Saturday, May 30, 2020

BONDING

Petang petang biasanya kami buat bbq belakang umah.
.
Sbb tengahari agak panas๐Ÿ˜…
.
Bila MCO start aritu sampailah dilonggarkan...adalah bonding time buat bang ngah utk spend masa lebih dgn bapak dia...adik2..mak tiri๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
.
Dah makin lembut hatinya..tolong sediakan meja masa makan..kemas lps mkn..main ngan adik2..alhamdulillah.

Semalam utk pertama kalinya daku tanya dia ada apa apa nak tambah tak dalam list..nak beli barang esok. Mcm terkejut kot.

Daku nak dia rasa dihargai dan rasa yg daku layan dia mcm daku layan anak anak ku yg lain. Awal dia bangun arini. Bapak dia dah cakap 9.30am kena get ready. 9.20am dia dah terpacul.

Menunggu si Adam lak yg last minute nak join, menunggu dia plak. Daku riso orang ramai sebab Ahad, kedai bukak sampai 1pm je, kalau lambat sure ramai orang.

Surprisingly tak ramai. Bawah Syifa sekali sbb kakak kakak masih tido. Suka dia dapat keluar. Memula macam terkejut, duk diam for 30min dan mcm bercakap cakap tunjuk itu ini..cepatlah cakap nak, baru mama faham apa yg kamu nak sampaikan.

Lepas 30min, dilepaskan keluar, nah kau berlari dia. Nasib ada abg Adam, tukang jaga.
Senang bawak bujang², daku tak perlu pening kepala as usual sesorang cari barang, keluarkan dari trolly, packkan dalam bag (ya sini sila pack barang sendiri).
Lepas tu singgah kedai lagi satu beli frozen vegies. Tersilap tgk harga salmon, ingatkan 25eu, rupanya 49eu cisss dalam keta baru perasan huuuu.

Arini bajet shopping adalah bajet anak ramai. Beritahu hati, takper, Allah bagi rezeki lain nanti, jgn berkira. Aaamiin.

Bang lang arrived dalam 12.30pm. Kami lunch di depan homestay baru. 
Petang, time utk daku rehat rehat. Tiba² tekak rasa sgt² gatal..keep on coughing seteruk teruknya. Minum air, tak gak reda. At one point, Ida kata mesti mama nak muntah...and yes I did..termuntah a bit on my pants (air je) dan the rest tahan dalam mulut dan berlari ke tandas.

Malam ni rasa mcm nak demam. Tak tau lah sbb pshchologically rasa bang lang ni bawak virus ke apa, sbb tu jadi mcm ni.

I keep telling my kids, jgn ingat yg bukan² each time they complain allergik ..you dont think much, then you wont have it, it's only in your head...so now I am telling myself the same thing.

Malam, told the guys, masak sendiri ya sbb daku dan Ida taknak makan. Maka masaklah si bang ngah utk all the guys ... daku melepak kat homestay, takmo tgk nanti nafsu makan datang hahah.

Yg sweetnya bang ngah ni siap tanya kenapa daku dan Ida taknak makan..dia masak ni...alahai anak omak.

Dan yg bestnya all the boys (aku rasa bapak dia relax abes), cleared off what they did...kemas meja makan...basuh semua periuk belanga (even yg daku tak sempat nak basuh)..bersihkan dapur ku (si Adam ni rasanya).

Alhamdulillah syukur.

Friday, May 29, 2020

NASIHAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Walau tua mcm mana pun
Walau berilmu mcm mana pun
Walau rasa dah diberi hidayah mcm mana pun

Akuilah...kita masih perlu dinasihati.

Walau kita dah berumur
Walau kita dah jadi mak atau ayah
Walau kita dah jadi nenek

Kita adalah manusia
Yg kerjanya buat kesilapan

Jgn fikir diri sudah bagus, mendongak ke langit
Dinasihat melenting

Fikir sbb dah dapat hidayah maka tidak layak diberi nasihat.

Andai begitu...andai tidak boleh menerima nasihat orang..dan hanya fikir layak memberi nasihat maka hidayah itu belum betul betul sampai.

Hidayah itu adalah bukan sahaja ingat pada Allah ...tapi beringat² juga akan kata kata dan kelakuan pada orang sekeliling.

Sbb kalau bila fikir ingat pada Allah tapi bersikap zalim dgn orang lain... sah lah diri tu bukan betul² baik.

Towards the end, kita hanya lah manusia..yg buat kesilapan. Dan memerlukan bimbingan dan nasihat dari orang lain.

Daku adalah diantaranya...dan syukur alhamdulillah byk aura positive sekeliling yg sentiasa mengingatkan dikala daku dikegelapan...keresahan..kerunsingan.

Saturday, May 23, 2020

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI



Laki ku ada je tu hah. Sengaja tak masukkan dia dlm gbr atau video..tak kuasa mak๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
.
Selamat Hariraya Aidilfitri buat keluarga tercinta di Malaysia..tak dapat kita jumpa tahun ni..cilako punya Covid19..bawak suwey tol๐Ÿ˜…
.
Buat semua sahabat handai baik di alam maya atau di alam nyata.
.
Terimakasih atas sokongan dan kata kata semangat anda semua pada kami sekeluarga...kata kata semangat dan sokongan andalah yg menjadikan kami lebih kuat dan ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya.
.
Doa kami utk anda yg sgt baik hati ini..semoga Allah merahmati anda semua dgn limpahan rezeki dan rahmat yg tak terhingga..aamiin.
.
Maafkan andai ada coretan yg menyinggung perasaan tanpa daku sedari selama ber post disini.
.
Akhir kata
SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
.
Stay home
Stay safe.


