaum mak. Sbb tu ramai kaum mak beso kepala pun ya gak..meroyan sesuka hati.

So yeah...ini lah sistem yg patut ada di Malaysia. Bukan orang perempuan menanggung seorang besarkan anak bila laki lari ngan ppn lain...atau bila termengandung, laki cabut lari mcm tu je tinggal ppn menanggung malu menanggung beban. Tu belum lagi kes digantung tak bertali, tak berhak kawin lain sbb ni, dimana laki nya sedap² je buat anak baru dgn kehidupan baru. Shame on the pengamal system syariah yg byk memihak kepada pihak lelaki dan pihak lelaki yg being so bias terhadap kaum perempuan..shame on you!!



FOLLOW









ME AND MY OWN WAY

Hati kena keras dan kental.
.
Bilamana yg baru kenal dan follow mengeluarkan kata kata mcm daku ni
...cakap kasar dgn anak anak
...daku ni queen control
...dan anak anak memendam rasa mcm tak happy
...dan mcm2 lg

Dan macam macam lagi.

My way and your way tak sama. 
If you were raised in a background where your mom lemah lembut gemalai and do everything for you but behind your back she is crying herself out...then that is your mom's way.
We were not raised that way. We were raised in a garang, police way by our mom and dad. We were raised that everything must be done quickly and to be able to be a multi tasking person.

So yes..dont compare your way and my way...coz if I follow your way....I wouldnt be who I am today and my kids wont be what they are today.

Terms queen control depends on how your mind think. In a house, there is a need of a queen who manage what is going on in the house, the house chores, the family budget, the education of the kids etc. Without a queen, a house has not rule.With a lembik queen, berendam airmata jelah bila anak anak buat kerja pun slow lembik mcm takde stamina.

Stop comparing and being judgemental when you dont really know that person. 

But obviously ramai yg suka menambah dosa bilamana ikut sukahati jer buat pengamatan sendiri. Sukahati lah labu..masuk mata kiri keluar mata kanan..aa mcm tu lar bila daku TER baca komen² tak selidik dulu main hentam kromo ni...daku senyum je baca komen komen ni, telling myself COME HERE PAHALA.

I have reached fasa dimana..katalah apa shj..tak luak pun rezeki, tak luak apa pun. Buat apa menambah sakit hati dgn orang yg ada masalah dgn diri mereka sendiri? Tak kuasa mak. 

Baiklah daku focus dgn amal ibadah daku, suami ku, anak anakku dan finding ways mcm mana nak menjemput rezeki...


Tuesday, June 9, 2020

COVID 19 & KERJA

Bermacam dugaan penghujung 2019

Bila dijangkakan nak all out keja lepas balik coti coti Malaysia satu kampung...dugaan strike teruk sgt di Paris dimana public transport (train) effected teruk. 
Daku highly effected bila buat delivery dan bila kena handle tour. Till the extend terpaksa decline order dari individuals. Kenapa? Sbb bila train takde..semua orang naik kereta. Few times daku naik kereta, took me 2hrs plus nak reach the center where else biasanya 30-40min dah sampai.Dan masa ni juga private transport semua naik harga.

Tapi nasib jugak lah ada agencies yg order...dapat lah jugak cover. Though disebabkan strike tu, menurun by 40percent pendapatan kami buat tourism ni (tour, delivery).

Then daku fikir positive lagi..takperlah..boleh  cover balik nanti cuti Malaysia bulan March. Reservation utk tour pun dah ada few. Agencies pun dah place order. Dah excited nak all out masa ni.

Tapi sekali lagi diduga. Kali ni lagi teruk. Bkn pada daku tapi pada seluruh dunia. Bersyukurlah yg makan gaji, masih ada gaji. Kena potong gaji pun bersyukurlah dari mereka yg langsung takde gaji.

Berfikiran positive lagi...Allah bagi masa utk rehat. Charge badan yg tak henti kerja dari sarat mengandung si Syifa sampai sekarang. Ini lah masa utk bersama keluarga. Ramadan pun lagi hebat dari tahun tahun seblum ni. Apa yg tak dapat buang, semua dapat buat time ni. Entah bila akan dpt peluang mcm ni lg.

Duit yg diganti dgn nikmat yg tak bisa boleh dicari. Jadi bersyukur dan bersyukur. Duit simpanan hasil kerja lepas balik Malaysia sampai kemuncak train strike yg start November, digunakan dikala ini. Budget utk balik Malaysia yg tak jadi pun kiranya dapat cover utk beberapa bulan mendatang ni yg tak tau bila akan recover, buat yg terlibat dalam tourism industry mcm kami.

