Sunday, May 30, 2021

IBU SEPENUH MASA DAN HOMEMAKER

Masa.

Sesungguhnya masa ku adalah hanya untuk keluarga ku...yakni suami dan anak anak. Nak nak lagi semenjak Covid-19 melanda.
Jika sebelum ini daku punya masa untuk melapangkan fikiran seketika melalui kerja tourism, berjumpa dengan customers, ....dan adakalanya bila lapang akan luangkan masa untuk berjumpa dengan kenalan.

Seronok memang seronok sebab kerja yang sangat sangat busy ...  Tapi pastinya bila daku balik, semua menanti dan dari kerja, bersambunglah kembali tugas sebagai surirumah.

Valuable time bersama anak anak sangat limited ketika itu disebabkan kebusy an kerja menjemput rezeki. Kepuasan boleh berdikari dan menyumbang kepada kewangan keluarga, memberikan kepuasan tidak terhingga buat seorang ibu seperti daku.

Ini adalah tahun ke 2 Covid 19 bermakna tahun ke dua tourism sektor tidak berfungsi bagi kami. Alhamdulillah daku mencari jalan keluar awal awal lagi sebelum keadaan melarat, iaitu bertukar perkerjaan menjadi seorang youtuber pula. Masih merangkak lagi tapi sabar dan terus berilham, mengeluarkan inspirasi dan idea untuk menghasilkan video yang menarik dengan masa yang sangat terhad. Sebagaimana daku berkerja sendiri didalam tourism dan youtuber, daku amat amat seronok dengan pekerjaan ini yang datangnya dari usaha dan hasil titik peluh sendiri...dimana, jika ada usaha maka disitu ada jalan..dan adalah duit, tiada usaha maka tiadalah duit yang masuk....

Akan tetapi tidak semua orang memahami perkerjaan buat video ini yang menganggap ianya adalah bahan hiburan suka sukaan yang tidak memberikan apa apa manfaat...ini juga adalah tanggapan dan tentangan dari suami ku ketika daku mula berkecimpung di dalam dunia tourism mahupun dunia vlogger.

Little they know, ini adalah penyumbang kepada kewangan kami ...mudah mudahan akhir tahun depan, ianya dapat cover pendapatan kami sepenuhnya seperti tourism sebelum ini yang masyaAllah mengalir seperti air yang tidak putus putus.

Sabar dan terus usaha adalah motivasi untuk diri ku...walau adakalanya tidak mendapat sokongan...hanya kritikan dari yang terdekat...tapi keringkan hati dan kuatkan semangat untuk terus berkarya. 

Konsep utama vlog ku adalah, REALITI KEHIDUPAN. Apa yang berlaku, itulah yang penonton lihat. Ianya dirakamkan secara spontan tanpa skrip dan tiada KEMANISAN YG DIREKA REKA. Mudah mudahan ianya berkekalan menjadi sebuah vlog santai dan realiti kehidupan yang boleh memberi insipirasi dan positive vibes kepada penonton yang melihatnya, aaamiiin.

Dan tidak semua orang faham, betapa pekerjaan ini memerlukan masa yang sangat banyak. Dimana buat masa ini di fasa permulaan,  memang daku tidak boleh skip walau sehari pun untuk berkarya demi untuk periuk nasi kami sekeluarga.

Daku mmg tidak punya masa untuk bersantai santai bersama kawan kawan dan meninggalkan tanggungjawab ku untuk suami dan anak anak. Atau untuk bertemu dengan orang orang mmg tiada masa jika ianya bukan berkenaan dengan kerja.

Sebab itulah adakalanya daku terpaksa tolak pelawaan orang untuk bertemu dan terpaksa kuatkan hati untuk berterus terang yang kami memang mengelakkan dari orang luar bertandang dirumah buat masa ini di kala Covid 19.

Tapi tidak semua orang faham. Tidak mengapa.... priority adalah suami dan anak anakku kerana itu adalah tanggungjawab ku.