GOODBYE RAMADAN

Hampir sampai ke penghujung Ramadan.

Alhamdulillah konsisten anak anak tarawih tahun ni since day 1. Cuma termiss malam nak puasa tu (sbb mama tak alert).

Terimakasih my dear sister yg guide me how to do tarawih with my family. Been ages I dont remember when daku tarawih. Mmg betapa berkatnya Ramadan kali ini.

Sekarang Subuh 4.30am dan akan makin cepat. Anak anak kekadang kata penat, tak cukup tido. Daku cakap lar.. halo, bukan pegi sekolah pun, Allah mudahkan kan puasa kali ni.

Syukur alhamdulillah Ya Allah. Amat bermakna Ramadan kali ni. Di khuatiri pula tahun depan mcm mana. Mampukah aku dan anak anak melaksanakan Ramadan seperti tahun ini ?(solat tarawih, tido lambat) knowing that tahun depan adalah waktu bersekolah bila Ramadan tiba.

Start masak only at 7pm. Bila anak tiri ku dah habis bake cake utk dessert.

Sambil masak pasang lagu raya. Mula  mula tu hati sebak lar jugak. Teringat zaman sekolah dulu..the feeling masa nak raya..mak masih ada...mak yg uruskan semua dan bitau apa kena buat. Bersihkan cermin tingkap, sarung kerusi semua kena tukar. Alas meja kena tukar. Bekas kuih raya kena keluarkan, basuh, lap dan letak kuih muih.

Oh mak..berbahagialah dikau disana mak...mak sekarang ditpt yg lebih baik. Tapi tak dapat hilangkan rasa rindu yg tak terhingga pada mak, mak. Terlampau byk yg ingin ku sampaikan pada mu mak...betapa aku cinta dan kasih pada mu duhai mak..betapa aku rindu padamu. 

Maafkan aku kerana tidak melayan mu sepatutnya mak..I was too young, too busy mencari arah sampai tak fikir perasaan mak. 

Mak...moga kita bertemu di syurga nanti mak. Nak peluk mak kuat kuat..nak bitau mak betapa rindunya pada mak...betapa cintanya pada mak.

Mak dah tinggalkan kenangan yg amat terkesan didalam sanubari, mak. Kenangan indah berpuasa, beraya dgn mak...andailah boleh diputarkan kembali masa... I would have.

Al fatihah buat mak ku...Aili binti Abdullah. Damailah engkau disana mak...

Thursday, May 21, 2020

RESEPI CRISPY BUTTER CHICKEN

Daku ni masak yg sempoi sempoi je.

Yg rumit rumit ni mmg boleh kira dgn jari lah.

So here is my simple resepi, Crispy Butter Chicken. Tepung daku guna Tepung Goreng Berempah. Blh dapatkan dgn contact number ni ya Whatsapp 0133422627


IKHLAS



Saw a  video on Fb dari 
Ustaz Muhammad Yaakub.
.
Antara kata kata beliau
Andai kita tidak dapat membuat kebaikan..jgnlah kita menghalang org lain dari membuat kebaikan.
Siapa yg suka menghalang manusia dari melakukan kebaikan? IBLIS. 
.
Jadi check hati balik adakah kita tergolong dari golongan Iblis.
.
Soal ikhlas atau tidak kebaikan itu adalah urusan Allah. 
Kita tak layak pun nak menghukum org lain.
.
Ok buat yg tertanya tanya mana lakiku masa daku ambik gbr solat..gbr tarawih. Ada yg curious dan menjatuhkan hukuman.
.
As much as I can..ada things yg I share dan things yg I dont share with public..yg too personal dan biarlah daku simpan sendiri kenangan itu.
.
So mcm dlm gbr ni..ada je laki ku..sama mcm dlm video dan gbr2 lain cuma daku tak tunjuk.
.
Fikir baik2..doakan yg baik2 buat kami ya dan moga Allah merahmati sahabat2 semua..aamiin.
.

Tuesday, May 19, 2020

POSITIVE SIDE

Harus daku akui..alangkah indahnya fasa COVID ni.

Anak anak boleh focus Ramadan. Boleh tarawih. Ini adalah pertama kalinya anak anak buat tarawih, syukur alhamdulillah betapa banyaknya keberkatan Ramadan kali ni. Tidak perlu rush, tidak apa yg nak dikejar. Hanya focus pada family. Mmg lah berkerja sebagai entrepreneur di bidang tourism, terjejas teruk dgn no income. Tapi daku pasti bukan daku sorang sahaja effected. Pastinya ada ramai lagi terutamanya dinegara tanah tumpah airku yg sudahlah tiada punca pendapatan, savings pun tiada.

Daku at least ada letak ketepi duit (savings) sepanjang berkerja lepas balik Malaysia sampai sebelum kena lockdown business.

I must say when things are back to normal insyaAllah...I am gonna miss this moment. We will all miss this moment. Sbb mmg amat jarang punya masa begini. Amat jarang boleh lepak lepak no stress dgn anak anak.