Cuma alhamdulillah..daku dan suami sebagai entrepreneur berdaftar di sini, ada mendapat sedikit bantuan. Masa nilah rasa berbaloi aku bayar cukai banyak banyak tetiap bulan semenjak jadi entrepreneur disini.

Utk hari mendatang...tak tau what future will hold. Trying best utk ana pendatapan di cabang lain pula. Teruskan usaha dan letakkan harapan pada Allah agar dipermudahkan perjalanan dan urusan sbb ada 4 orang anak perlu difikirkan..tak lupa lg 2 org yg perlu dibayar duit belanja nya juga.

Sbb so far alhamdulillah Allah tidak meletakkan rasa risau di dalam hati ni..mungkin sedikit, I cant lie tapi daku banyak percaya pada His aturan. Yg penting...daku bukan hanya duduk tanpa buat apa apa dan mengharap bulan jatuh ke riba.

Cuba usaha dan berfikir apa cara yg possible utk daku bawak duit utk keluarga ku..menolong meningkatkan ekonomi keluarga ku... dan moga Allah Maha Pemurah, Maha Mengasihani, membantu memudahkan semuanya...aamiin.

Semoga Allah permudahkan urusan pada kami, keluarga kami, dan sahabat sahabat kami yg highly effected dgn keadaan sekarang. Buat yg tidak terkesan tu..jgn lah lupa pada mereka² yg terkesan...bersedekahlah... sbb masa anda nanti anda tak tahu bila dan anda tam tahu bagaimana anda akan handle, bila terkena pada diri anda sendiri.




Monday, June 8, 2020

DISCOVER MALAYSIA IN THE EYE OF BANG LANG

Semalam daku interview bang lang pasal pengalaman dia bercuti di Malaysia. Note that sebelum tu bang lang praktikal kat Hongkong for 6months. Within this time dia discover other countries like Thailand, Korea, China, Indonesia. (lagi mana ntah tak ingat)
Bang lang pernah cakap..dari dia kecik dia nak sgt ikut kitorang balik Malaysia. Tak tau plak tang ni. Bukan kami taknak bawak. Nak bawak..tapi 
  • bila bawak, semua cost kami tanggung
  • duit nafkah dorang tetap bagi kat mak dia walau dorang cuti lama ngan kitorang
  • dah berhabis duit, kena hambur maki hamun lagi ngan mak dorang, agak agak worth it tak?

Jadinya tahun lepas, daku saja lar tanya dorang ni. Korang nak ikut ke kitorang cuti ke Malaysia..mata terbeliak terkejut daku tanya. Tapi daku selit kan lar..tiket bayar sendiri. Daku tanya kat bang lang...bontang mata kata YESSSSSS..

Lepas tu tanya jugak kat bang ngah pun mcm tu gak terkejut. Daku yg tanya ya bukan bapak dia. Bapak dia boleh kata kat daku, yg u ajak kenapa..terbalik kot๐Ÿ˜‚

Both of them kata dorang mmg ada savings sbb masa cuti sekolah dorang keja, so duit mmg save. Mmg bukan duduk goyang telo lar kalau cuti. Bang ngah mcm² keja buat, antaranya Uber Eats (lg dgn delivery service lain), dgn kilang lar.

Bang lang lak tak silapnya pernah dgn kedai sports kot dan few others. Dedua rajin. Sbb tau mak sediakan yg asas je..mak plak bkn duk tpt yg sama jadi dorang sendiri kena survive.

Masa cuti kat Malaysia, semua kami tanggung. Dorang bayar duit tiket je. Masa dorang ke Indonesia berdua,dorang bayar semua sendiri lar.

Apa pendapat bang lang pasal Malaysia?
Mcm mat salleh lain, dia attracted to the beautiful islands di Malaysia though dia dapat explore 1 tpt sahaja yg daku bawak yakni Pulau Perhentian. He find it amazing, tak perlu swim jejauh utk tgk fish full of colors, clown fish, fishes that he can never find in France. Besides, takde island mcm ni di France. Nak tengok ikan cecantik, sila dive tgh laut, due to polution. He fears that one day Malaysia pun akan lost all this beauty kalau tak jaga.

Masa snorkelling, daku ngan bang lang yg selalu terjun dulu. Yg lelain terhegeh hegeh mcm siput๐Ÿ˜‚
So ada one time tu, hanya daku ngan bang lang yg dapat tengok penyu...by the time lelain terjun, penyu pun dah cabut hehehe.