Melihat pandangan anak anak kepada ku, betapa mereka mengharap dalam segala hal kepada daku... mana mungkin daku dapat meninggalkan mereka untuk kepuasan hati sendiri bersuka ria di luar....dikala saat saat begini...dan mereka memandang tinggi pada aku, sebagai ibu mereka dan inilah juga menjadikan semangat buatku untuk berkerja lebih keras lagi.

Biarlah apa orang nak kata..daku memang selesa begini...mengosongkan fikiran bagi ku tidak lah bersantai santai seorang diri bersama kawan kawan..... akan tetapi cukuplah dapat keluar sekejap bersama anak anak pun sudah cukup untuk memberi kepuasan dan kelegaan.

Biarlah berkorban, biarlah tidak berkawan, biarlah tidak berjumpa dengan orang...kerana buat masa ini, tempatku adalah dirumah dimana anak anakku dan suami ku menanti...dengan penuh sabar....

Menggunakan saat ini sepenuhnya kerana ianya tidak akan kembali dan pastinya aku akan merindui saat ini bila anak anakku semua melebarkan sayap mereka mengejar cita cita mereka.

Berserderhana dalam apa jua keadaan selepas merasa susah - senang - susah 

I am not rich but I am living a happy blessful life with my husband and kids...alhamdulillah.

Saturday, May 29, 2021

REZEKIMU

Bismillahirrahmanirrahim.

Walau kecewa macamana pun bila tidak mendapat apa yang kita inginkan dan harapkan, pujuklah hati untuk terima dan redho bahawasanya ianya adalah terbaik yang Allah berikan.

Kalau dizaman dulu, zaman jahiliah...akan merungut satu dunia..mengeluh adalah perkara biasa. Semakin berumur, punya anak anak dimana harus memberikan contoh yang terbaik...rumah kata pergi, kubur kata pergi...dan semakin mendekatkan diri dengan NYA, maka bila diberi kan dugaan, cuba berfikir positive. 

Tipulah kalau daku kata tiada sedikit kekesalan, merungut...tipulah. Daku hanyalah manusia biasa yang hatinya masih banyak kehitaman dan perlu di bersihkan. Akan tetapi semakin berumur ni semakin boleh handle perasaan ini berbanding ketika muda dulu.

ISTIGFAR
ZIKIR
DOA...MENGADU DAN MENGADU PADA ALLAH

Tiada orang lain atau manusia lain yang dapat menyembuhkan luka dan kekecewaan selain dari Allah..maka pada Allah jua ku kembali ya Allah padamu.

Hidup ini pastinya adalah pentas dunia dimana akan diduga. Pernah baca tak bagaimana semakin orang itu ingin berubah, semakin hebat dugaanya. Dan pandangan mata kasar kita akan mengeluarkan pelbagai komen. Tapi bagi orang yang mengalaminya, mereka tenang terima dugaan itu kerana darjat mereka sedang di angkat dan bergantung pada mereka lepas atau tidak dugaan ini.

Percaya tak pada rezeki? Kita tengok orang lain senang dan kaya, kenapa kita tak mcm tu? Pasti ada perasaan macam tu kan? Daku juga ada. Tapi sebelum perasaan itu bertukar kepada perasaan dengki yang mengeluarkan "ain" yg tidak baik, cepat cepat istigfar dan beritahu diri, itu adalah rezeki mereka, alhamdulillah dan kita ada rezeki kita juga walau rezeki kita mungkin tak sama nilainya di mata kita.

Dugaan...dari pasangan, keluarga...bila semua dah settle...anak. Daku takut...andainya di duga dengan dugaan yang hebat dari anak anak. Sebab pastinya kita akan lalui semua ini. Tapi daku berdoa dan berharap agar mental dan fikiran ku ready untuk terima dugaan itu dan bijak untuk menyelesaikan dugaan tersebut.