Apa activity daku apart memasak, mengemas, monitor anak anak belajar, jaga Syifa? Im focusing on doing VLOG...well..trying. Dan daku focus on editing dan post ke youtube. Daku juga in charge of doing marketing utk promote business food delivery ayah dan mama di Malaysia.

Utk buat semua ni, kena ada masa utk focus. Tak blh diganggu. Alhamdulillah ada anak anak yg menolong. Daku biar dorang focus online class dulu, homework dsb...once dah habis, dorang akan jaga Syifa, taking turn dgn bapak dorang. So inilah masanya daku focus utk buat editing, marketing dsb.

Daku juga note down segala idea yg ada utk jana pendapatan. Idea ni biasanya datang bukan masa depan laptop..ianya datang bila bila masa contohnya masa tengah masak, tengah bagi anak makan... tengah sidai kain. Sbb tu daku sentiasa ada kertas dan pen disisi. Sbb kepala ni dah tak boleh nak simpan idea sgt...cepat lupa.

Thursday, May 14, 2020

WANITA


This is typically moms. I can relate to it. Betapa hebatnya wanita, Allah jadikan. Being able to multi tasking. 

Siapa kata wanita berkerja lagi hebat dari wanita stay at home. Salah. Wanita tak berkerja juga tak kurang hebatnya. They sacrifice their life utk focus pada suami dan anak anak. Life diorang apa? Routine, kerja rumah, masak, anak, suami. There is no end to this routine. Yg sedihnya, ramai yg sampai tak terjaga diri sendiri. 

Dan seringkali disalahkan bila laki cari lain. I used to have this perception too, till I became and mother and experience it myself. Kerana terlampau busy dengan orang lain, sampaikan utk diri sendiri tiada.

Last year balik Malaysia, masa pegi restoran ni, daku nampak this family...young couple. Anak kecik lagi. Suami masih segak, jalan bukan main gah tinggalkan bini terkedek kedek kejar kat belakang sambil dukung anak. Bini nya dah out of shape. Mentality orang kita akan cepat judge dan pandang rendah pada isteri. Perempuan gatal akan menggeletis nak tunjuk howt tengok laki orang handsome dan akan salahkan bini tak pandai jaga badan.

I looked at her with amazement. Lady, you did a great job, taking care of your husband, your house, your child. May Allah grant you heaven for your sacrifices.... berkata kata didalam hati.

Wahai wanita...adakalanya sedih memikirkan nasib wanita...yg sebelum dapat, dipuji melambung, dimanjai...bila dah jadi isteri, dilayan seperti maid, semua kerja rumah dibebankan dibahu. Duhai anak anak, duhai adik adik...jgn di impikan hidup seperti dalam drama tv atau dalam khayalan dimana anda sentiasa dipuji, dimanjai...akan tetapi bersedialah utk menempuh cabaran bersama seorang lelaki bernama suami dimana, majority menggunakan ugama utk menundukkan mu walhal mereka sendiri ugama pun masih cetek.

Kuatlah duhai wanita.... adakalanya kena fikir positive...do it Allah, not becoz of manusia...and the pain we are feeling, slowly will disappear.

May Allah bless all the great women and moms and daughters out there...aamiin.

STAY AWAY


Terpulang pada setiap individu. Ada yg rasa negative ppl ni adalah sebagai satu challenge that they love to deal with. Mereka adakalanya mengkritik orang lain yg tidak menerima negative comment, menganggap, hanya mau yg indah indah sahaja dan tak terima apa orang kata.

My personal opinion, myself.... daku mmg tak gemar dgn orang yg suka mengkritik openly. Already at the first place, mengaibkan orang (sbb kritik publicly), menunjukkan aib sendiri dgn unacceptable manners as a muslim...pastu tak kenal orang tu dan sukahati mengeluarkan pendapat...mmg perangai longkang lar I must say.

Jadi daku, disocial media...mana mana yg negative berbaur dengki dan sakit hati tu...daku baca sikit, lepas tu daku akan delete dan kalau rasa si polan ni fake user yg kerja nak menghentam orang je..daku blok.

Why would I poison my mind with these kind of people? Life is too beautiful to be effected oleh orang² yg ada masalah jiwa mcm ni.

I used to care so much what ppl like this cakap..sampai it effected my emotions and how I am with the ppl closest to me (my family).

Then I realised, toxic ppl ni, tak perlu di ambik pusing apa dorang cakap...sbb actually dalam kehidupan seharian, takde apa yg luak pun dalam hidup kita... hidup ttp mcm biasa...bisness mcm biasa...hubungan anak anak mcm biasa...jadi kenapa nak destroy the happiness sbb mangkuk mcm ni?

So that is why I chose to ignore...delete and block.

Sebab the rule is simple...pegi rumah orang, jaga adab. Samalah disocial media. Menempel kat social media orang, lagi mau hambur orang? It clearly shows yg they dont have adab sebagai seorang Islam. Salah mak pak mendidik atau mereka yg bebal? Wallahualam.

Moga dibersihkan hati kita utk berfikiran positive dgn sekeliling...aamiin.

Wednesday, May 13, 2020

FRIENDS



Selama daku duduk diperantauan, most of my years, daku spend dgn kawan alam maya. My good friends, mutual friends, semua di Malaysia. The one I really share unforgettable moments. May Allah bless them all, aamiin.

Jadi, duniaku hanyalah suamiku, anak anakku, mentua ku. Nak berkawan baru, suami ni agak particular bila scan orang. Ada je tak kena.