He is also amazed dgn biawak, cicak yg anda. His dream now ialah utk pegi Indonesia dan tengok komodo plak hu huuuu


Orang Malaysia ni pemalu dia kata dgn dia mcm taknak cakap sgt. Tapi suka bila dia bercerita dan nak tau pasal exploration dia ke negara² lain. Dia wish org Malaysia lagi kurang pemalu dan just approach dia utk berborak.

Durian..dia dah rasa..dia kata rasa pelik dan bau kuat (mcm busuk). Bila daku kata, what about strong cheese..bau pun busuk juga tp kenapa boleh makan? Dia kata yer tak ya jugak eh...sbb tak biasa kot.

Kuala Lumpur atau big city, dia tak interested sangat...dia lebih berminat pada nature sbb susah nak dapat. Dia nak gi jungle hiking lagi sbb dapat rasa kat perhentian shj. Pastu dia tanya daku, mesti dah takde jungle utk hiking semua dah  buat palm tree. Ini lagi satu mentality typical orang putih. So daku explain lar helooo ada byk jungle kot dan tracking..lenkali jgn percaya sgt media ni.

Bab tudung...berdebat jugak lar pasal religion ni. Dia kata such shame takde freedom utk buat suka hati, mcm kena control tutup kepala..women takde freedom. So daku kata...what about you  are obliged to follow the trend, to show your body, your hair, wear sexy clothes becoz the world ask you to or otherwise the world will ignore you... is that what you call freedom?? Terdiam dia.

Then here comes issue bossy men. Dimana menunggu je food sampai, tak tolong pun. Mengarah ppn ambik itu ini. Kenapa tak tolong? Dia salahkan Islam punya teaching so I told him... that is a culture, not the religion. Dan daku kata haloooo tak perlu tengok kat Msia...kat umah ni pun tgk lar bapak ko tu..orang putih kot...terus diam๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Bang lang ni jiwa kental dan kuat. Hari yg kitorang raya haji tu dia dan bang ngah takmo ikut..plan nak keluar sama tapi ended bang ngah ni sakit perut (lepas balik coti Indonesia). So dia keluar naik Uber dari Puncak Alam ke KL. Kat KL dia sewa scooter electric, ronda one part of KL. Sbb bang lang ni jugak lar kitorang discover the art street area jalan Alur (eh ye ker nama dia) yg dekat belakang² bukit bintang area tu...yg mana orang kita takkan sampai punyalah due to the kawasan dan persekitaran yg kurang bersih. Orang putih mmg suka..tpt tu jadi one of the viral place kot. 

Dia nak lagi datang Malaysia bila ada peluang katanya dan discover other islands and jungle.



FAMILY LEBIH PENTING

07 June 2020

Bang Lang datang utk lunch. Bang lang ni sewa apartment di center Paris dgn kawan dia. Kawan dia ni anak orang have have jugak lar..kawan dari kecik. Mak pak french yg kerja sana sini jadi berpindah randah. Bang Lang pernah gi LA sbb kawan dia ni masa tu mak pak posting kat sana.
Bang Lang datang bawak hadiah belated birthday utk Jade. 2 Harry Potter stuff. Dia ni jugak lah yg mengajor si Jade minat Harry Potter. Masa dia duk sini tahun lepas, marathon Harry Potter dgn si Jade. Sampai si Jade ni menyimpan impian nak gi museum Harry Potter (is it museum?) in London. Nantilah Jade ya bila Covid 19 dah takde.

We had lunch next door. Semalam, negara Perancis sambut Mother's Day. Jgn tanya kenapa lambat dari negara lain. Itu wa tara tau.

Jangan tanya kenapa dorang tak panggil daku mak. Orang putih have their pride. They dont simply call someone else their mother.

Jadinya mother's day ke dorang tak wish sbb daku bukan mak dorang. Kot ada hari mak tiri..yes dorang akan wish kot hahahha.

Daku masak stuffed salmon. Masuk dalam oven je. Pastu serve dgn nasi basmati, ratatouille. Angkut umah sebelah. Before that si bujang 3orang dah tolong prepare meja. Pastu tolong bawak mkanan ke sebelah umah.

Lepas lunch, daku pun ready lar nak buat kerja, iklan, marketing, edit dsb. Then bang lang datang menempel duk depan daku. Ahhh sudah mau ajak borak lar ini budak๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

So daku jadikan kesempatan ni utk cakap psl banyak benda dgn budak bertuah sorang ni. Dan daku belajar pasal dia lebih lagi. Daku selalu rasa dia ni opportunist. Menggunakan semua peluang yg memberi kepentingan pada diri dia. Jadi bila bercakap dgn dia arini, my perception bertukar juga, kalau tak banyak sedikit.