Berdoa supaya Allah jauhkan lah dari perkara perkara buruk. Kuatkan iman dan akhlak anak anakku agar sentiasa kuat berpegang teguh pada ajaran Islam dan ingat apa yang daku dah didik mereka selama ini. Tipulah kalau tak risau...tapi daku serahkan semuanya pada Allah...daku telah berikan mereka didikan yang terbaik yang mampu aku berikan.
Adam...baru nak tulis dah bergenang airmata.
Mama, Ibu semua sentiasa doakan Adam kuat semangat untuk meneruskan mengejar impian...semoga anak mama buat pilihan yang bijak untuk masa depan mu, duhai anakku. Doa yang tidak putus putus untuk mu duhai anak, setiap hari, setiap saat.

Tiada rezeki mu disana, tapi sekarang Allah buka bercabang cabang rezeki lain buat mu duhai anak...bijaklah membuat pilihan...demi masa depan mu.

Friday, May 28, 2021

RAMADAN KE SYAWAL

Jatuhnya Ramadan tahun ini, berbuka lebih awal dari tahun sebelumnya walaupun ianya masih dimusim bunga.

Di penghujung akhir Ramadan, berbuka selewat 9.30malam..dimana subuh lebih kurang 4.45pg.
Ramadan adalah dimana tidur adalah kurang dari hari biasa memandangkan kena bangun sahur dan kebiasaannya selepas tamat sahur dan subuh, daku akan terus berjaga kerana hanya ini sahajalah masa untuk daku dapat berkerja (edit) dengan tanpa gangguan.
Biasanya 7pagi daku akan bangunkan Jade untuk kesekolah, kiss her goodbye dan pesan jangan kecik hati mama tak turun bawah sebab daku sambung tidur lepas tu sampai 9pagi. Yang bagusnya memandangkan tidur lambat sebab Isyak masuk dalam 10,30mlm ketika Ramadan, Syifa takkan tidur selagi daku tak tidur, dan dia akan sama sama ikut serta solat dan tarawih...maka bangun tidur pun 9pagi, dapatlah daku qada tidur sekejap.

Suami ku akan handle dan temankan Jade dibawah sehinggalah dia pergi sekolah.

Aktiviti di bulan Ramadan sangat pack dengan sessi memasak sambil bervlog. Setiap hari pasti ada menu baru yang dicuba dan anak anak sangat gembira sebab bertukar tukar menu. Kebiasaannya hari biasa, seminggu 3 kali akan beli makanan luar...berbeza dengan Ramadan, boleh dikira dengan jari berapa kali kami  beli makanan luar.

Berakhirnya Ramadan bermakna kena adjust balik kepada routine harian..pada ku mengalami kesukaran juga sebab dah biasa dengan schedule Ramadan dimana ketika itu pkp kembali disini dan sekolah online buat semua anak anakku...habis Ramadan, ke sekolah seperti biasa.

Kalau di bulan Ramadan, ada masa seharian untuk dapatkan idea apa hendak dimasak, buat planning apa yang perlu dia buat utk hari tersebut dan hari hari seterusnya....bila selesai Ramadan, awal awal lagi dah kena fikir apa nak masak untuk tengahari dengan masa yang limited, anak anak sekolah, mana yang balik makan tengahari, mana nak handle cik Syifa...jadi daku perlukan masa utk adjust semula schedule.

Begitu juga dengan edit..nampak macam daku tidak punya masa untuk edit video di siang hari bila siang hari sudah dihabiskan samada merakam video disamping memasak, kerja rumah dan anak. Jadi bila masa daku boleh edit. Sebelum tidur sedikit demi sedikit. Dan selepas subuh iaitu 4,30pg, daku akan berjaga untuk focus kerja meng edit sebab dateline ku adalah post video setiap pagi, setiap hari.

Monday, May 17, 2021

SURATAN ATAU KEBETULAN?

Daku kena juga teruskan tulisan ini...bukan hendak mempercayai tapi biar ada nota untuk daku lihat kemudian hari.