To me simple. You are who your friends are. Nak tgk your akhlak, lihatlah kawan kawan mu.

As for now, I am surrounded with true, genuine friends walau ada yg hanya di alam maya, tapi their support and doa for me, my Syifa and my family, buat daku feel I am one of the luckiest person in the world. Imagine with setiap doa yg daku tulis buat anak anakku mahu pun keluarga ku ...seluruh kawan alam maya mengaminkan.

Ada yg they never met me tapi their support towards me mmg unbelievable...semoga Allah merahmati anda semua wahai sahabat.

And of course...kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Akan pastinya yg membenci. Tapi think positive. 80percent supportive...dan haters hanyalah 20percent. So why worry about the haters? Just let them deal with HIM the Almighty buat mereka yg pernah mengeluarkan fitnah atau kata² kesat.

I do not regret the friends that I have lost...sbb I can only see the positive side of it.




Tuesday, May 12, 2020

2ND DAY

Hari ini adalah hari ke 2, MCO/PKP tamat. Boleh keluar tapi dgn strict measure.

Respecting the social distancing. 

Jadi harini adalah masanya finally daku keluar bawak my girls, kasi tukar angin lepas almost 2 bln berkurung.

Dalam kedai daku pegi, hanya 50 org dibenarkan masuk at once. Kena queue lar. Lepas tu masuk, kena spray tangan buat yg takde gloves. Trolly tarik dorang spraykan pemegang.

Out of 4 Mc Donald berdekatan our area, only 2 beroperasi, only for take away or delivery service.

My kids basically sgt gumbira musim MCO ni sbb no rush. Hanya perlu siapkan daily kerja sekolah. Adam pulak ada test online arini. 

Alhamdulillah, Allah telah permudahkan urusan ku sebagai pengusaha sektor tourism tatkala kesulitan di musim Covid ni. Terimakasih Allah.

Daku biasanya samada end of the day atau masa tengah termenung, akan terfikir, dosa² yg daku dah buat. Kata kata atau penulisan yg terkeluar. Mungkin dikala meluahkan perasaan, berbunyi sedikit hasad dengki atau berprasangka buruk dgn orang lain...astaghfirullahalazim. Mmg selalu ada perasaan mcm ni.

Daku ni adakalanya mulut bising je tp lepas tu cepat memaafkan dan kesiankan orang. Walau ended up orang ambik kesempatan.

Mmg frustrating tp cuba berfikiran positive.... do it for Allah. 

DUA CULTURE

Bila daku sangkakan dugaan membesarkan anak anak dgn gabungan dua culture, pengaruh abg abg lain ugama itu sudah tamat...ianya jauh dari tamat. Dan I suppose ianya akan berterusan sehingga ke akhir hayat.

Mungkin suatu hari nanti mereka akan terpilih mendapat hidayah Allah..aamiin..tapi walau pun tetap akan ada bercanggah pendapat dan idealogi ...which is normal.

Adam... daku personally think dia ni adalah cabaran utk abg² dia. Jadi adakalanya dorang ni suka nak perlekehkan dia. I have seen this masa anakku kecik..nak membuli. Raised from asian muslim mom...character reserve tak banyak cakap tu adalah anakku. Masa kecik, kena buli, dia ingat abg² dia main dgn dia...so I make sure sentiasa ada dekat anakku Adam bila abg abg dia datang cuti.

Even dah besar panjang pun ada je nak perkecikkan anakku. Sebagai mak, of course daku akan sentap. Walau daku tahan lar. In a way, ini adalah training buat anakku jumpa ppl yg mencabar dan annoying. Sbb once dia enter dunia sebenar, akan ramai lg manusia lagi annoying dari mamat dua ekor ni.


Sorg lagi character suka kritik. Ada je benda dia nak kritik..mmg boleh apply pakar pengkritik. Tapi yg bagusnya kental..kita boleh kritik dia balik dan gelak gelak hehehe.

Lagi sorang ni mamat lembik. Terlampau fragile. Cepat sentap. Mmg lar sebagai abg, kena tunjuk bagus..walau sebenarnya tak berapa bagus pun.. ni buat daku gelak jugak kekadang. Rahsia ko dari kecik semua dalam kocek aku lar...

I had to tell my kids, lain kali boleh jawab tak, jgn diam je. They must learn  utk defend diri dorng. So now I am seeing them started balas balik bila abg dorang cakap yg entah apa apa atau kritik dorang ke or complain ke. 

Stand for your rights, my dear kids.

Tapi adakalanya wonder..kenapalah mcm ni eh. Anakku tak cari pasal pun..buat hal sendiri je kot. Rasa tercabar ke apa? Then daku fikir...mestilah mereka cemburu dgn anak anakku. Sbb hanya anak anakku merasa sepenuh kasih sayang ayah mereka...or dorang ni.. dari kecik terpisah dan tak pernah hidup sepenuhnya dgn ayah dorang. 

Karakter pertama dgn ke dua ni sama walau dari lain mak. Sbb mak bapak dia berpisah masa dorang kecik. Jadi karakter mereka, emotionally unstable, cepat sentap, mentally weak dan mudah give up.
Cuma yg pertama tu kiranya dah berjaya lar, dah jadi It engineer. Though his couple life went down hill for the moment.