Dia ni seorang yg sgt ambitious. Masa sekolah, mmg sentiasa doing good. Nak kata pandai sgt tak lar tapi idok lar corot..in between. Dulu daku selalu rasa dia ni cemburu dgn si Adam sbb suka cari pasal. Now that dia dah besar, I understood actually dia bangga dapat jadi role abg.

Dia kata dia proud dapat tolong adik dia..sbb dia kata dia takde sapa yg tolong, semua kena buat semua, beza dgn bang ngah tak byk so semua kena find out sendiri. Consider adik adik kamu ni cemana..half brother sisters ke? (sbb si sulong tu I guess tak cerita pun dia ada adik²). So dia kata dia bitau orang dia ada berapa adik², tak cakap pun half brother and sisters sebab dia consider them mcm adik beradik betul.

Hanya bila orang terkejut tanya mak aii cemana leh ramai camtu...then only dia explain, dari mak lain. Daku tanya, apa perasaan adik adik dari lain roots..dia kata lagi cool. Sbb adik adik, sebab mak tiri, lagi dia rasa nak discover Malaysia, discover our people, our culture...discover asia.

Does it bother you that we are muslims? Dia kata no..tapi dia taknak adik adik dia ada limit in life...kena let them discover things (ada yg daku tak agree bab ni). Dia kata however with the fact that we are muslims, dia dapat belajar lebih lagi psl Islam . I guess selama ni dia hanya tau yg muslims arab yg tak sama dgn muslims dari Asia mcm kita.

How do you feel to have 2 keluarga?
Jawabnya COOL. Boleh cuti ngan mak dia, boleh cuti ngan bapak dia dan adik adik dan enjoy both sides katanya. Yg penting think positive in any situation, then only you can succeed in your life..itu bang lang punya way of thinking.

Sbb tu dia tak ingat bad memories ke ..or apa orang buat ke sbb dia hanya fikir yg positive sahaja. Ni type yg kalau u kerja ngan dia dan fighting for the same job...dia akan buat apa sahaja utk win...ini termasuklah jadi kaki kipas ...tapi one thing, dia mmg bagus keja. Bijak lar orang nya so tak perlu kaki kipas pun..just show his capability dan best man win lar kan.

Tapi this is the type yg neutral..akan kawan dgn semua orang. 
Contoh...bang ngah, dia salahkan mak dia kata childhood dia jd teruk sbb mak dia dan dia banyak traumatise..sehingga ke extend dia bitau daku, dia taknak anak² dia kenal siapa mak dia. Dgn si sulong pun dia tak keep in touch sbb dia masih ingat apa abg dia dah buat kat dia (tapi dia tak ingat plak if daku ada kerek ngan dia hahahaha). Bang ngah back up bapak dia, bergaduh ngan mak dia kata jgn kacau bapak dia lagi pasal duit belanja, dia tak pernah rasa pun duit bapak dia bagi.

Mcm banglang, dia tak back up bapak dia. Dia juga tak backup mak dia..dia neutral. Janji duit belanja dapat dari both side๐Ÿ˜‚

Bang lang ni jiwa kental. Hentam lah dia cemana pun, tegur cemana pun, dia selamba je sengih sengih. Bang ngah ni hati tissu. I guess byk traumatise dan as yg besar, dia yg hadapi mcm mcm, mak hambur semua kat dia..bang lang tak tau apa apa dan tak ingat pun dan dia manja.

Bang ngah ni sbb happy sgt finally duit belanja dapat kat dia (sebab dia kata selama ni tak merasa pun apa bapak dia bagi), till the extend dia kata, bagi lah apa je kalau ada duit, kalau takde duit, dia paham. In which tak pernah jadi lah kan. Bang ngah juga kata tak perlu bagi belanja sbb dia duduk sini dan takde apa nak bayar pun...kalau bang lang ngan sulong tu..selagi leh ambik, ambik..bapak dia short ke apa tak kira, janji bagi duit.

Studying in business management ni, dimana dia di private school..rata rata anak anak have have...style dia pun lain sikit..dia ni more up to date and ikut fashion terkini, music terkini. Jaga penampilan juga. Dan social juga orangnya. Dia boleh berparti sampai 40 org kat apartment sekangkang kera. Bang ngah tak mcm ni.