Daku agak kerap juga dapat mimpi yang gigi semua gugur terutamanya bahagian atas..adakalanya seluruh gigi. Boleh bayangkan tak betapa paniknya bila kehilangan gigi?

Mimpi ngeri ini membuatkan daku terjaga setiap kali mengalaminya. Kekerapan nya lebih kurang sekali setiap 3 bulan mungkin. Dan daku akan cuba google, saja nak tau apa tandanya...memang mimpi itu mainan syaitan nak nak lagi daku yang iman setebal kulit bawang ini. Bila baca artikel artikel, daku istigfar dan tidak mahu mempercayainya takut, syirik pula kan. 

Kebanyakan menghuraikan bahawasanya ianya adalah petanda buruk yang akan berlaku.

Tak tahulah suratan atau kebetulan, setiap kali daku mengalami mimpi ini, 2 minggu atau beberapa lama selepas itu, ada keluarga, saudara atau sahabat yang secara mengejut atau tidak, dijemput kembali kepada penciptaNya....Allah. Wallahualam.

Dan pada hari ini, sebentar tadi, mata kiri ku bahagian atas tak henti henti berkedip kedip selama 10minit, agak menganggu juga daku yang focus kerja. Menurut artikel dari internet...ia menandakan akan bertemu dengan kenalan yang dinantikan dan dirindukan. Maksudnya berita baik lah. Alhamdulillah.

Baca boleh, percaya jangan, bimbang syirik.

Tapi daku menanti juga selepas mimpi sebelum, dengan mengharapkan ianya hanyalan mainan tidur.

Andainya daku pergi dulu, maafkan keterlanjuran atau perbuatan yang melukakan perasaan pembaca dan penonton samada di blog ku, di vlog, instagram atau facebook ku...minta halalkan semuanya.

Saturday, May 1, 2021

PERCAYA PADA REZEKI ALLAH

Masa positive covid haritu adalah akhir March..awal April.
Disebabkan tidak punya tenaga, berhari hari tak dapat edit youtube channel ku.

Bila dah sihat, daku tengok view dan rating jatuh merundum..begitu juga pendptn.

Masa tu dah lar mood swing sebab covid..jadi mcm down sgt2 (no one knows except my sis)..jadi bercampur baur perasaan down, sedih...dan rasa nak give up pun ada.

Tapi pujuk hati dan cakap Ya Allah pujuklah hatiku untuk redho Ya Allah..andai ada rezeki aku, adalah..redhokan lar hati aku utk terima rezeki darimu Ya Allah kerana telah tertulis semuanya.

Jadi daku mulakan kembali berkarya dan menghasilkan video. Ambik video is one thing..memikirkan content is one thing. Utk meng edit (walau video2 ku adalah simple) memakan masa berjam jam. Adakalanya sampai 2pagi baru tidur sbb settlekan Syifa dulu dan siangnya tiada masa utk edit.

Kena pula on and off edit sebab daku seorg surirumah juga yg kena settle anak2 dan rumah.

Kemudian Ramadan tiba dan daku teruskan kerja seperti biasa, enjoying what I do dan disamping tak henti henti berdoa supaya Allah bukakanlah pintu rezeki seluas luasnya...aku buat semua ini utk bantu suamiku dan untuk anak anakku Ya Allah.

Dan ini adalah keajaiban dari Allah. Walau daku bangkit kembali di bln April hampir pertengahan bulan..tp Allah juga telah turunkan rezeki ku tak henti henti di bulan Ramadan ini.

Dan ianya belum berakhir dan more is coming from Allah.

MORAL OF THE STORY
❤Jangan putus asa bila kita tak dapat apa yg kita inginkan.

❤Ajar hati utk redho

❤Jangan cemburu dengan orang lain.

❤Perbaiki amalan, percaya pada aturan Allah.

❤IKHTIAR DAN TERUS USAHA.

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...