Duhai anak anakku...kekuatan mental, mama kena ajar korang... kerohanian korang, mama kena isikan juga. Dgn harapan kuatlah korang semua utk defend diri korang tanpa mama around nanti.

Semoga Allah berkati kamu semua duhai anak anakku.

Sunday, May 10, 2020

09 MAY 2020

Bila daku tgk betapa meriahnya orang disana berbuka. Mcm mcm food delivery ada kalau malas nak masak. Bukan setakat tu, dgn dessert pelbagai mcm lagi.

Kami yg diperantauan ni hanya mampu tengok dan telan air liur. Sebab tu rata rata my fellow perantauan friends, cuba belajar buat sendiri, masakan atau kuih muih sbb mmg tau tak dapat dinegara yg dorang duduk.

Harini cuaca mendung dan hujan. Maka tak dapat nak sidai kain kat luar. Sidai dalam umah je kat basement. Bukak tingkap. Bayangkan berapa byk hari sgtlah dapat matahari yg terang benderang. Baju biasanya guna dryer. Tak sama bau dia bila kering naturally atau dgn dryer. Sbb tu daku kalau lipat kain, daku bau dulu kain tu hehehe sebab best.

Anak anak.
Pagi daku kena briefing dan ingatkan kat group kerja masing masing. Pastu akan thick dan pangkah mana yg tak buat. Jaga Syifa pun diagihkan. Kena biasakan abg dia jaga juga. Taknak lepas tangan.

Tuan tuan dan Puan puan. Marilah kita didik anak lelaki kita supaya kita break that TRADISI dimana lelaki suka melepaskan tanggungjawab pada kaum perempuan. Marilah kita didik anak lelaki supaya tau buat kerja seperti anak perempuan kita jua. Sbb perempuan zaman sekarang ni sama sama berkerja, bukan lagi mcm zaman moyang kita dimana kaum lelaki sahaja yg membanting tenaga. But still, even isteri tak kerja, tak bermakna she is your kuli.

Bulan puasa ni daku start ke dapur hanya bermula dari 7mlm memandangkan bukak puasa makin lambat yakni 9lebih.

Pagi tadi beli barang barang rumah. Rata rata orang pakai mask buat sendiri. Kecuali orang orang tua yg dimana mereka boleh dapat percuma dari mayor's office. Tiada queue utk masuk dalam. Tiada orang check temperature, tiada orang bagi sanatizer. Hanya notis social distancing shj.

11 May adalah tarikh dimana french gvmt akan membenarkan rakyat keluar tapi kena pakai mask dan ada certain condition. We decided tidak akan keluar on that day sbb itulah masanya manusia akan keluar beramai ramai lepas berapa lama kena kurung. Dan pendapat kami, inilah masanya the spreading of the virus akan menjadi lebih hebat.

Dan hasrat nak balik Malaysia nampaknya tipis tahun ni sbb flight keluar France pun tak taulah bila. Dengar cerita akhir July probably baru dibenarkan.

Friday, May 8, 2020

THE CHOSEN ONE

19 May 2019

A week after I had her and the doc announced the result of the blood test which came out positive, I broke down and cry myself out during days.
.
When the doc list out all the plan of therapies she must go ...mcm carta..dah lar baru announce the news...terus keluar carta..mmg kepala tak blh nak hadam..masa tu mcm dgr tak dgr..mcm my body is here but my soul is somewhere else.
.
All the cost that will occur for the therapies... I told myself..nampak gayanya tak dptlah bawak anak anak balik Malaysia, looking at the list of expenses.
.
Percaya ini semua adalah hikmah walau very hard to swallow..keep asking Allah..ajarlah hatiku utk redho Ya Allah..ajarlah hatiku utk redho...beritahu diri I am the chosen one..I am the chosen one terimakasih Allah tidak pernah melupakan aku.
.
I picked up my broken pieces..gather myself dan start to work after 2weeks of just delivering Syifa in this world. Dgn rasa nak pitam tp jalan slow2 pakai bengkung moden sbb perut rasa nak barai๐Ÿ˜… .
Started to do my marketing all out for my tourism service.
.
To my surprise..rezeki melimpah ruah..for the first time I work and could afford pay the most costly holiday I ever had for my family.
.
Maka nikmat Allah manakah yg kau dustakan?.
.
Anak istimewa itu bukan kesedihan..bkn menyusahkan.
.
Allah pilih mak ayah mereka utk naikkan darjat. Allah pilih mereka kerana mereka istimewa. Allah pilih mereka dan lihat samada mampu atau berjayalah mereka memegang amanah menjaga hadiah dari syurga itu. Bkn mudah tuan puan nak dpt hadiah dari syurga ok.
.
The hell apa org nak ckp..pedulikkan..bkn ko bg aku duit nak bayar therapy ke expenses ke kan..so keep your nasty remark to yourself only..no need to tanya benda yg tak sepatutnya not your own problem pun.
.
And look at this angel...I could only see her sama seperti anak anakku yg lain. Sama nakal sama comel sama cerdik...cuma perlukan extra effort shj for her development.
.
Terimakasih hadir dlm hidup mama..terimakasih sbb ajar mama erti bersyukur..terimakasih sbb ajar mama akan nikmat Allah yg seluas lautan.
.
I look forward for years of adventure with you my dear little love....Anna Syifa, si permata syurga.
.
#annasyifahadiahdarisyurga

07 MAY 2020

Daku decided utk berjaga lepas Subuh.