So semalam dia byk bagi idea utk my youtube channel. Dan suruh daku buat profile utk presentation in which daku rasa bagus juga idea. Ni utk marketing purposes.

Dia kata dia tak kisah orang Msia follow dia tapi kena private ig yg dia akan create. Sbb IG sekarang ni circle dia utk future company he will be working with atau circle of students sekarang. Laki ku kata, kalau companies search his name dan tengok list dia ramai orang kita..takut jadi issue (islamophobia) dan akan effect career dia. Imagine till that extend?

Jadi ini lah bang lang...dia kata above all, family comes first.. kawan ramai tapi family stays the same. Nanti dah tua², it would be fun tengok surrounded dgn  ramai suku sakat (sambil tunjuk adik adik dia).

Ok, lepas ni boleh selamba cakap ngan dia dan laser dia.๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† 


Sunday, June 7, 2020

FIRST SYAWAL (BEHIND THE SCENE)

Syawal tiba. Syawal covid nama diberi. Tapi bagi kami tiada beza sgt. Apart tak dapat raya di embassy. Tiada lawat melawat..hanya kami sahaja. Semuanya terpulang pada daku utk naikkan api Syawal. Pendek kat api apa sahajalah, semua daku kena make initiatif. Supaya amalan Islam kita dan tradisi melayu tidak dilupakan sampai lah ke anak cucu ku yg berlainan culture ni. Lihatlah betapa challengingnya nak kerah memasing posing. Mmg sabar dan sabar. Nasib lah cuaca tak terik keting. Sbb tu kena posing masa pagi hehe. Lepas posing, baju raya recycle semua terbang. NOTE : Video ni dipagi syawal lepas bersalaman ya jadi jgn tanya kenapa tak salam laki, anak dsb.

FOLLOW












Friday, June 5, 2020

MY LITTLE BROTHER

Bismillahirramanirrahim.

Tak adil rasanya kalau tak cerita kelebihan bang lang. Mmg lar bang lang ni sarcastic, pakar kritik dan mcm ada ek sikit...yelah, dia circle dia yg ambik course business management tu  semua anak hangpa orang kaya...dia plak dtg dari broken family...semua buat sendiri. Jadi dia dapat kekuatan dalaman dgn build diri dia jadi mcm tu..sort of like a shield utk diri dia.

Otherwise dia ok je dgn daku dan adik². Mmg lar suka melaser tapi kita boleh laser balik. Dan boleh gelak gelak lagi dgn dia. Kalau dia tak ok, dia takkan selalu datang semenjak duduk Paris ni. Dia juga rindukan suasana keluarga havoc mcm yg kitorang ada ni. 

Mmg perasaan daku all these years yg dorg ni ada perasaan cemburu dgn si Adam..yelah sbb dpt senantiasa dgn bapak dia..dapat kehidupan normal yg mak pak ada..sudahnya si Adam ni jadi bahan utk ditegur, dikritik lar..tapi standard lar jadi adik kan? Kena bahan dgn abg²?

Cuma daku pesan, kalau dah over sgt, jawab lar. Jangan diam je.

Kemuncak yg menyentuh perasaan ialah last week masa both abg nak settlekan pasal study si Adam bdk manja ni.

Bang ngah busy buat permohonan utk biasiswa. Pastu settlekan inscription sekolah si Ida. Bang lang plak at this time, tgk all his contacts yg pernah study dekat sekolah yg Adam dapat offer ni. Yg sweetnya bapak dia kata (who witnessed this)..masa dia contact orang tu, dia kata "need some advise for MY LITTLE BROTHER".

Dan bangga dia as a big brother tunjuk apa dia boleh tolong.

Alhamdulillah..apa apa pasal study yg musykil, daku tanya abg² dorang dua orang ni je. Mcm² boleh tau psl procedure etc.

Kalau budak berdua ni berdendam takkan mereka datang sini..kalau mereka menyampah, takkan mereka ambik tau psl adik² ...

Mmg berlainan culture, berlainan background... tp tiada yg dapat pisahkan mereka dgn bapa mereka atau adik adik mereka...walau berlainan mak. Semuanya terpulang pada diri mereka sendiri..samada care atau tidak. 

Bkn senang utk membuka hati utk menerima ..bukan senang utk sayang bila apa yg dah jadi dimasa lepas. Bkn senang utk menerima anak orang lain yg didikan mereka lain dari didikan kita.

Sbb itu Islam itu indah...mengajar hati utk sentiasa bersyukur dan mengasihani orang lain.




JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...