Bangun 3.50am, prepare makanan. Kami disini makan sgt simple. Mereka mereka terutamanya my girls, perlukan pasta utk isi perut, utk berpuasa selama 16jam lebih. Bila dah siap, baru bangunkan dorang. All prepared. Biasanya lepas makan dorang kemas pinggan sendiri. Bila mana biasanya lepas berbuka, masing masing ada tugas masing masing, daku dah masak, that s it..berbeza dengan sahur, daku kena buat sendiri. That is find sebab I know anak anak penat.

Lepas Subuh which is close to 5am, daku decided utk tidak tido. Inilah masanya daku melaksanakan segala idea yg ada didalam kotak kepala. Bukan senang nak ada masa yg sgt aman dgn cuaca nyaman dipagi hari tanpa sebarang gangguan. Mmg boleh buat kerja dan menghasilkan kerja tgn yg berkualiti.

Berdoa agar diberikan kekuatan utk berjaga harini sebab tak cukup tido. I think ini adalah masalah semua kaum ibu. Tahniah wahai ibunda semua...patutlah Allah letakkan syurga di bawah tapak kaki Ibu sbb pengorabanan Ibu ni mmg tidak ternilainya. Sbb itulah ibu mmg berhak diangkat darjatnya.

Daku tido semalam pun 12.30am. Sebelum tido, update dulu sebarang iklan yg haru dibuat utk branch Nasi Ayam Paris di Malaysia. Anda boleh follow Insta atau FB berikut
  • @nasiayamparis (original by me)
  • @naisayamparisversimama (branch KL Selangor by ayah dan mama ku)
  • @nasiayamparissu (branch area Sg Buloh, Shah Alam dan sekitar dari makcikku yakni adik bongsu ayahku)

12.30am tido
3.50am bangun. 

Berapa jam sgt aku tido eh. Takper aku kuat..Allah bagi kesihatan. Time MCO ni lah kena find solution utk jana pendapatan. So bila apa apa idea yg ada, kena curahkan cepat sebelum terlupa, almaklumlah kertu.

Cik Syifa bangun dalam waktu yg sama yakni 8pg. Bila bangun ni dia tak berapa ada selera nak makan. Kena tunggu dan bagi masa utk dia warm up. Semalam tak berapa ada selera nak makan masa malam. Melalak je masa nak berbuka..stress betul. Tak taulah gigi taring nak keluar 2 serentak ke apa. In this case mmg org lain surrender..daku gak kena pujuk..bukak puasa mmg akan terbantut nak makan disebabkan tantrum Syifa. Maka selera pun tak berapa ada sbb dah spoil the mood.

5.30pm dah settle keja yg sepatutnya, I took a nap. While Jade sapu krim dan urut my kaki. Mmg siok oo. Dia notty skang, siap ambik gambar mak dia pastu hanto kat daku. Alhamdulillah dapat juga rehat like 1jam. Pastu bangun, gosok baju. Malam ni malas nak masak so order fast food halal in our town. 

Adam jaga anak longest time arini selepas ditazkirah. Anak anak ni mmg kena senantiasa diingatkan sbb mudah lepa. The thing dgn being a guy, ego dia tinggi. Dan segala benda semua kena cakap. 
So daku duduk cakap ngan dia.

Kamu selalu komplen pasal bapak kamu kan?
Tapi kamu tau tak kamu pun menunjukkan attitude mcm tu juga? Semua mama kena cakap. Tak cakap tak buat..betul² mcm bapak kamu. Jadi kamu nak terus jadi mcm tu ke sampai ke tua?

Dia boleh kata, bdk lelaki besar dia mana ada kena basuh periuk belanga, dapur mcm dia. 
Cemana tau? Sbb kawan² kamu tak buat benda² mcm tu ke?

Cuba tengok adik kamu. Mama tak perlu cakap. Dia akan datang sendiri pada mama tanya blh jaga Anna. Boleh tolong apa. Sentiasa ada dengan mama.
Diam dia. Just sbb ada exam besar, bukanlah excuse tak buat apa² sbb kesian adik kamu korbankan masa belajar dia where else kamu boleh focus study, sbb tu result excellent.. tpi bila ada masa luang, apa salahnya tolong kat umah kan. Ni tidak, masa terluang, priority main game atau exercise. Agak meluat jugak lar.

Jadi mak ni mmg kena sentiasa berleter sbb nak jadikan dorang semua ni ORANG. Jangan dah bsr menyusahkan hidup anak orang, menyusahkan orang.

Alhamdulillah Syifa sihat harini, makan berselera. Dan sbb suap dia awal waktu, jadi dia tak buat perangai. Dan kami pun dapat makan dgn peacefulnya tanpa telinga bingit dia melalak. Probably juga sbb bagi dia ubat..gigi taring nak keluar kot must have hurt her so much.

Malam plak, I relaxed myself lps Maghrib sementara tunggu Isyak. Put my hp away, peluk² dia, usap² dia...duk pandang je muka daku ni. Mcm pelik "pehal mak aku malam ni". Then lepas tu tido. Awal tu tido 10.30mlm.
Maka hip hip horay kami dapat jemaah Isyak dan tarawih tanpa gangguan dia huhuuuu alhamdulillah.



Wednesday, May 6, 2020

06 MAY 2020

Alhamdulillah dipermudahkan urusan hari ini walaupun stress dgn Syifa.

Time berbuka adalah time dia tantrum...lately. Mmg gigi taring ada satu keluar. Probably kat atas dua nak keluar serentak. Itu tak nak ini taknak. Bingit telinga jadinya, boleh jadi sress dan naik angin. Tried to control my anger. 

Hubby helped to calm her down once he finished eating. Kali ni bagi relax Ida sbb setiap kali dia yg kena jaga masa berbuka, sambil suap adik, sambil dia makan. Adakalnya daku risau juga dgn Ida ni...takut sbb the responsibility she is carrying is too much for her age. Takut she cant cope with it. Sbb apa apa mmg daku rely on her coz she is doing it naturally. Tak payah suruh, dia tau automatically what to do. Jadi hari ni, daku biar dia enjoy her buka puasa, next to Jade.

The thing dgn Ida ni. Bila kita mcm let her in peace..lepas tu dia akan cool dan good mood.. She will ask me what she can help, will offer me for massage etc...anak solehah.

Today, after I settled what I was suppose to do, she asked me to baring di sofa. Utk wax my kaki yg bulu mcm malu malu kucing hahaha. Dia komplen lar mcm takde je. Yelah mak kamu ni byk warisi belah arwah nenek kamu, darah cina. Vulu ketiak ke, vulu kaki ke mcm hidup segan mati tak mahu heeeee.

I started doing vlog arini..I mean more detail. Of my day from early morning dan managed to do it sampai ptg sahaja sbb lepas tu tak terkejar nak buat kerja.

Jadi pada yg berminat nak tgk my daily journal in form of videos, boleh visit my youtube channel dgn KLIK SINI

Alhamdulillah dipermudahkan urusan mengerjakan Ramadan dan tarawih. Masih byk perlu diperbaiki. Api cepat marah dan baran, kena belajar redakan. Dan I should learn to have more respect to other people's feelings terutamanya the people close to me ... my husband, my kids, my family.

Sbb you tend to respect more your friends, talk to them nicely but the other way round dgn family sendiri....shame to say... I am like this...walau sayang dan cinta sebenarnya sgt dalam...dan semua yg terkeluar bukanlah yg ada di hati.

Astaghfirullahalazim. ...hanya ini yg mampu ku ucapkan senantiasa dan didalam doa. 

Ssh nak tido lepas sahur dan subuh..nak berjaga, takut during the day tak punya tenaga sbb ada anak kecik.

Terlalu banyak idea, terlampau banyak project in mind...but I didnt have that much time. 1 hour is maximum peace of time..sbb kena kerja sambil jaga Syifa. Abg kakak are all busy with online homework....leaving me most of the time.. to handle Syifa. But kak Ida selalu datang to the rescue.

Ya Allah, aku redho akan anakku Ida Aili
Maka aku mohon keredhoan Mu Ya Allah pada anakku Ida Aili
Aamiin.

Monday, May 4, 2020

JADE

Jade Nur @jaddycutiepie2011 
.
Im so proud of you. Full day fasting, completed 5 x solat and tarawih.
.
The beauty of MCO. When all back to normal..we surely gonna miss this MCO moment where dapur berasap setiap ari...you get to be with your family 24h/day.
.
We said NO for Jade to go to school when they will open on 11 May. 
.
Probably gelombang lebih teruk lg sbb semua akan keluar beramai ramai OMG. Lakiku dah warn..duduk umah dediam masa tu dan for awhile.

TIRED

Sayang kekasih hati.
.
Ada dia ni merubah segalanya.
Ada dia membuatkan daku lupa pengalaman ada anak kecik dulu.
.
Ada dia mengajar apa itu syukur dan sabar.
.
Lps MCO tak taulah kami survive ke tak makan kat resto.
.
Sbb semenjak diajar makan sendiri, there is no way dia nak org suap. Dia akan throw her tantrum.
.
The thing is bila makan sendiri, as she is still learning, motor skill utk makan sendiri belum cukup mantap. Maka akan byk kelantai..ke baju..tu belum lg dia baling sudu ke lantai, terbalikkan mangkuk dia.
.
Time kita berbuka puasa adakalanya frustrating sbb lps penat memasak..I would want to have a quite peace of mind, enjoying my meal..which is not the case.
.
Tp bersyukur sbb ada Ida @idacutiepie2006 ...I dont have to tell..she knows what to to do. And upon looking me tired, she will take care of her little sister while she s eating.
.
Anak lelaki? Nan hado. Bapaknya? Nan hado. Tak cakap, tak suruh..mmg tgk jelah. Takde rasa kesian ke..prihatin ke mmg takde.
.
Nasib baik Ida ada...a shoulder for me to cry on❤

Sunday, May 3, 2020

MY SYIFA

Syifa mama.
.
Dia punya active tu..of course lar I am bersyukur, dia sihat..takde masalah kesihatan, semua ok syukur alhamdulillah.
.
Sejak lahir daku tak putus putus doa
Ya Allah Ya Tuhanku
Sembuhkanlah penyakit anakku Anna Syifa
Kuatkanlah dan sihatkanlah tubuh badan anakku Anna Syifa agar dia membesar menjadi anak yg solehah, sihat, cerdas, pandai seperti anak anak yg lain...aaamiin.
.
Aaaa ni betul Allah makbulkan. Dia punya sihat dan cergas tu.time tido je baru dia stop.
.
At times I wonder..where she got these gene from? Adakah kerna daku tak duduk diam masa pregnant dulu? Tetiap ari keluar gi anto @nasiayamparis ... sbb selalunya orang kata anak ikut pe el mak dia masa dlm perut kan huhuuu.
.
Jikalau begitu..benarlah Kau punya semangat yg kental duhai anakku. You wont stop until you get what you want.
.
Alhamdulillah..doa banyak² moga Allah beri daku kesihatan berpanjangan utk besarkan Anna Syifa dan anak anakku yg lain...sampai dorang betul² dah boleh berdikari.
.

Saturday, May 2, 2020

RAMADAN KUARANTIN

So..Ramadan utk semua orang tahun ni mmg sgt lain dari yg lain. Pertama sekali pernah berlaku maybe.

Tiada lagi bazar Ramadan, tiada lagi berpusu² beli baju raya.

Tapi semua ni daku rasa sepanjang 19 tahun duduk disini. Balik raya ada lar blh dikira dengan jari sbb anak anak sekolah time jatuhnya hari raya.

Teringat zaman anak kecik. Being the only one yg bangun sahur...sbb penakut, malam siap buat air teh siap siap, letak dalam termos. Daku ni sahur makan roti atau biskut je so siap letak dalam tupperware. Sbb penakut nak turun Bawah, makan dalam tandas hahaha. Tandas sini kering dan bersih ya boleh letak tilam dan baring lagi hahaha. Makanya bangun sahur, duduklah daku sorang sorang bersahur.

Sekarang? Syukur alhamdulillah anak anak dah besar. Benarlah anak anak adalah penguat. Adanya mereka, memudahkan yg selama ini sukar for me. Ramadan jadi senang..bangun sahur dah jadi mcm pesta plak hahah.

I dont remember when was the last time I did tarawih. Must be ages ago.
Dgn terjadinya kuarantin...mcm² benda positive created. And Im so grateful, I must say that Ramadan tahun ni mmg benar benar bererti dan bermanfaat buat kami semua.

Anak anak pun sgt supportive, mendengar cakap syukur alhamdulillah.

Tahun depan kalau puasa time sekolah.. I do hope mereka di berikan kekuatan, good mood, tarawih..mcm sekarang.

Anyway tahun depan akan bertambah senang sbb siang dah tak pjg mcm sekarang.

Moga Ramadan kali ini memberi keberkatan pada kami sekeluarga dan kepada semua muslimin muslimat seluruh dunia ...aaamiin.

YOUTUBE CHANNEL

Salam semua,

Utk saksikan personal videos
  • daily journal in which daku cuba update sekerap mungkin tapi bergantung pada masa yg daku ada (byk videos yg tak edit lagi)
  • interview rakaman tv dari tahun 2017
  • resepi masakan

Boleh check out DISINI (Light.km)

MY PLANNER


Berapa lama dah kita PKP? Dah lost count. Dan malas nak kira. Berapa by kes naik di France pun daku dah malas nak ambik tau.

Hairan sbb kami sekeluarga duduk diam, ikuti peraturan kerajaan tapi kes tetap naik mendadak. Ramai kah mangkuk² yg tak reti bahasa dan ttp keluar tanpa sebab??

My agenda, planner or whatever you call it.
Selama kuarantin ni, selama tu lah daku jarang² tgk. Sedih pun ya..frust pun ya.

Sbb biasanya buku daku ni dah rupa belacan, tetiap ari penuh dgn activity di catat, dgn order, dgn tour, dgn booking homestay.

Sekarang? Kosong...sekosong kosongnya. I must say that Im not worried yet. Walau tau dont know berapa lama business akan back to normal. Frust sbb kemungkinan bsr tak dapat balik Msia. 

Bright side is...my body can relax. All this while sentiasa kerja dan kerja, always moving around. So kali ni Allah bagi badanku rehat..sampai terkejutlah badan ni sampai salah urat sbb dah biasa active tetiba slow down abes.

Alhamdulillah lepas episod kami ditayangkan di TV1, bertubi tubi dapat mesej pertanyaan pasal service tour yg kami sediakan. Dan setelah sekian lama, bag kerja penuh dgn documents, buku dsb pun keluar dari bag kerja.

Ida kata mama mesti rindu kan nak deliver nasi ayam. Lps kami tengok episod kami. Ya Ida, mama rindu...mama rindu nak kerja tapi buat masa ni biarlah mama enjoy bersama suami dan anak anak mama sepenuh masa. Sbb bila semua dah back to normal, dah takde dah masa mcm ni..mama papa akan kembali busy dan tak berapa ada masa mcm ni utk anak anak.

Allah sebaik baik perancang dan He knows the best.

Ya Allah, didiklah dan rawatlah hati ku ini agar sentiasa bersangka baik dgn Mu dan perancangan yg telah Kau tetapkan.

Redhokan lah hati ku ini dgn dugaan yg sedang melanda ketika ini dan hapuskan kegusaran dalam hati ku ini tentang rezeki kerana Engkau lah jua yg menetapkan dan memberikan rezeki.

I put my trust in you Ya Allah.

JUMAAT BARAKAH

Hari Jumaat penuh barakah. Sekolah pagi setiap Isnin dan Jumaat. Selasa Khamis sekolah petang. Adakalanya terlampau banyak utk dibicarakan, ...